Monday, 12 January 2015

Yamin's 1st Day @ School (2015)

Semalam aku amik cuti untuk hantar Yamin – his 1st day at school. Yeay! Yup… sebenarnya aku nak hantar Yamin gi sekolah yang elok sikit tapi oleh kerana ada masalah transport, jadi aku hantar gi Tabika Kemas. Takpela, aku tengok dulu pencapaian dia camne nanti. Ingat nak jugak cari buku2 utk tambah pembelajaran dia. Aku pun nak cuba ajar dia kat sekolah. Lebih mudah bila ada rotan, hihi…

Well, lepas aku tengok time orientasi aritu, aku tengok kat Tabika Kemas tuh combine budak 5 & 6 tahun. Maksudnya takde la beza kalau dia sekolah kat situ tahun depan, ye tak? Jadi hubby pun kata nak hantar dia gi sekolah yang elok sikit. Aku rase banding tahun ni, tahun depan lebih kritikal sebab dia dah 6 tahun & dah menghampiri darjah 1. Jadi perlukan asas yang kuat untuk bermula ye tak? Masih dok pikir sekolah mana nak antar. Macam nak hantar kat Beacon House kat Kota Kemuning & ada daycare sekali. Nak tunggu Open Day dorang.

Mari aku cerita pengalaman hari pertama persekolahan Yamin. Hihi… sebenarnya takde la yang menarik sangat. Aku terjaga agak lambat. Kol 7.38am!!! ahaha…. Maybe sebab tido agak lambat. Si Yamin da bangun tapi dia terlupa dia kena g sekolah. Maklumlah, baru first day kan? Lepas tuh, aku dukung dia & lari gi bilik mandi. Mandikan dia. Masuk simbahan kedua, dia cakap dia taknak gi sekolah. Alamak! Biar btol anak aku ni. Pastu mula la adegan peluk memeluk. Aku mintak tolong hubby untuk pujuk dia. Malangnya, aku yang kena marah sebab bangun lambat. Biasa la, memang camne pun aku je yang salah. Dia mmg tak penah salah.

Last2 dapat la aku memujuk dia gi sekolah dengan mainan…. Huhu… memang tak bagus tapi ini jela caranya. Lepas tuh dia okeh je. Hantar pun, da dekat kol 8am. Huhu… tengah beratur. Sori cikgu, Yamin lambat pagi ni.

Dalam kol 12pm, aku bergegas amik dia kat sekolah. Time tuh ada budak yang agak gemuk kat pintu yang masih ber-grill. Sambil menangis mintak dibukak grill tuh. Tengok memang budak tuh cam agak bermasalah, even aku da perasan time orientasi hari tu. Then Yamin Nampak aku, dia g la tunjuk baju sukan baru dia. Pastu aku dengar cikgu suruh murid2 duduk untuk baca doa. Jadi aku suruh dia duduk dulu. Balik tuh cam sian gak tengok dia berbadan kecik & kwn2 dia lebih besar & tinggi. Huhu…. Sian betul. Time nak keluar tuh, kawan2 dia tolak2 jugak. Sian dia… tapi dia tak tolak orang lain.

Balik tuh tanya dia best tak sekolah? N makan ape? Dia kata mee tapi mee nya tak sedap. Huhu… ah sudah! Hari pertama da pandai komplen.

So after that, memang terpaksa la rasuah mainan. Jangan ikot perangai aku ok? Pagi tadi papa dia amik tugas menghantar. Dia kata Yamin okeh! Harap2 sepanjang tahun pun ok la kan?

Alhamdulillah. Da besar anak mama…

Note: Nanti aku provide gambar bila da dapat uniform lengkap. Cikgu dia belum bagi lagi.



No comments:

Post a Comment