Thursday, 21 August 2014

My 32nd Birthday + Cameron Highland's Trip = SUPER TRAGIS!

Yes, semuanya sucks! Teruk!!! Benci hokey?

My birthday & my trip g Cameron sangat2 mengecewakan. Dengan small cake & mp3 player sebagai my birthday, I hope aku boleh la bermula dengan baik malangnya itu tidak berlaku. Aku demam seteruk2nya. Walaupun cuba tersenyum & makan ubat on time, tapi sangat teruk sebab bila my hubby plak start demam & diikuti oleh Yamin.

Lebih teruk, kitaorang tak enjoy langsung our trip g Cameron. Cuma g BOH Plantation & petik strawberry selama 30min je. Huhu… selebihnya, kitaorang dok kat bilik hotel yang gelap & sembab. Hasilnya aku semakin kurus. Longgar semua baju yang ada ok? Dan paling teruk, aku yang da lama tak pitam, boleh plak pitam time kat Cameron tuh. Aku nyer kahak & hingus bercampur ngan darah. Sangat tragis kan?


Balik je dr Cameron, terus balik rumah mak mintak urut. Kelegaaan tu sekejap Cuma tapi semangat tak kembali sampai la senin. Training aku sangat menyakitkan dan penuh situasi yang memalukan. Nampak sangat aku takde kenyakinan diri. Oh tidak………………… mana perginya aura positif itu????

Monday, 11 August 2014

Kisah Tragis My Hubby's T-Shirt Limited Edition World Cup

Bila pikir balik memang kelakar la… ahaha…

Yup, my hubby keep reminding jangan basuh guna mesin baju limited edition World Cup dia. Dia beli dua – satu South Korea, satu lagi Italy. Then aku rendam la ari Ahad lepas dalam bilik air. Niat nak basuh terus. Then aku rendam sekali dengan baju & tudung aku yang confirm takkan luntur color nya. Since my tudung & baju on top of the T-Shirt, aku tak teringat pon pasal kewujudan baju T tuh kat ‘bawah’ sehingga lah malam Ahad lepas. Kira da rendam seminggu la kan?

Tengok2 baju T-shirt South Korea tuh da berkulat!!! What??? Lupe plak nak amik gambar. Aku try sental ngan sabun basuh pinggan tapi tak hilang2 gak. Memang berdebar2 je ati. Yang Italy punya kene gak tapi sikit sebab kulat tuh sangat la obvious esp kat kaler putih. Huhu… takutnya…

Macam melakukan jenayah yang besar je. Aku spin baju tuh dalam mesin basuh. N aku wonder mana nak sidai baju tuh. Kalau sidai kat tempat biasa, mana la tau time dia cari baju nak pakai esok (semalam), dia amik & terjumpa bahan bukti. So, takde pilihan, aku masuk dalam bilik stor & kunci bilik stor tuh aku sembunyikan. Ahahaha…. Motif? Takut my hubby cari barang kat situ. Tapi kalau dia cari kunci bilik stor, terpaksala kantoi kan? Huhu…

So, malam tuh aku menyusun plan untuk beli T-shirt tu lagi. Duit memang tak berapa ada tapi tuh belakang kira ok? Lantak la…

Lunch semalam, aku g Pyramid & g FOS untuk beli. Huhu… malangnya baju South Korea takde saiz. Yup, my hubby pakai 2xLarge. Yang ada cumalah baju Japan. Huhu… aku paham nape husband aku suka baju South Korea… maybe sebab kaler & design. Tapi as backup plan, aku beli gak T-shirt Japan.



