Monday, 20 January 2014

Weekend 17/1-20/1/2014

Selamat pagi semua! Hihi, yup… semalam aku MC. Kena demam full package sejak jumaat lepas. Memang sangat tragic, sebab kononnya nak have fun dengan short vacay last weekend tapi kureng menjadi plak. Hihi… on drug all over the day. 

Pagi jumaat lepas, kitaorang gerak g Ipoh dalam kol 8am. Awal kan? Btw, plan asalnya, nak melepak kat rumah ucu my hubby until Friday prayer. Baru g hotel. Sesampai kat Ipoh, baru kol 10.45am. Yamin sangat la tak reti dok diam arini. Pening aku nengok kan… da la segala jenis ‘ugutan’ dia tak dengar. Rase nak cubit2 je. Lately, ntah nape perangai dia camtu.  

Kol 11.30am, my father in law da ajak balik. Halamak…! My hubby call Kinta Riverfront Hotel untuk make sure pukul brp leh check in & ofkoz kol 2pm. Tak tau mana nak g, my hubby drive g AEON Ipoh Station 18. Oleh kerana Friday prayer kol 1pm, kitaorang cuma ada masa sejam je untuk berjalan. Aku plan nak beli kasut or sandal baru, hihi…

Tapi again, kepalaku sangat pusing ngan selsema & demam plus Yamin yang tak reti dok diam. Sangat la sakit. Last2, kitaorang just beli roti ngan few things dari AEON market. Aku suka plak AEON ni. Firstly sebab susun letak barang, and then kedai2nya cam best je.

Time my hubby & my father in law solat jumaat, kitaorang stay dalam kereta je. Aku leh tertido 20 minit – makan ubat nyer pasal & Yamin pon tido dengan bahagianya. 

Dekat kol 3, kitaorang check in kat Hotel Kinta Riverfront. Apartment 2 bilik. Bayaran RM 290 per night. Okey la… not bad. Besar & ada dapur plus 2 bilik air. Petang tuh, kitaorang just berehat dalam bilik. Kesian aku tengok mertua ku. Dorang tak biasa berjalan kot. So, sangat la senyap & sunyi suasana. Cuma Yamin yang main sambil mulut tak reti nak diam. Huhu… tak dengar cakap lak tuh.  

Aku pon terlelap dalam bilik lepas solat Asar. Sedar2 da kol 7pm. My hubby tengah menyambung kerja dia kat ruang tamu. Nak kena submit sebelum kol 9am Sabtu. Sebab da terbiasa, aku pon da tak kesah da. Sian gak, tapi tak perlu buat ape2 adalah cara untuk menolong dia sebenarnya. Paham? Tak paham sudah. Aku da start batuk. Sakit dada… 

Kol 8pm, my hubby ajak dinner. Tak g jauh sebab according to him, depan hotel ada lampu2 yang cantik. Makan kat Bistro bawah hotel je tanpa my in – law. Dorang nak rehat & tak larat jalan. Gerimis sikit. Oleh kerana tak tau nak makan ape, and takde selera, just makan wantan sup. My hubby order sup ekor & Yamin makan laksa. Order gak sotong bakar. Takde amik gambar sebab makanannya bukan la menarik sangat. Bungkus mee goreng + nasi goreng + teh tarik untuk my in law. 

Jalan2 kat depan tuh. Ala2 ICT la kan? Tapi takde attraction laen pon. Kol 9.30pm, naik bilik balik. Aku telan ubat & tertido kol 10pm. 

Pagi Sabtu, my hubby memang tak tido malam untuk menyiapkan kerjanya. Aku turun & cari kedai untuk beli sarapan. Malangnya, semua kedai belum bukak. Naseb baik ada pak guard tolong belikan kat kedai yang berdekatan. Nak jalan kaki memang tak larat.  

Perangai Yamin da okey sikit selepas di-tali pinggang secara ringan semalam. Kalau korang tengok perangai dia, memang rase leh menyebabkan kes penderaan la… sebaik kitaorang waras lagi. Dia takde benda yang dia takut kecuali hantu. Itu masalahnya… last2 sebab taknak kuar dari bath tub semalam, kena la sikit. Biar dia takut sikit… bermalasan sekejap & ready to check out dalam kol 12pm. My hubby antar kerjanya agak lambat. Tapi Alhamdulillah siap! 

Tak tau nak lunch mana. Pecan Ipoh cam sunyi semacam. Cari kat internet, mostly memang kedai non-halal or restoran seafood yang dibukak malam. So, my hubby drive g Tambun. Lalu depan Lost World of Tambun. Penuh parking nyer. Tapi takde la masuk situ. My in law cam tak sabar nak balik je. Gi makan kat restoran mamak dekat Sunway City. Since my in law da makan bihun pagi tadi, dorang still kenyang & nak order roti canai. Herannya menu yang ada cuma nasi campur je. Roti canai xde. Sian plak dorang minum air je.

On the way balik, aku & Yamin tido dalam keta. Terjaga time nak masuk R & R Tapah. My hubby & father in law turun kereta. Singgah Behrang Station beli gado2. Sampai Gedangsa, aku tido lagi. Huhu… ni semua drug punyer pasal.

Ahad pagi, balik Shah Alam kol 10am. Sampai rumah aku basuh baju & rehat. Petang sikit, g bank @ Kota Kemuning. Itu jela hujung minggu aku… next cuti panjang adalah pada Chinese New Year ujung bulan ni. Walaupun terdapat banyak sale dimana2, target aku adalah nak settlekan utang2 terakru dulu. Haha… next month da xde cuti lagi sampai la bulan labour day, 1hb May nanti! Giler kan? Harap2 aku masih disini pada tarikh tersebut… Amin, semoga Allah permudahkan J
 
Note : Agak segan sebab tak sampai sebulan keje da amik MC.. speechless!

No comments:

Post a Comment