Thursday, 30 January 2014

Kemelut

Walaupun arini adalah hari gaji, tapi aku tak rase teruja sangat pun… sebabnya adalah kerana aku yang chomel ni banyak giler utang…huhu… sedih kan?plan tu settle all the hutang by end of March & tengok pasni camne aku menabung. 

Disaat sesak ni lak, semua benda abes. So, I have to make re-calculation & mengenepikan keperluan diri sendiri. Sangat la tragis, bukan? 

Minggu ni, cuti panjang sebelum bulan2 yang sebuk sehingga 1st May (cuti labour day!), but takde specific plan untuk menikmati cuti. Dengan my hubby chasing for this new VIOS, dan pening ngan outstanding here and there… ish… sgt tak sabar nak keluar dari kemelut ini!

Now yang penting, memang perlu menyakinkan diri untuk ‘let it go’ je… huhu… Alhamdulillah akan ada yang lebih baik menanti di depan…amin….
 
Selamat bercuti all! Have fun with your family :)

Tuesday, 28 January 2014

Reply 1997

I have no idea pasal drama ni pada mulanya tapi… jeng jeng jeng… I would like to share 5 good reasons why you should watch this drama.





Cast :
Seo In Guk – Yoon Yoon Jae
Jung Eun Ji – Sung Shi-Won
Hoya – Kang Joon Hee
Shin So Yul – Mo Yoon Jung
Eun Ji Won – Do Hak Chan
Lee Si Eun – Bang Sung Jae
Song Jong Ho – Yoon Tae Woong

Plot :
Mengisahkan 5 sekawan disebuah reunion rakan bekas2 sekolah. Dorang menceritakan pengalaman mereka pada tahun 1997 dimana H.O.T menjadi kegilaan remaja perempuan termasuk watak utama. Zaman keremajaan, percintaan diceritakan satu persatu sehingga lah ape yang mereka ada sekarang.

5 sebab kenapa korang kena tengok drama ni:

1.    Lawak spontan & selengga… da lama takde drama Korea yang penuh dengan lawak spontan dari awal hingga keakhir cerita. Paling best, lawak2 tuh memang kena dengan masanya. Aku paling tak lupa bila ayah Shi-Won cuba menyambungkan balik sotong kurita yang  dah dipotong menggunakan lidi. Hihi… bila teringat, aku tergelak sendiri. Lawak2 tuh semua diselangkan bunyi kambing mengembek setiap kali… sangat chomel.

2.    Ke-sweet-an watak2 utama bercinta… Ofkoz my favorite is Shi-Won & Yoon Jae. Orang yang seselamba Shi-Won & chemistry yang dia ada bersama Yoon Jae. Walaupun dorang selalu bergaduh, tapi semestinya comel sebab mengingatkan betapa brutalnya aku ngan my hubby :-P ahaha… sian kan my hubby? Tapi takde la sampai tarik2 rambut kan? Haha… part paling chomel time dorang kiss…. So sweet. Hihi…

3.    Chemistry semua watak yang ada termasuk lah watak sampingan. Watak2 yang dilakonkan sangat menonjol, semuanya… paling best, slang Busan yang paling tak boleh blah… hihi… Tae Woong, walaupun muka nampak terlalu tua dalam drama ni, tapi dibawakan dengan baik. Yang menghiburkan bila ada selitan lawak mak bapak Shi-Won yang buat kita tersenyum sendiri.

4.    Plot yang penuh kejutan. Persoalan yang diceritakan dari awal hingga akhir adalah dengan siapa Shi-Won akan berkahwin. Ada 2 kemungkinan, Yoon Jae or Tae Woong. Penulis ni tau camne nak bermain dengan emosi penonton. Bila kita da yakin yang Shi-Won pilih Tae Woong, last2 diplot yang lain, kita rase dia akan pilih Yoon Jae plak. Banyak elemen yang menyokong kejutan hingga akhir drama ni. So sweet.

5.    Seakan mengenang kembali zaman remaja kita. Tahun 1997, aku baru berumur 15 tahun. Time tuh, memang zaman remaja yang riang gembira tanpa masalah selain dari masalah crush pada lelaki kacak, Backstreet Boys & paling penting camne nak dapat good score dalam exam. Time tuh memang sanggup berlapar semata2 nak beli kaset Backstreet Boys yang berharga RM 16.90. Semua majalah especially Smash Hits yang ada gambar dorang walau sekecik2 mana pun, aku akan beli. Zaman IRC, tapi time tuh aku memang xde computer… tapi ada Walkman pinjam brand Aiwa… sama dengan zaman sekolah aku… flash back dizaman kegemilangan yang tak perlu risau pasal pangkat & harta. Dan aku sangat suka zaman tuh, harap masa takkan berubah, kan?
 