Wait….! Aku masih risau okeh? After lunch memang tak boleh buat keje. Takut nya pasal. Last2 aku cari no tel FOS Aeon Bukit Tinggi. Again, xde saiz. Then aku call Empire, pun sama!!! Tapi ada info berguna, diaorang kata stok dorang da dibawak g Midvalley. Halamak… jauh plak. Then aku call la branch Midvalley. Alhamdulillah ada…

Pas keje, ngan ujan yang lebat, aku otw g Midvalley. Sampai 6.45pm sebab jammed! After that, aku terus g FOS. No kedainya pon aku ingat sebab da google siap2. Thanks to Ladies Parking yang memudahkan proses aku mencari parking. Huhu… n T-Shirt saiz tuh adalah last piece. Naseb baik!



Balik… sampai rumah 9.30pm. My hubby tak tanye pon. Naseb baik… aku da bagitau aku balik lambat la. T-shirt tuh aku sumbat kat henbeg. Pasti gemuks je beg aku tuh. Dia then tido… aku bukak pintu stor and amik T-shirt yang da rosak tuh. Aku masuk dalam plastic oren, aku amik sampah kat singki n sumbat kat situ. Huhu… menghapus bahan bukti. Huhu… itulah kisah tragis T-shirt tersebut.

Malam tadi siap mimpi menakutkan… mimpi aku bunuh orang & menghapuskan bahan bukti. Yang pelik tuh, proses membunuh tuh aku tak nampak plak orangnya. Yg nampak tangan dia dimasak kicap & disembunyi dalam plastic. Sampai terbangun2. Huhu… aku memang bukan penjenayah. Ape da setan yang masuk mimpi aku nih!

Tapi aku tak berani nak berterus-terang kat my hubby. Aku guna facebook je. Ahaha… lantak la kan?

Pasni, jangan rendam baju lebih dari sejam ye, Hadija?! Kalau tak, ko terpaksa ‘membunuh poket orang’ or ‘poket diri sendiri’. Ahahaha…


Ok lah… banyak benda nak kene settle sebab esok cuti. Tak sabar rasenya nak g Cameron. Lalalalala…. Ok korang, bye!

Wadihana Islamic Steakhouse @ Bandar Botanic, Klang

Aku nak share pengalaman aku g Wadihana Islamic Steakhouse kat Bandar Botanic, Klang. My hubby yang ajak. Lagipun tak jauh dari rumah aku, cuma 15 min perjalanan.

FYI, aku bukan lah peminat steak sangat esp lately. Aku kan nak makan makanan sehat je kan? Tapi since aku sedang berpuasa, aku da tak kesah sangat. Huhu…

Bertolak g Bandar Botanic dalam kol 6.45pm, sampai kol 7.00pm. 5 minit kemudian kitaorang place the order and guess what, kol 7.25pm makanan da sampai! Super fast! While flipping the menus, aku perasan harganya bukan la mahal sangat and they also serve Pizza yang dibakar menggunakan kayu. So, play save, I ordered some sort mix grill untuk try semua yang ada… takyah pening2. Combo Avanza – satu set RM 39.90.












Bila set tuh sampai, mak ai…besarnya! Ahaha…. Jom tengok ape yang ada… aku amik few close up gambar, senang nak tengok ape ada dalam set nih. Grilled chicken breast, lamb shoulder, beef sirloin, chicken sausages, seabass fillet, dory fish fillet, 2 mussels, tiger prawn, telur, grilled veges & buttered rice. Aku suap Yamin dengan nasi + dory fish fillet, ade la dekat separuh dia makan. Malangnya, selepas aku menulis review ni, baru aku perasan yang grilled chicken breast takde. Oleh kerana banyak sangat, lupe kot nak letak… huhu… Not bad kalau korang nak try. Boleh share 2 orang sebab part of this dish aku bagi my hubby untuk share.

My hubby order BBQ Grilled Sandwich – harga RM 19.90. Takde keistimewaan pon set ni. Hihi… bese2 je.



House specialist adalah pizza. Aku order Vedure – pizza tanpa daging. Ada mushroom & vege je. Dalam menu kata ada black olive – tapi tak jumpa pon! Takkan cincang kot! Pizza ni sedap… Yamin makan 5 slice kot! Dasyat anak aku tuh. Huhu…





Air, my hubby order Teh O & Ice Lemon Tea untuk aku.





