Mendasyatkan
bila aku membelanjakan RM 503.60 semalam!
Haha…
super dasyat kan? Kesahnya bermula begini, hihi… aku plan nak amik barang yang
aku da order & bayar dari Nature Republic. So, aku nak amik kesempatan ni
untuk beli 2 helai baju lagi untuk percutian ke Cameron Highland next week. And
ofkoz aku tak plan nak abeskan duit sebab aku ada few stuff nak dibeli / dibuat
bulan ni.
Sampai
je Sunway Pyramid, aku terus g kuarkan duit. Kuarkan RM 200 je, tapi aku still
ada RM 150 dalam wallet. Cukup la untuk beli baju then buka puasa sekali. Aku memang
da lama tak nyopping. Ikut my hubby tak feel & susah nak pilih sebab aku
perlu perhatikan Yamin. Yela, sekarang bahaya walaupun Yamin bukan jenis nakal,
tapi cautious is everywhere. Memang susah nak memilih bila separuh hati takde.
Jadi
aku memang langsung tak tau mana nak mulakan. Aku masuk Brands Outlet, aku
nampak T-shirt yang simple tapi lengan pendek. Baru RM 19.90. So, aku pikir
kalau beli 2 helai, boleh la jimat banyak. Baru RM 40 maa… aku amik dulu… satu
kaler grey with pink details, and warna oren. Aku jalan2 cari cardigan untuk
dipakai sekali, malangnya, aku terjumpa kemeja opis yang Buy 1 Free 1 dengan
harga RM 69.90 je! Hahaha… sapa tak mau? Da la baju keje aku memang tak banyak.
Amik satu then try saiz dulu. Hmm… semua kene amik XL. Hampeh. Then aku pilih
baju t-shirt grey tuh and kemeja. Total RM 89++
Haha…
tapi cardigan tak jumpa lagi kan? Aku teringat la sms yang aku dapat dari VOIR
Club – untuk ahli. Aku dapat minimum 30% untuk birthday month. Hahaha… Cuma aku
tak berharap nak beli banyak sebab kekadang VOIR ni tak banyak pilihan. Baju2nya
macam pisang panas. Mesti takde saiz. But I’m wrong! Turn out to be, aku
terbeli super banyak okeh kat situ! Aku beli satu cardigan Applemints with 50%
discount. Harga asal RM 103 kot… baru RM 50 pas discount, sapa tak mau??? Then
aku nampak cardigan hitam n grey. Cantik gila… huhuhu… yang tu pon 50% off!
Gila… aku amik 2 lak tuh… satu lagi plain itam. Huhu… 2 cardigan tuh RM 119
after less..
Lebih
gila, aku gatal beli sleeveless baju warna oren. Yang tuh memang one of the
kind, aku tgh cari baju oren pe… baju tuh 30% off sbb new arrival. Then aku beli
beg lagi tuh. Tak tau nape aku gila sangat semalam. Total RM 329+ hahaha…. Bole
plak aku grab satu seluar harga RM 60+ sebelum balik tuh. Tragis kan? Lagipun sms minimum 30% aku dapat tuh cuma boleh guna sekali je. Ahaha.... untung2...
Maybe
sebab mega sale, so nak clear old stocks! Semua murah. Itupun aku macam gatal
nak guna RM 50 off discount kat Carlo Rino, tapi aku tak g. sebab hampir waktu
berbuka. Huhuhu… menakutkan la ape aku beli ni. Sebelum balik, sempat aku g
Nature Republic. Aku order 95% Soothing Aloe Vera Gel. This is my 2nd
time beli. I will come out with the review later. Dapat free 10 face mask. Memang
cool abes!
Dan
macam biasa la… balik tekan2 calculator. Aku ada RM 300++ bajet je sampai ujung
bulan. Ahaha… tak sesuai la nyopping bulan Raya ni. Paling paling tragis, nak
kene beli tudung lagi. Wawawa… K-Festival lak. Ingat nak beli few K-food ingredient,
kene la potong my long list tuh… duit raya wak2 lagi. Cameron Highland trip
lagi… Hahaha… pecah tabung la apelagi? Seakan harus la kan? Huhu… tak
suka! Ok, pas Cameron Highland’s trip, sila puasa! Haha…
Note : Itupun ada niat nak sambung nyopping after gaji this month. Errr... Mega Sale tak abes lagi kan? :-P
No comments:
Post a Comment