2 thumbs up untuk drama ni J
 
Note : Tak sabar tunggu Reply 1994 plak…masih ditayangkan di Korea sekarang!

Monday, 27 January 2014

Si Kuat Makan

Sejak Yamin dijaga dengan makcik dia, selera makan dia pun agak baik. Oleh kerana akak ipar aku duduk sekali dengan mak aku, so, senang la sikit nak nengok2 kan. Mak citer sejak dok sana, asek makan & kurang minum air.

Semalam pas makan nasi, dia kata masih lapar. Mak masakkan megi goreng tanpa letak perencah nyer & dia makan dengan banyak. Mood abah pun makin okey, maybe sebab terhibur ngan Yamin. Hmm… aku risau gak takut dia menyusahkan, tapi Alhamdulillah tak…

Yup, maybe sebab mama dia pun kuat makan, dia jadi camtu gak. Huhu… sgt la tragik.

Sunday, 26 January 2014

Haeun Khon @ Amcorp Mall

Kira post ni da terlambat 2 minggu ler… aku amik half day untuk sign letter offer aritu & since aku tak pernah g Amcorp Mall, aku parking kat situ & decided nak makan lunch. Masuk je Amcorp Mall, serius tak tau nak makan ape… semua restoran cam bosan je. Huhu… last2 aku google restoran kat Amcorp Mall & jumpa Restoran Haeun Khon yang jual makanan Korea.

Hmm… you know la, aku kan pantang tengok perkataan ‘Korea’ ni. Semua nak try. Aku cari & jumpa kedai tuh kat Level 3 tak silap. Dekat ngan McD. Bila masuk je restoran tuh, seakan2 restoran kat Korea. Interior dan yang paling penting ada bau2 yang biasa aku bau kat restoran Korea.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Bila masuk, most customer adalah non-Muslim. Aku tanye kat waiter tuh halal x? Dia cakap halal… bila tengok menu, memang xde unsur2 pork pon. 
 
 




Aku order Bulgogi set. Sekali ngan 100 plus dalam kurang dari RM 20. Bila datang je set yang aku order tu, macam rase banyak kan? Tapi bila makan, aku leh simpulkan yang ni bukan lah original Korean food, lebih pada local yang masak masakan Korean. Kimchi nyer abit tasteless & bulgogi nyer macam daging stir fried biasa.

Wednesday, 22 January 2014

Update campuran!


Selepas melalui 2 hari dengan agak pening sebab terlebih input, arini aku ok sikit walaupun pagi tadi cam semak sikit kepala. But now, da sikit ok. Huhu…

Last Tuesday, aku ditemani my hubby (Finally!) g Cheah & Loo kat Puchong. Tujuannya nak check ‘telur’ and hari sesuai untuk ‘bersama’. So, kita try dulu bulan ni and tengok ada tak hasilnya. Harap Allah permudahkan. Harap my hubby pon boleh doa sekali. 

Yamin plak, sejak dok ngan makcik dia, sangat manja okeh? Da pandai merajuk da ni. Dia cakap, kalau mama tak buat ni, Yamin taknak tu… geram je. Tapi dia still chomel kan? Oh my son. Time keje, teringat lagu2 yang dia compose & nyanyi especially lagu Hage-hagemaru sinjandi… haha… bahasa dia. Huhu…  lagu tuh sebenarnya dari citer lagu biri2 dalam citer Upin Ipin yang diubahsuai ikot selera dia.  

Yup, our family memang suka ngan mengubah lagu, kan? 

Lately, untuk slot Isnin & Selasa, aku tengok Prime Minister & I. Dulu aku sedikit rase cam tak sesuai YoonA & Kim Bum Soo, but sekarang I kinda ok with both of them. Citer tuh agak chomel, haha… I mean, lawak2nya menjadi. Untuk slot Rabu & Khamis, My Love From the Star, lakonan Kim Soo Hyun & Jun Ji Hyun. Both of them sangat menjadi okeh? Bel Ami buat masa ni aku rakam guna Astro PVR je.  

Itu jela update untuk beberapa hari ni. Hihi…  

Monday, 20 January 2014

Weekend 17/1-20/1/2014

Selamat pagi semua! Hihi, yup… semalam aku MC. Kena demam full package sejak jumaat lepas. Memang sangat tragic, sebab kononnya nak have fun dengan short vacay last weekend tapi kureng menjadi plak. Hihi… on drug all over the day. 