Not bad… sebab restaurant ni ada 8 branches all over Malaysia. Info ni waiter dorang yang bagitau. Waiter dorang sangat helpful. Sangat berpuas ati la…


Sunday, 10 August 2014

Weekend 9/8-10/08/2014

Hoho… tinggal arini & esok je aku bekerja! Rabu aku takde plan g mana2 buat masa ni. Sebab aku da terkorban banyak cash last week, huhu… sabtu tu aku g nyopping tudung plak… super tragis! Tapi nampak sangat aku da lama sgt tak nyopping tudung sebab aku ingatkan Ariani je yang ada jual shawl butterfly, rupernya melambak2 orang jual. Hahaha… paling tragis harganya jauh lebih murah. Kualiti sama je aku tengok. Manik2 yang kecik2 tu senang ditarik jugak. Bezanya sebab ada tag ‘Siti Nurhaliza’s Collection’, tu yang buat mahal tu. Huhu… yup, lesson learned, jangan la suka membazir pasni. Last2 aku beli gak tudung bawal kat pasar pagi semalam. Baru RM 20.

Oh yea… aku da abeskan puasa 6 hari Sabtu lepas. Yeeba! Takde celebration, ingat nak beraya semalam. Malangnya, lepas raya satu rumah, Yamin ajak balik. Maklumlah raya berdua je. Mula la nak meragam sana sini. Minggu ni pon agak mustahil nak raya sebab Cameron Highland’s trip. Ahad pun pasti my hubby da keletihan plus dia nak rehat sebab senin da keje company baru. Paham la kan?

Paling tradis, aku tak g K-Festival & Konsert CN Blue T_T nanges!

Untuk my birthday, aku da boleh agak my hubby belikan hadiah ape. It’s too obvious ok? Sebabnya semalam time aku nyanyi2 n then peluk dia dari belakang, dia tanye nak hadiah birthday sekarang ke time birthday? Gila ke pe punya soalan… ahahaha… msti la aku nak time birthday. Ingat aku tamak ke? Dia kata hadiah murah je. Takpe bang, sy mengerti. Bayar hotel & Cameron trip pun da kira cukup kan? Huhu… and hadiahnya ofkoz la MP3 player. Btol x? Jawapannya hanya mampu diketahui 3 ari lagi je. Hoho…

Honestly, aku nak accessories iaitu cincin kecik2 untuk birthday aku. Tapi aku nak beli kat kedai emas Tomei or Poh Kong. Aku kan stylista poyo kan?

And I love below watch… aku tengok kat Watatime harganya RM 675, tapi online shop jual baru RM 495, camne tuh? Takpe la… ini boleh beli kendian. Hoho…



Tapi tak dapat pon takpe… yup, bukan semua yang kita nak, kita akan dapat kan?


Wednesday, 6 August 2014

Bila Lama Tak Nyopping

Mendasyatkan bila aku membelanjakan RM 503.60 semalam!
Haha… super dasyat kan? Kesahnya bermula begini, hihi… aku plan nak amik barang yang aku da order & bayar dari Nature Republic. So, aku nak amik kesempatan ni untuk beli 2 helai baju lagi untuk percutian ke Cameron Highland next week. And ofkoz aku tak plan nak abeskan duit sebab aku ada few stuff nak dibeli / dibuat bulan ni.

Sampai je Sunway Pyramid, aku terus g kuarkan duit. Kuarkan RM 200 je, tapi aku still ada RM 150 dalam wallet. Cukup la untuk beli baju then buka puasa sekali. Aku memang da lama tak nyopping. Ikut my hubby tak feel & susah nak pilih sebab aku perlu perhatikan Yamin. Yela, sekarang bahaya walaupun Yamin bukan jenis nakal, tapi cautious is everywhere. Memang susah nak memilih bila separuh hati takde.

