Sunday, 7 April 2013

Terase



Ari jumaat pas keje, siap2 balik kampong. Jalan sikit jem sebab orang balik keje. Aku tanye hubby, da call mak dia bgitau nak balik. Dia pun call. Tetibe je mak dia kata ada kenduri nak kena g kat Rawang on Sunday. Aik… tak bagitau pun! Aku da plan nak g kenduri anak sepupu aku kat Rantau Panjang. Huhu… takpela, boleh la antar jap.

Sampai kampong, Yamin sunguh2 main ngan Kak Eca nyer. Tapi Sabtu sian dia takde geng nak main sebab Kak Eca kena sekolah. Makan pun taknak si Yamin tuh. Huhu… cam biasa aku kalau kat kampong cam binggung. Ibu mertuaku kalau aku tanye nak masak ape, dia jawab macam xnak bagi tolong je. Huhu.

Ahad, siap2 kol 10am and bertolak g Rawang. Sampai Rawang kol 11.30++am. Kenduri tuh baru nak start, tak ramai orang datang. Cuma adik beradik ibu mertua ku. Pastu aku kenyang lagi sebab sarapan pulut panggang. So, dalam semua orang yang suruh makan, aku kata la aku da kenyang.

Pastu ibu mertua ku suruh plak aku makan. Aku kata kenyang lagi makan pulut panggang. Nak tau mak mertua ku cakap ape? ‘Tu la… nape ko makan tadi?’ ngan ayat menyindir. Aku rase hubby tak dengar sebab dia dok meja sebelah. Mak mertua aku ni memang, depan aku cam kucing je. Nak cakap kuat pun tak berani. Ni kan plak nak menyindir. Tapi aku rase dia da sikit ‘gila’ kot. Da dia buat sarapan kan? Takkan aku tak makan lak… nanti dia terase bagai. Huhu… lantak la kan? Memang aku terase ati sikit.

Da kol 12pm, hubby ajak balik. Hubby pun tak makan, sebab kenyang lagi. Tapi xde pun orang nak menyindir dia.

Time salam2 tuh, ada sorang makcik mangkuk ni. Dia tanye : Kenapa makcik tengok ko asek tak sabar nak balik je?

Huhu… sangat la bonggok makcik ni. Da la kitaorang tak dapat ape2 info pasal kenduri ni, mesti la da ada plan. Memang tersangat la bonggok.

Bila ngadu kat hubby, dia kata… huhu… biar la, orang tuh idop tak lama lagi..

Huhu…

Ahad minggu ni, hubby besday!! Yeah yeah… ingat nak belanja hubby g makan kat Tony Roma’s. Tapi tak sure duit cukup ke tak… lalalaa

No comments:

Post a Comment