Kisah
perempuan yang sangat licik demi mencapai hasrat dan impian nye kearah yang
hidup baik. Aku personally think, sebenarnya watak perempuan bercita2 tinggi
tuh, bukan la nak jadi Wanita Pertama. Tapi dia cuma mengambil peluang yang
ada.
Ini
adalah summary terpanjang penah aku buat :P
Cast
:
Kwon
Sang Woo – Ha Ryu / Cha Jae Woong
Soo
Ae – Joo Da Hae
U
Know Yunho – Baek Do Hun
Kim
Sung Ryung – Baek Do Kyung
Lee
Jae Yoon – Joo Yang Hoon
Kwon
Hyung Sang – Taek Bae
Go
Joon Hee – Seok Soo Jung
Lee
Deok Hwa – Baek Chang Hak
Cha
Hwa Yeong – Ji Mi
Sung
Ji Roo – Sam Do
Jung
Ho Bin – Seok Tae In
Lee
Il Hwa – Hong Ahn Shim
Plot:
Ha
Ryu seorang anak yatim yang duduk di rumah anak2 yatim. Dia mempunyai 2 orang
kawan iaitu Taek Bae dan Da Hae. Kemudian Da Hae diambil ibu kandungnya yang
telah berkahwin dengan seorang duda anak satu.
Da
Hae menghadapi zaman kanak2 yang gelap kerana dirogol oleh bapa tirinya.
10
tahun kemudian, Ha Ryu berjumpa kembali dengan Da Hae yang baru kematian ibu
kandungnya. Da Hae duduk dirumah yang daif dan merempat. Mayat ibunya telah
reput kerana dia tidak mempunyai duit untuk mengurukan pengebumian ibunya. Ha
Ryu membantu dengan mengorbankan duit yang dikumpul untuk pembelajarannya.
Ha
Ryu dan Da Hae duduk dirumah ibu angkat Ha Ryu iaitu Makcik Ahn Shim. Da Hae
belajar dan berazam untuk memasuki university. Ha Ryu berkerja menyara Da Hae.
Da
Hae diterima masuk ke university. Sekembalinya mereka ke rumah, Ha Ryu telah
pergi menyertai orang kampong dan Makcik Ahn Shim ke jamuan. Da Hae tinggal
dirumah. Dia tidak tahu yang ayah tirinya mencari dia di situ. Dia melarikan
diri dan masuk ke kandang kuda. Dia menikam ayah tirinya dan ayah tirinya mati.
Ha Ryu yang patah balik kerana tertinggal sesuatu telah melihat kejadian itu.
Mereka menanam mayat diatas bukit.
Atas
alasan melanjutkan pelajaran, Da Hae dan Ha Ryu pindah ke satu kawasan yang
melarat di Seoul. Da Hae masuk ke Universiti. Tetapi perkara tidak lancar bagi
Ha Ryu kerana dia tidak dapat mencari pekerjaan. Dengan pertolongan Taek Bae,
dia bekerja sebagai GRO disebuah bar. Tugasnya untuk minum dan menghiburkan
pelanggan.
3
tahun berlalu. Da Hae melahirkan seorang anak perempuan yang comel. Ha Ryu
masih bekerja sebagai GRO tanpa pengetahuan Da Hae. Da Hae telah mendapat kerja
di Baekhak Group, suatu konglamerat terkenal di Korea. Dia juga berkenalan
secara tidak sengaja dengan Do Hun, anak lelaki Baek Chang Hak, pengerusi
Baekhak Group. Do Hun jatuh hati dengan Da Hae.
Berlaku
twist disitu apabila Da Hae kemudian mengetahui yang Ha Ryu bekerja sebagai GRO
untuk menyaranya.
Yang
Hoon, mencari Da Hae dirumahnya yang melarat itu. Tapi pada ketika itu, Ha Ryu
berada dirumah. Masih trauma dengan kisah pembunuhan ayah tiri Da Hae, Ha Ryu
menipu Yang Hoon yang Da Hae tidak duduk bersamanya lagi. Dia telah menyewakan
sebuah apartment mewah untuk Da Hae untuk memastikan Yang Hoon tidak bertemu
dengan Da Hae. Kebetulan, rumah Do Hun berada ditingkat yang sama dengan Da
Hae.