Jadi aku memang langsung tak tau mana nak mulakan. Aku masuk Brands Outlet, aku nampak T-shirt yang simple tapi lengan pendek. Baru RM 19.90. So, aku pikir kalau beli 2 helai, boleh la jimat banyak. Baru RM 40 maa… aku amik dulu… satu kaler grey with pink details, and warna oren. Aku jalan2 cari cardigan untuk dipakai sekali, malangnya, aku terjumpa kemeja opis yang Buy 1 Free 1 dengan harga RM 69.90 je! Hahaha… sapa tak mau? Da la baju keje aku memang tak banyak. Amik satu then try saiz dulu. Hmm… semua kene amik XL. Hampeh. Then aku pilih baju t-shirt grey tuh and kemeja. Total RM 89++



Haha… tapi cardigan tak jumpa lagi kan? Aku teringat la sms yang aku dapat dari VOIR Club – untuk ahli. Aku dapat minimum 30% untuk birthday month. Hahaha… Cuma aku tak berharap nak beli banyak sebab kekadang VOIR ni tak banyak pilihan. Baju2nya macam pisang panas. Mesti takde saiz. But I’m wrong! Turn out to be, aku terbeli super banyak okeh kat situ! Aku beli satu cardigan Applemints with 50% discount. Harga asal RM 103 kot… baru RM 50 pas discount, sapa tak mau??? Then aku nampak cardigan hitam n grey. Cantik gila… huhuhu… yang tu pon 50% off! Gila… aku amik 2 lak tuh… satu lagi plain itam. Huhu… 2 cardigan tuh RM 119 after less..

Lebih gila, aku gatal beli sleeveless baju warna oren. Yang tuh memang one of the kind, aku tgh cari baju oren pe… baju tuh 30% off sbb new arrival. Then aku beli beg lagi tuh. Tak tau nape aku gila sangat semalam. Total RM 329+ hahaha…. Bole plak aku grab satu seluar harga RM 60+ sebelum balik tuh. Tragis kan? Lagipun sms minimum 30% aku dapat tuh cuma boleh guna sekali je. Ahaha.... untung2...

Maybe sebab mega sale, so nak clear old stocks! Semua murah. Itupun aku macam gatal nak guna RM 50 off discount kat Carlo Rino, tapi aku tak g. sebab hampir waktu berbuka. Huhuhu… menakutkan la ape aku beli ni. Sebelum balik, sempat aku g Nature Republic. Aku order 95% Soothing Aloe Vera Gel. This is my 2nd time beli. I will come out with the review later. Dapat free 10 face mask. Memang cool abes!




Dan macam biasa la… balik tekan2 calculator. Aku ada RM 300++ bajet je sampai ujung bulan. Ahaha… tak sesuai la nyopping bulan Raya ni. Paling paling tragis, nak kene beli tudung lagi. Wawawa… K-Festival lak. Ingat nak beli few K-food ingredient, kene la potong my long list tuh… duit raya wak2 lagi. Cameron Highland trip lagi… Hahaha… pecah tabung la apelagi? Seakan harus la kan? Huhu… tak suka! Ok, pas Cameron Highland’s trip, sila puasa! Haha…

Note : Itupun ada niat nak sambung nyopping after gaji this month. Errr... Mega Sale tak abes lagi kan? :-P




Planning : Cameron Highland trip (14th - 16th Aug 2014)

Another 5 working days before my short break next week!!! Am so excited! Best giler!!! Hihi… tetibe je kan? Bila my hubby bagitau his plan nak bawak aku & Yamin g Cameron Highland, aku tak penah rase excited sampai la semalam. Well, ape yang best pun… hati tak tergerak pun nak search internet or apa on the attraction. Dia da plan almost a month ago and made payment for the hotel. Tapi semalam terase ke-best-an nyer! Aku pon tak tau nape… maybe sebab aku da submit my leave application kot.

