Pagi
tadi aku dapat whatsapps dari my sister… memang pelik la gak… tetibe je sebab
semalam pun dia ada whatsapps aku tapi pasal hal lain. Dia bagitau yang bil
abah RM 9k++ & mintak contribution dari adik beradik. Hmm… setakat ni da
dapat collect dalam 7k+. Alhamdulillah… tunggu feedback dari 3 abang2 yang
lain. Tapi kan… yang herannya kan… abang aku yang kaya raya tuh boleh plak kata
guna duit saving adik beradik yang tak seberapa tuh. Yang kelakar tuh, saving
tuh memang la RM 10 sebulan seorang adik beradik. Tapi tak semua contribute. Setakat
ni aku rase dalam tu tak sampai pun 2k. Hmm… memang la keluarga aku ni tak
berapa rukun. Sakit plak ati aku memikirkannya.
Bagi
aku plak, aku memang tak berapa mampu nak contribute banyak. Semalam aku tengok
payslip bulanan, aku dok terpikir…boleh ke aku idop ngan gaji sebanyak tu. Nampak
je cam banyak, tapi camne ngan saving, duit kecemasan lagi.
Bila
keadaan abah sekarang ni, lagi la aku risau. Kurang2 abah ada anak ramai &
ada la sikit2 yang support. Aku & hubby camne plak? Kita tak tau
bahagiannya nanti, ye tak? Memang sangat la berdoa kepada Allah. Kalau umur
kami panjang, jangan la sampai berpenyakit yang perlu keluarkan duit banyak. Sebab
kami bukan pesara kerajaan. Insurans pun cukup2 je. tapi sampai bila kan? Hmm….
Soalan yang belum ada jawapan. Belum ada rumah lagi… ai… so tak tahan…
Paling
sadisnya, nampaknya tak dapat la aku gi konsert Bigbang. Huhu… sedih kan? Walau
da pinjam duit dari kakak aku, sekarang rase kena pulangkan untuk masa depan
yang kurang utang. Persiapan raya pun, ala kadar je. Aku rase takpe kot kalau
aku beli baju kurung kat Mydin. Sape tau kan? Yang penting aku pikir poket
sendiri dulu dari orang lain.
Tapi
masih sedih tak dapat gi konsert Bigbang T_T
Note
: Terima kasih pada my hubby yang contribute RM 500 untuk kos hospital abah.
Mekaseh bebanyak J I love you, abang.
No comments:
Post a Comment