Waaa…
lama gila tak ber-food blog. Banyak hokey kedai makan best2 aku pergi sejak
berbulan2 lepas & tak di-update disini.
Hari
Senin haritu aku amik cuti n pergi berjalan2. Plan asal nak gi Midvalley, tapi
last2 aku decided gi One Utama sebab aku teringinnnnn sangat nak try KyoChon
Chicken. Kenapa aku nak try? Well, sebab ramai kata ayam goreng Korea memang
sedap2. Tapi kat Malaysia kan susah nak cari restaurant yang halal & btol2
Korea. Satu lagi sebab KyoChon Chicken ni originally from Korea, dorang bukak
Outlets kat sini.
Kalau
korang nak cari location restaurant ni, ialah kat level LG, no kedai 311 –
berdepan dengan Cold Storage – agak tersorok.
Ok,
aku cuba menu yang aku boleh makan ayam goreng pedas & ayam original. Time
order tu, aku agak2 maybe original tak sedap, tapi ada satu meja ni order maybe
big plate ayam sahaja. Original & pedas… nampak sangat sedap hokey?
Terliuq!
Aku
order Set A khas utk seorang. Ada 8 Wingettes & Drumettes (mixed Original
& Red). Actually korang boleh je pilih kalau nak semua tu original or pedas
gak. Since aku nak cuba semua, aku amik both. Pastu Garlic Fried Rice – add RM
2, personal salad & soup. Air Plum tea…
Kat
brochure tuh ada tulis 15 minutes of perfection tapi aku da duduk 25 minit,
tapi air pun tak sampai lagi. Waiter tu siap cuak semak ape aku order sampai
tak sampai2. Haha… Dekat 30 – 35 minit, baru lah order aku sampai. Meja
belakang aku yang order selepas aku pun da makan separuh kot. Hmmm…. Oleh kerana
aku tak rushing, aku tunggu je walau perut da lapar.
Then
the ayam sampai. N tanpa tunggu aku makan la… as banchan, ada dibagi radish
pickles! Yang tu aku siap tambah lagi, memang sedap hokey? Yes, I have to agree
yang ayam2 nya memang sedap dan menjilat jari. Simple, takde coating tepung
yang tebal2, tapi ranggup even bila dah sejuk. Yang pedas plak, ada sikit rase
pedas2nya dihujung lidah. Tak tau la kalau korang makan nanti, sebab level
kepedasan aku tak sama kot. Cili padi tuh, ulam je untuk aku.
So,
selesai makan. Memang sedap lah! Cuba la try! Harga set ni Rm 23.90 + RM 2 +
service charge bagai, aku bayar RM 30+ (sen2 je lebihnya). Next time boleh
makan lagi. Time tuh, aku nak bawak hubby & Yamin plak.
No comments:
Post a Comment