Pagi jumaat lepas, kitaorang gerak g Ipoh dalam kol 8am. Awal kan? Btw, plan asalnya, nak melepak kat rumah ucu my hubby until Friday prayer. Baru g hotel. Sesampai kat Ipoh, baru kol 10.45am. Yamin sangat la tak reti dok diam arini. Pening aku nengok kan… da la segala jenis ‘ugutan’ dia tak dengar. Rase nak cubit2 je. Lately, ntah nape perangai dia camtu.  

Kol 11.30am, my father in law da ajak balik. Halamak…! My hubby call Kinta Riverfront Hotel untuk make sure pukul brp leh check in & ofkoz kol 2pm. Tak tau mana nak g, my hubby drive g AEON Ipoh Station 18. Oleh kerana Friday prayer kol 1pm, kitaorang cuma ada masa sejam je untuk berjalan. Aku plan nak beli kasut or sandal baru, hihi…

Tapi again, kepalaku sangat pusing ngan selsema & demam plus Yamin yang tak reti dok diam. Sangat la sakit. Last2, kitaorang just beli roti ngan few things dari AEON market. Aku suka plak AEON ni. Firstly sebab susun letak barang, and then kedai2nya cam best je.

Time my hubby & my father in law solat jumaat, kitaorang stay dalam kereta je. Aku leh tertido 20 minit – makan ubat nyer pasal & Yamin pon tido dengan bahagianya. 

Dekat kol 3, kitaorang check in kat Hotel Kinta Riverfront. Apartment 2 bilik. Bayaran RM 290 per night. Okey la… not bad. Besar & ada dapur plus 2 bilik air. Petang tuh, kitaorang just berehat dalam bilik. Kesian aku tengok mertua ku. Dorang tak biasa berjalan kot. So, sangat la senyap & sunyi suasana. Cuma Yamin yang main sambil mulut tak reti nak diam. Huhu… tak dengar cakap lak tuh.  

Aku pon terlelap dalam bilik lepas solat Asar. Sedar2 da kol 7pm. My hubby tengah menyambung kerja dia kat ruang tamu. Nak kena submit sebelum kol 9am Sabtu. Sebab da terbiasa, aku pon da tak kesah da. Sian gak, tapi tak perlu buat ape2 adalah cara untuk menolong dia sebenarnya. Paham? Tak paham sudah. Aku da start batuk. Sakit dada… 

Kol 8pm, my hubby ajak dinner. Tak g jauh sebab according to him, depan hotel ada lampu2 yang cantik. Makan kat Bistro bawah hotel je tanpa my in – law. Dorang nak rehat & tak larat jalan. Gerimis sikit. Oleh kerana tak tau nak makan ape, and takde selera, just makan wantan sup. My hubby order sup ekor & Yamin makan laksa. Order gak sotong bakar. Takde amik gambar sebab makanannya bukan la menarik sangat. Bungkus mee goreng + nasi goreng + teh tarik untuk my in law. 

Jalan2 kat depan tuh. Ala2 ICT la kan? Tapi takde attraction laen pon. Kol 9.30pm, naik bilik balik. Aku telan ubat & tertido kol 10pm. 

Pagi Sabtu, my hubby memang tak tido malam untuk menyiapkan kerjanya. Aku turun & cari kedai untuk beli sarapan. Malangnya, semua kedai belum bukak. Naseb baik ada pak guard tolong belikan kat kedai yang berdekatan. Nak jalan kaki memang tak larat.  

Perangai Yamin da okey sikit selepas di-tali pinggang secara ringan semalam. Kalau korang tengok perangai dia, memang rase leh menyebabkan kes penderaan la… sebaik kitaorang waras lagi. Dia takde benda yang dia takut kecuali hantu. Itu masalahnya… last2 sebab taknak kuar dari bath tub semalam, kena la sikit. Biar dia takut sikit… bermalasan sekejap & ready to check out dalam kol 12pm. My hubby antar kerjanya agak lambat. Tapi Alhamdulillah siap! 

Tak tau nak lunch mana. Pecan Ipoh cam sunyi semacam. Cari kat internet, mostly memang kedai non-halal or restoran seafood yang dibukak malam. So, my hubby drive g Tambun. Lalu depan Lost World of Tambun. Penuh parking nyer. Tapi takde la masuk situ. My in law cam tak sabar nak balik je. Gi makan kat restoran mamak dekat Sunway City. Since my in law da makan bihun pagi tadi, dorang still kenyang & nak order roti canai. Herannya menu yang ada cuma nasi campur je. Roti canai xde. Sian plak dorang minum air je.