Since our K-trip last year, we never go for long holiday kecuali the PD trip. Itupun satu malam je kot. Can it be considered as holiday? Bole la… bole la… tapi kitaorang memang kerap je g PD. Tetibe je bole sampai sana.

Actually aku consider macam tak pernah g Cameron Highland. Time aku g tuh, aku cuma singgah je, and umur aku 7 tahun time tuh. Sangat bad experience sebab jalan bengkang bengkuk buat aku termuntah 2-3 kali kot. And aku ingat la baju kurung purple yang aku pakai. N gaya aku time amik gambar tuh. Gambar tuh rasenya ada kat Kak Ngah aku. Hahha… tapi gambar tuh bukan kat ladang the, just tangga yang bersusun. Pastu kitaorang balik. Hahaha… boleh?

Bila pikir balik, logically macam my holiday start Saturday this week. Aku akan g Pavilion untuk K-Pop Festival. My interest pada K-fashion, K-Food, K-beauty je setakat ni. Tapi my intention nak tengok K-Food demo maybe tak kesampaian sebab my hubby nak balik awal. Aku rase dia terlupa kot ada satu lagi event petang tuh yang aku nak g. CN Blue’s concert kat Dataran Merdeka. Aku nak beli T-Shirt je, tapi beliau seakan lupa. Aku malas nak ingatkan dia, sebab aku takut dia terbeban. Yela, dia pun ada masalah dia sendiri.

Ahad, maybe aku akan start beraya, finally! Haha… memang nak ajak hubby, tapi kalau dia ada keje, aku akan beraya sendiri ngan Yamin. Target penting rumah2 jiran & rumah wak2 jela dulu. Itu jela…

11th next week, I have lunch date to celebrate Alison’s birthday. Tapi aku rase macam nak postpone sampai pas my holiday. Taknak aku kelihatan gemuk time my holiday kan? Bole ke? Hahaha… 12th my last day at work before my holiday, ada farewell party one of our colleague. So sad feeling, I don’t want to talk more about his resignation. Tak sure makan mana lagi… tapi aku akan make sure yang aku akan makan kurang dari orang lain. Hihi….

13th plak, yes! 1st day of my holiday, but belum la ke Cameron Highland lagi. Aku nak menghabiskan setengah hari untuk berjalan2 la… lokasinya tak sure lagi tapi ofkoz kat area2 sini je. Ingat nak jumpa beberapa orang kawan lama. I really missed Wan Ting, my ex colleague. Tak sure la dia ingat tak esoknya birthday aku ke tak. Hihi… kalau aku jumpa dia for lunch, or breakfast or just drop by to send some kuih raya, then aku nak g Sogo ke… or Sungei Wang ke. Malam, aku akan pack all the stuff yang nak bawak bercuti.

So, I’ve shortlisted some of itinerary on what / which places I wanna visit during our 3D2N trip. Kenapa I wanna visit? Sebab my hubby may choose to laze around on the hotel bed, tak suka okeh? So, I have to make sure that our trip packed with activities. Haha… padan muka dia! Kalau dia nak rehat, he have plenty of time on Sunday pe?

14th Aug 2014 (Khamis)
Well, it is my birthday!!! Hahaha… super best!
7am – Start the engine and then GO! Akan melalui route entrance dari Simpang Pulai. Perjalanan mengambil masa 3 jam 25 minit (info dari internet).
10.30am – Sampai ke Cameron Highland – terus ke BOH Plantation – minum di Café dengan one slice of cake je (msti Yamin yang nak…huhu) – snap photos – tea making trip – shop for tea.
12.00pm – Lunch (tempat TBA) – murah2 je…
1.00pm to 3.00pm – Check in Hotel & rehat
3.00pm to 6.00pm – Cameron Lavender Garden – snap photos – fresh flower picking experience – tea break
6.00pm to 8.00pm – Break at hotel / Pray
8.00pm to 10.00pm – Dinner Steamboat – lokasi TBA – rasa may try Fauzi Thai Food restaurant. Yamin boleh makan nasi kat situ. Me and my hubby boleh la makan steamboat.
10.00pm – Balik and rest kat hotel – tido la ape lagi?

