Friday, 24 April 2015

Post 24 April 2015

Super busy minggu ni. Which is GOOD! Tetibe je da ari Jumaat, bagus kan?
Well, sangat tak sabar nak tunggu gaji 30hb ni. Dah super kering ni. Tak tertahan lagi. Da tak tau nak cakap kat sape da. Huhu… sedih pun ada ni.

BTW, ape yang menarik idop aku cam biasa balik. Takde yang best pun. Lepas2 ni cam biasa move on dengan my life & they way I want it. Oh ye… lately aku rase aku keje untuk orang lain, bukan utk diri sendiri. Gaji aku semua g kat Yamin & orang2 lain. Utang… hmmm… yang menikmati sendiri memang tak banyak. Yes, idop sangat mengelirukan.

Tahun ni teringin nak g konsert BigBang again… and BTS tapi sekarang semuanya impossible sebab camne pun, rase nak menyimpan duit tuh lebih tinggi dari yang lain. Simpanan takde L sedih kan?

Sangat teringin jadi cam perempuan lain. Dapat beli baju, kasut, handbag… hmmm… umur2 camni patutnya husband yang bayar. Ai… bila la husband aku nak kaya ni? Huhu…


Takde pape yang menarik nak dikongsikan bulan ni. Dah nak tutup bulan. Happy sebab keje ni agak sebuk so aku tak perlu pikir politik kotor dalam opis ni. Hoho… no friends at work bebeh!

Tuesday, 14 April 2015

14th Apr - The Good & The Bad

Minggu ni aku mengalami stress yang tak berpatutan. Yup… since last week aku tak bercakap ngan old team aku. Bukan ape… takde benda nak dicakapkan. Lagipun ape2pun aku rase baik kita move on ngan keje je.

Hari isnin haritu, mood aku ok je pagi tu. Takde masalah. Maybe sebab aku da jumpa kawan lama hari ahad tuh time buat part time. Well, am having fun that day walau letih sikit. Tapi tetibe ada satu issue ni. Pasal PO. Hmm… issue nya sebab ada masalah ngan material code. Sebenarnya takla salah aku pun sbb yang salah orang yang create PR. Mcmana pun, orang interpret as orang yang create yang salah & obviously itu aku. And the old staff yang akan aku ganti ni, cam xnak berhenti je. aku pun tak paham dia. N orang masih cari dia untuk reference. Obviously dia lagi banyak pengalaman dari aku tapi aku bukan taknak belajar. Kerja ni berdasarkan kes by kes. If you are not come to me, macamana aku nak resolve & learn. Btol x?

Hmmm… oleh kerana stress amat sangat, aku amik halfday semalam. Masalah lagi satu aku takde sape yang aku boleh citerkan kat opis ni on the masalah. Sebab semua pun aku tengok sebagai muka yang tak boleh dipercayai. Huhu… As always, aku call my sister je. Memang menangis sakan semalam.

Balik n aku rase sakit kepala. Took my pills & get some nap. Best!

Oh ye, semalam my husband’s birthday. Memula kan dia nak hadiah wallet, last2 dia mintak leather slippers dari Kickers. Harga nya tak la mahal sangat. Around RM 209.90. Layan je… aku beli kek dari Berry’s je tahun ni. Tahun depan boleh la plan beli Secret Recipe – premium cake. With full strawberries on top.

Last night for dinner, aku ajak dia gi restaurant Red Lobster @ Gamuda Walk. Hmmm… nothing fancy about the place. I’ll come back for the review later!


Today mood day ok sikit. So, keje jela… Tinggal berapa ari je ko kat sini. Am talking about that girl yang nak resign but yet macam taknak resign. Sabar! 

Thursday, 9 April 2015

Sesawang..

Again, sangat la bersawang blog aku. Aku rase almost 2 minggu ni agak sebuk ngan GST Migration kat system opis aku. Even last weekend aku keje over the weekend sebab nak siapkan keje. Huhu… super tragis! Tapi aku akan claim OT, lantak la orang nak cakap ape pun. Muahaha… tapi dapat cuti lebih sehari, jadi la…

Time tu gak, aku dapat mengenal ati budi seseorang pada aku. Kesahnya begini. Si ‘L’ ni satu team ngan aku dulu. Last roles aritu la.. then aku duduk roles baru ni, si ‘L’ tu masih support kitaorang sbb dia kan Finance. Aku akan replace ‘N’ tapi ‘N’ extend dia nyer resignation untuk tolong aku clearkan open job.

KItaorang start key in untuk GSt dalam system ari Khamis last week. 2nd Apr sebab 1st Apr system tak ready lagi. We have to complete before 6th Apr sebab system migration. 2nd tu, aku ngan ‘N’ balik on time. Malas la nak buat OT kan? Aku lak gi tgk wayang Fast & Furious 7.

Tengok2 pagi Jumaat tuh ‘L’ emo ngan aku. Aku pun tak tau nape. Aku pun heran. Dia tuh memang selalu hangin tak kene tempat. Malas la aku nak layan. Tengok workload, aku tau kitaorang mmg kene keje Sabtu untuk clearkan system. Tetibe petang tuh ‘L’ panggil ‘N’ tanye aku ada support ‘N’ tak? Kalau tak, dia nak report boss aku. What the hell? Marah tak?

So okay la… orang cucuk2 belakang ni not my fren anymore. Lantak la….

Full stop ngan emo… I move on ngan idop aku sekarang without friend… yeah… as always. Kawan2 time sekolah je yang best. Huhu… I unfriend some of unnecessary friends in FB. Malas da nak layan… ape nak jadi, jadi jela…

Now only talk about work. But jela hal sendirik. Bukan ko yang bayar gaji aku pun.

Oh ye, minggu depan selasa adalah besday my hubby. Esok nak gi beli hadiah. Dia mintak wallet je tahun ni. Maybe aku nak belanja dinner yang sedap sikit next selasa malam. Kalau dia taknak, naseb la kan? Ahad ni aku keje part time untuk cari duit lebih. Cam kesian je kan idop aku? Tapi tak la… sebabnya adalah tlg kawan aku. Tapi dapat bayaran, not bad la kan?

Anyway, selain itu, idop aku cam biasa2 je. Suam2 kuku.. hihi… I must do something for myself, for my life.