On the way balik, aku & Yamin tido dalam keta. Terjaga time nak masuk R & R Tapah. My hubby & father in law turun kereta. Singgah Behrang Station beli gado2. Sampai Gedangsa, aku tido lagi. Huhu… ni semua drug punyer pasal.

Ahad pagi, balik Shah Alam kol 10am. Sampai rumah aku basuh baju & rehat. Petang sikit, g bank @ Kota Kemuning. Itu jela hujung minggu aku… next cuti panjang adalah pada Chinese New Year ujung bulan ni. Walaupun terdapat banyak sale dimana2, target aku adalah nak settlekan utang2 terakru dulu. Haha… next month da xde cuti lagi sampai la bulan labour day, 1hb May nanti! Giler kan? Harap2 aku masih disini pada tarikh tersebut… Amin, semoga Allah permudahkan J
 
Note : Agak segan sebab tak sampai sebulan keje da amik MC.. speechless!

Sunday, 19 January 2014

Sabarlaaa....

Untuk aku : Bersabarlah untuk beberapa bulan lg... dugaan je semua ni. Hihi... dugaan itu adalah 'sales' sempena CNY :-P takkan tergoda lg :-D sabor....

Tuesday, 14 January 2014

Weekend 11/1-12/1/2014

Hari ni hari ke 9 aku keje kat sini. Well, perasaan as a temporary staff memang la kesian kan? Susah nak gambarkan. Nak mix dengan orang laen pun susah, tapi rase dipinggirkan tuh belum rase lagi la. Oleh kerana office ni ramai orang, tak semua orang perlu kita tegur sebenarnya. Hihi… yang penting2 je.

Last Saturday (kisah lama… usah dikenang :-P), kitaorang g tengok 47 Ronin kat GSC, One Utama. Datang da agak lewat. Lunch dulu sebelum g tengok movie. Yamin mogok sebab xdapat tengok kartun kat rumah. Lately, kekadang susah nak ajak dia kuar. Ade je alasannya. Camne pon, dia memang xde choice la kan? Takkan nak dok sorang dalam rumah?  

Makan kat Food Republic. Aku memang xtau nak makan ape. Last2 as always, aku order bibimbap je. Tapi bila tengok balik, memang la heran sikit bibimbap dia. Selalu dalam satu set tuh ada kimchi. Set yang aku order tuh, beef or chicken pon xde. Setahu aku, original bibimbap kat Korea memang serve without lauk. Kalau ada pon, banchan je la… banchan tuh side dishes dorang. Herannya, walau xde beef or chicken as always, bibimbap ni sangat sedap! Nyum2… lapo kot. Harganya baru RM 12.90 per set. Aku suspect, owner dia memang original Korea (maybe). Hihi…
 
 
 
Nonton 47 Ronin. Well, what can I say kan? Citer tuh okeh, tapi aku sangat mengharap scene pedang lebih banyak dari tuh. Hihi… boleh? Lagenda ni, memang base on true story, tapi tak paham nape perlu mengorbankan diri pada akhirnya. Dorang tak rase rugi ke ilang pahlawan terbilang sebanyak 47 orang? Hmm…  
Balik tuh, kitaorang singgah beli kek kat RT Cake House. BTW, arini besday Kak Ya. Konon nak buat surprise la kan?  
For dinner, kitaorang makan kat Tupai-Tupai, Seksyen 13, Shah Alam. Nape tah kitaorang pilih situ? Sebab time makan kat D’Kayangan Steamboat itu ari, Nampak cam havoc je. Tapi again, havoc nyer sebenarnya biase2 je. Maybe murah kot… 
Since today Kak Ya’s birthday, Abg Saiful belanja. Ini la menu yang kitaorang order. Oleh kerana kitaorang first time try makan kat restoran ni, jadi paham2 jela kan? Main taram je. Haha… boleh? Pasal harga, jangan tanye aku sebab orang lain yang bayar. Makanan semuanya so-so belaka. Nak kata sedap, tapi xla sedap sangat. Telur bungkusnya sangat la pelik. Hihi….  
Ada 2 budak perempuan dating meja ke meja untuk nyanyi lagu yang kita nak. Bagi tips… so lagu birthday to my sister la yang kitaorang pilih.
Balik dalam kol 10pm. Aku, hubby n Yamin g Pasar Borong Selangor. Aku rase pasni aku beli kat Mydin jela. Cepat sangat bingung.
Ahad, just melepak kat rumah. Masak Kung Po Lala for lunch. Sedap!
Petang sikit, g pusing2 n beli pisang goreng. Abes da my weekend J 
 
Untuk cuti sempena Maulidur Rasul semalam, my hubby request aku masak ayam masak kurma & nasi biryani. Da tara hal nak masak sekarang, sbb ada banyak resepi online. Hihi…
This week, starting Friday, cuti Thaipusam, my hubby ajak g Ipoh bersama ibu & bapa mertua ku. Ok je jejalan, tapi aku mengharap my hubby dalam perbelanjaan semua. Huhu… tunggu la bulan ni K

Monday, 13 January 2014

Tuesday, 7 January 2014

The Suspicious Housekeeper : Korean Vs Japanese Version

Oh... I love you Choi Ji Woo... no matter what. 