15th Aug 2014 (Jumaat)
8.00am to 9.00am – Breakfast kat hotel – isi perut kenyang2
9.00am to 11.00am – Mardi – rabbit farm – agrotech places to visit
11.00am to 12.00pm - Blueberry Earthouse – RM 40 per kg (max 4 persons) per entry - strawberry picking experience & blueberry – fresh veggies & flowers to see – can drop by to the café for break.
12.00pm to 2.00pm – Lunch break & pray & a bit rehat
2.00pm to 3.00pm – Bee Farm
3.00pm to 4.00pm – Butterfly farm
4.00pm to 5.00pm – Rose Center
5.00pm to 6.00pm – Cactus Valley
6.00pm to 7.00pm – Hotel for pray
7.00pm to 8.00pm – The Brinchang Night Market – street food & souvenir – buy nasi kukus for dinner (bungkus je)

16th Aug 2014 (Sabtu)
8.00am to 9.00am – Breakfast at Hotel – must eat a lot… hahaha
9.00am to 10.30am – Shopping @ Morning Market Place – street food – fruits – bee hives (must try every flavors) – corns
10.30am to 11.30am – Free activity – pack up our things & check out maybe
11.30am to not so sure… hahaha – Shopping @ Kea Farm and S’Corner Central Market
Singgah at Tanah Rata for Kwang & Sons’ Grapes & Tomato Farms.
Address: No. 33 Main Road, Kg Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605 498 1190
Go back to my mother in law’s house!

Checklist barang2 yang diperlukan (belum ada / beli) :
Kuih & air mineral untuk perjalanan pergi sahaja
Air mineral standby (1.5liter x 3 bottles)
Roti, air kotak & jajan for Yamin
Tudung n baju untuk 3 hari…

Souvenir to beli :
My colleagues (selected je okeh?) – TBA (satu gift sorang jela, but not the strawberry key chain, looks pathetics) – yang ni bergantung bajet
Alison – pearl corn & any cute or easy to take care flower
Mak – BOH Tea, strawberry jam, sayur, buah, keledek, pearl corn
Ibu mertuaku – BOH Tea, strawberry jam, sayur (sikit je…dia tinggal berdua), keledek, pearl corn
Yamin – baju T-shirt (Cameron Highland), strawberry
Aku & hubby – fridge magnet for the places we visited, madu asli & others

Wawawa… msti penat! Haruslah kan? I will give you updates!


Monday, 4 August 2014

Doctor Stranger

I think I started too attracted by Lee Jong Suk from now on. I love the cutest. Ahaha…



Cast :
Lee Jong Suk – Park Hoon
Park Hae Jin – Han Jae Joon
Jin Se Yeon – Song Jae Hee / Han Seung Hee
Kang So Ra – Oh Soo Hyun
Park Hae Joon – Cha Jin Soo

Plot :
Park Hoon – semasa kecil hidup dengan ayahnya, seorang pakar jantung. Background drama ini, Korea Selatan & Korea Utara sedang dalam kemungkinan untuk perang. Ayah Park Hoon, telah diarahkan untuk merawat ‘seseorang’ dia Korea Utara yang turn out to be Presiden Korea Utara. Pembedahan tersebut berjaya, walaubagaimanapun, ayah Park Hoon adalah kambing hitam yang perlu dikorbankan. Dia & Park Hoon dibawa ke Korea Utara.

Park Hoon membesar dan belajar di University Pyeongyang. Dia berkebolehan seperti ayahnya. Kehidupan di Korea Utara digambarkan sebagai sangat menakutkan. Park Hoon dilatih menjadi doctor malah ‘pembunuh’ dan disebabkan inilah dia sangat bagus dengan kerjanya.

