Sunday, 10 August 2014

Weekend 9/8-10/08/2014

Hoho… tinggal arini & esok je aku bekerja! Rabu aku takde plan g mana2 buat masa ni. Sebab aku da terkorban banyak cash last week, huhu… sabtu tu aku g nyopping tudung plak… super tragis! Tapi nampak sangat aku da lama sgt tak nyopping tudung sebab aku ingatkan Ariani je yang ada jual shawl butterfly, rupernya melambak2 orang jual. Hahaha… paling tragis harganya jauh lebih murah. Kualiti sama je aku tengok. Manik2 yang kecik2 tu senang ditarik jugak. Bezanya sebab ada tag ‘Siti Nurhaliza’s Collection’, tu yang buat mahal tu. Huhu… yup, lesson learned, jangan la suka membazir pasni. Last2 aku beli gak tudung bawal kat pasar pagi semalam. Baru RM 20.

Oh yea… aku da abeskan puasa 6 hari Sabtu lepas. Yeeba! Takde celebration, ingat nak beraya semalam. Malangnya, lepas raya satu rumah, Yamin ajak balik. Maklumlah raya berdua je. Mula la nak meragam sana sini. Minggu ni pon agak mustahil nak raya sebab Cameron Highland’s trip. Ahad pun pasti my hubby da keletihan plus dia nak rehat sebab senin da keje company baru. Paham la kan?

Paling tradis, aku tak g K-Festival & Konsert CN Blue T_T nanges!

Untuk my birthday, aku da boleh agak my hubby belikan hadiah ape. It’s too obvious ok? Sebabnya semalam time aku nyanyi2 n then peluk dia dari belakang, dia tanye nak hadiah birthday sekarang ke time birthday? Gila ke pe punya soalan… ahahaha… msti la aku nak time birthday. Ingat aku tamak ke? Dia kata hadiah murah je. Takpe bang, sy mengerti. Bayar hotel & Cameron trip pun da kira cukup kan? Huhu… and hadiahnya ofkoz la MP3 player. Btol x? Jawapannya hanya mampu diketahui 3 ari lagi je. Hoho…

Honestly, aku nak accessories iaitu cincin kecik2 untuk birthday aku. Tapi aku nak beli kat kedai emas Tomei or Poh Kong. Aku kan stylista poyo kan?

And I love below watch… aku tengok kat Watatime harganya RM 675, tapi online shop jual baru RM 495, camne tuh? Takpe la… ini boleh beli kendian. Hoho…



Tapi tak dapat pon takpe… yup, bukan semua yang kita nak, kita akan dapat kan?


No comments:

Post a Comment