Pendapat aku, kalau cerita yang base on Japanese comic or manga, senang je nak tau ending nyer. Lagi2 ada Japanese version, confirm tak jauh beza. Bila aku cari I'm Mita, Your Housemaid (versi Japanese), ending dia cam hampeh. Hihi... So, ada sikit tak teruja ngan ending nyer. Alhamdulillah Korean nyer versi, tidak lah sebosan itu. Yeah!




Cast :
Choi Ji Woo - Park Bok Nyeo
Lee Sung Jae - Eun Sang Chul
Kim So Hyun - Eun Han Gyeol (anak pertama)
Chae Sang Woo - Eun Doo Gyeol (anak ke dua)
Nam Da Reum - Eun Se Gyeol (anak ke tiga)
Kang Ji Woo - Eun Hye Gyeol (anak bongsu)
Wang Ji Hye - Yoon Song Hwa (girlfriend Eun Sang Chul)

Plot :
Semasa hari ke 40 selepas kematian isterinya, Eun Sang Chul mengambil pembantu rumah dari Agensi Gembira. Park Bok Nyeo, seorang pembantu rumah yang mampu melakukan semua kerja termasuk lah membunuh. Semua arahan akan dipatuhi kecuali disuruh makan semeja dan senyum.

My summary :
Bila ada cerita yang base on versi Japanese ni, bole tau ending dia. Ada sikit rase malas nak tengok bila da tau jalan cerita & ending. Macam da kene plan. Tapi bila tengok drama ni sampai akhirnya, aku prefer Korean version lagi... sebab ape? Sebab good ending... lalalala.... Instead of boring Japanese ending yang lastly Mita pergi kerja kat rumah orang lain plus pelakon yang less emosi, aku rase Korean version sangat jauh lebih baik. Korean version, lastly, Bon Nyeo balik ke rumah keluarga Gyeol & tersenyum balik. Pelakon2 cilik cam Kang Ji Woo & Nam Da Reum, memang sangat pandai memainkan emosi penonton. Memang tang sedih, memang sedih la kan?

So, which one you prefer yourself? Korean or Japanese?

 

Monday, 6 January 2014

New Year updates!

Ini post first aku untuk tahun 2014. Yup, since aku da start kehidupan kt opis baru, semuanyer jd baru gak untuk aku. Tapi for your information, banyak lg facilities yg aku xde kat sini. Contohnya laptop, so keje aku manual la buat masa ni. Layan jela kan? 

Keje kat company baru ni xde yg menarik. Lebih kurang ngan keje company2 lama gak. Dalam pemerhatian aku, kerja sgt less stress. Haha... mungkin kebaikan bagi aku gak yg perlu mengurangkan tekanan sebab tiriod aku.

Malam tahun baru aritu, kitaorg tgk bunga api kt Putrajaya. Just berenti kat bridge n tunggu. Sampai kol 11pm, org tak ramai sgt. Aku sempat la tertido kat dlm keta dalam 45 min. Haha... sgt la tragik....Yamin & papa dia menunggu dengan penuh sabar n petunjukkan bunga api bermula sharp 12am 1hb Jan 2014. Memang cantik, xyah cakap la. Kalau atas kepala lagi la best kan? 

Balik tuh, aku singgah pasar borong Selangor. Tang ikan tutup. Hampes... haha... aku teringin nak masak kupang sebenarnya. Last2 beli kerang je n rebus. Itupun bli kerang kat kedai jek.

My hubby dalam proses nak beli keta baru. Yamin pulak dijaga dengan akak ipar aku. Babysitter dia nak keje kantin. Lawak tol. Last2 xjadi. Dia nak jaga Yamin balik. Aku xbagi laa... sebab xde bertanggungjawab, jap2 nak, pastu xnak. Nyusahkan org btol! Da la short notice. Huhu...

Next year nak antar sekolah da... mesti comel kan? Yamjn n baju sekolahnyer? My hubby kata perangai Yamin sgt serupa ngan aku. Haha... biase laa... org chumel la katakan ;)