Bercinta dengan Jae Hee, kawan semasa kecil, yang kemudiannya ditangkap kerana ayahnya seorang pengkhianat. Keluarganya menjadi hamba dan Park Hoon berusaha mencari kemana Jae Hee. Kemudian dia berjumpa dengan Jae Hee melalui suatu pembedahan buah pinggang dan lari ke South Korea ketika mereka di Budapest. Tapi Jae Hee ditembak dan jatuh dr jambatan.

Di South Korea, Park Hoon membuka sebuah klinik kecil jauh dari kawasan Bandar dan mengumpulkan sejumlah duit untuk mencari Jae Hee. Membantu kenalannya, Chang Yi, menghantar air ke sebuah hospital, dia mula bekerja dan menunjukkan kepakaran nya disana. Karekter Park Hoon yang gila-gila menarik minat seorang doctor yang juga anak pengarah hospital itu, Soo Hyun. Tetapi Soo Hyun telah mempunyai kekasih yang juga pakar jantung Jae Joon.

Camne ek drama ni berakhir apabila Jae Hee kembali dengan identity lain iaitu Seung Hee? Adakah Park Hoon yang tersepit dengan conflict dan konspirasi Perdana Menteri Korea Selatan yang ingin menjatuhkan presiden?

My comment :
Hoho… not bad la drama ni. Mampu buat orang tak senang duduk tapi tak la mendebarkan sangat. Watak Park Hoon memang chomel & menghiburkan. Hampir tertipu yang dia maybe akan memilih Soo Hyun akhirnya tapi ia tidaklah berlaku. Ending nya memang biasa je sebab korang boleh agak ending ni dari mula.

Dari segi jalan cerita, dendam2 ni memang ade kat semua drama…heran aku. Takkan takde cerita lain boleh ditulis ek?

Nazar Aku

Sudah 9 Syawal and 9 hari to go for my birthday.

Hari tetibe aku terpikir sesuatu pasal bernazar. Nape tetibe aku terpikir pasal nazar ni?

Citernya macam ni. Ada budak kat opis aku yang kawen n lambat dapat anak. Bukan la lambat pon, tapi 5 bulan je lepas dia kawen tuh baru dia pregnant. Then after that, dia dapat anak, and kemudian seorang lagi. Pastu anak dia asek mengaru sampai berdarah. Kene penyakit kulit yang teruk. Aku tak sure apa kaitannya ngan nazar dia. Then ada kakak tuh kata maybe dia ada nazar belum tertunai. And it’s betul, memang ada nazar yang belum tunai. Oh I see…

Well, aku takde nazar yang tak tunai. Tapi mengikut situasi sekarang, aku rase dengan bernazar maybe Allah akan tunaikan permintaan aku. So, aku buat la kajian pasal nazar ni.

Firstly, nazar ni kena diucapkan secara lisan and perlu lah bertujuan baik & bukan kerana maksiat. Hmm… tujuan aku memang la baik kan? Nak anak… n insyallah nazar aku baik juga. Tapi ada yang berpendapat nazar ni bahaya sebab nazar dianggap sebagai hutang kepada Allah. Lebih baik korang berkemampuan untuk menunaikan nazar itu. Dan paling tragis, nazar tuh bukan lah jalan untuk menukar takdir. Hmm… itu la masalahnya kan? Tapi kita pun tak tau apa takdir kita… Sigh… erm.. cuma aku anggap nazar ni salah satu dari usaha.

Tujuan aku menulis nazar ni yang kemudiannya akan dilisankan adalah bertujuan untuk peringatkan aku dimasa depan. Sebab aku kan pelupa, huhu… aku sangat berharap Allah akan membantu aku agar aku dapat menunaikan nazar aku.

Dengan ini aku bernazar seperti berikut:

Saya berjanji dengan Allah yang saya akan memberi makan atau sedekah kepada sekurang2nya 50 orang anak yatim atau orang tua jika saya mengandung dan melahirkan anak-anak perempuan yang sihat dari segi mental & fizikal.