Hari ni sepatutnya hari ke 6 Yamin gi sekolah.
Tapi oleh kerana jangkitan selsema dari aku, dia tak dapat gi sekolah. Sian kan
anak kecayangan aku? Huhu… well, takde pape yang menarik berlaku sepanjang
minggu lepas melainkan aku feeling down sebab aku kena period lagi T_T Yup,
maksudnya usaha tidak mendatangkan hasil. Even paling tragis malam haritu aku
mimpi aku keguguran. Ntah pape… tapi yang herannya bila aku google tafsiran
mimpi, akan ada bantuan yang akan datang. Hmm… hidup aku memang super pelik.
Dan aku malas da nak pikir (tipu…)
Tragisnya, aku masih tak tau direction kerja aku
lagi. Lepas sekolah mula ni, rutin lama kembali. Keluar paling lambat kol
6.30am, sampai opis dalam kol 7am… n mengantuk. Huhu… Yamin plak selalu hantar
aku kat depan rumah dengan banyak pesan. Mama, jangan lupa diri sendiri. Mama,
jangan bawak kereta laju2. Mama, kalau jumpa makhluk asing, jangan cakap ngan
dia. Huhu… yup, budak tu memang pelik sikit macam mak dia. Ahahaha…
Dalam banyaknya benda pelik2 berlaku ni, aku dapat
berita baik. Hihi… berita baik pertama, aku menang competition Baby Lips Balm
by Maybelline. Top 5 wa cakap sama lu! Tengah tunggu goodie bag worth RM 100.
Harap2 dapat liquid eye liner… boleh la menjimatkan budget bulan depan kan? Satu
lagi berita baik, my hubby dah boleh menyimpan RM 400 sebulan dalam ASB. Tapi
ASB nya belum ada lagi dong. Minggu ni gak aku suruh dia bukak akaun. Yang
penting lepas2 tuh ada disiplin dia. Yela, dah umur berapa, asset takde satu
pun. Orang lain at least da ada rumah. Kitaorang masih sebuk menyewa lagi. Nak
nanges okeh? Sekarang aku masih rasa yang rumah aku duduk tuh adalah rumah
orang. Bukan rumah aku sendiri. Tu yang aku tak suka tuh. Taknak besar2…
kecil2an pun jadi lah. Huhu…
Last Sabtu, aku gi kenduri kat JPS Ampang. Then
plan nak g Korea town. Kononnya nak gi beli barang. Ahaha… memang exactly
gambar yang aku google kat blog lain sama dengan yang aku tengok. Aku gi Phill
Mart. Aku beli gochujang, gochuharu, soy sauce & seaweed. Yang ni semua
confirm halal sebab aku tau bahan2nya. Haha… so, boleh la aku masak K-Food
sendiri pasni. Paling2 bagus, boleh buat kimchi sendiri. Yes2!
Note : Dek kesebukan, aku lambat post blog ni. Paling
sedih semalam (21 Jan 2015), abah dimasukkan ke hospital sebab kidney failure
stage 5. Doktor menyarankan dialysis or transplant, n abah taknak dialysis. Tapi
takde pilihan lagi. Doktor kata, kalau tak buat dialysis & balik, tunggu
hari je abah berada dengan kami sebab paru2 abah berair & susah nak
bernafas. Sian abah. Tak penah nampak abah hopeless camtu L so, rutin aku pun berubah lepas ni. Kena
g tengok mak gak kat PPUM. Harap tak lama lagi abah akan sembuh.
No comments:
Post a Comment