Do
Kyung, ‘kakak’ Do Hun mula merasa perbezaan layanan Do Hun yang berbohong untuk
berjumpa Da Hae. Dia memecat Da Hae. Da Hae sangat sedih dan tertekan kerana
dia merasakan kerja dengan Baekhak adalah pencapaian terbaik nyer.
Do
Hun tidak tahu tentang pemecatan tersebut.
Dia
yang merindui Da Hae, mencari Da Hae dan mengajak Da Hae untuk ke US dengan nya
untuk sambung belajar.
Da
Hae memberitahu Ha Ryu. Ha Ryu berbelah bagi tetapi oleh kerana Da Hae sangat
nak, dia akhirnya bersetuju.
Sesampai
nyer Da Hae di US, dia mencari Do Hun dan akhirnya mereka bercinta.
Ha Ryu pula melakukan pelbagai kerja untuk menghantar duit kepada Da Hae. Sehingga dia terpaksa 'melacurkan' diri untuk tujuan itu :( Sedih!
2
tahun kemudian, sepatutnya Da Hae sudah pulang tapi dia member alasan yang dia
tidak boleh pulang. Ha Ryu ternampak Da Hae didalam kereta mewah kepunyaan Do
Hun tetapi tidak percayakan matanya. Kesian Eun Byul yang comel merindui ibunya :( Sedih lagi...
Da
Hae telah mengambil hati Baek Chang Hak dan diambil bekerja dengan Baekhak
Group. Baek Chang Hak memberinya satu project untuk diuruskan. Dia terkejut
bahawa projek tersebut adalah membina bangunan di kawasan bukit tempat dia
menanam mayat ayah tirinya.
Dia
cuba menghalang projek itu dari berjalan. Akhirnya, rahsia terbongkar. Malangnya
Ha Ryu telah dituduh kerana penemuan telefon bimbitnya bersama mayat.
Ha
Ryu disoal siasat tapi dia tidak mengaku. Akhirnya dia dipenjara 5 tahun kerana
menyembunyikan kematian. Eun byul dijaga oleh Da Hae. Oleh kerana Da Hae takut
rahsianya akan terbongkar. Dia berhasrat untuk membawa Eun Byul ke US. Malah,
dia telah berpisah dengan Do Hun.
Do
Hun yang tidak dapat menerima hakikat perpisahan itu, telah pergi kerumah Da
Hae. Da Hae ketika itu telah turun untuk menahan taxi. Apabila Do Hun
menelefon, dia telah meninggalkan Eun Byul dengan berpesan agar Eun Byul tidak
kemana2. Ketika itu, bola yang dipegang Eun Byul telah berguling kejalan raya
dan dia dilanggar oleh lori semasa ingin mengambil bola itu.
Ha
Ryu yang berada didalam penjara diberitahu tentang berita tersebut. Sangat sedih
plot dia dimajlis pengebumian dia.
Ha
Ryu telah bertekad untuk membalas dendam atas kejahatan Da Hae. Dengan
pertolongan kawan sepenjaranya, Sam Do, dia telah merancang menjatuhkan Da Hae.
Dia telah menghabiskan pelajarannya dan mengambil peperiksaan ketika dalam
penjara.
Dalam
masa yang sama, ditunjuk seorang lelaki yang mempunyai muka yang sama seperti
Ha Ryu iaitu Cha Jae Woong. Dia mencari2 kembarnya yang terpisah selepas ayah
kandungnya menghantar Ha Ryu ke rumah anak yatim. Jae Woong seorang peguam. Dia juga melakukan khidmat social dengan memberi
nasihat kepada banduan yang akan dibebaskan.
Sam
Do akan dibebaskan tidak lama lagi. Dia bertemu dengan Jae Woong dan sangat
terkejut kerana mukanya sama dengan Ha Ryu. Dia memberitahu Ha Ryu dan
pertemuan yang mengharukan telah berlaku. Jae Woong yang selama ini mencari Ha
Ryu, telah memberitahu khabar gembira kepada ayahnya tanpa memberitahu yang Ha
Ryu adalah banduan.
Pada
hari Ha Ryu dibebaskan, Jae Woong telah menunggu didepan pintu penjara bersama
Sam Do. Sam Do yang terlupa membeli tauhu (satu tradisi untuk member makan
tauhu kepada banduan yang keluar dari penjara), telah membeli tauhu dan
meninggalkan Jae Woong. Pada ketika itu Yang Hoon telah menculik Jae Woong yang
disangka sebagai Ha Ryu. Terdahulu, Da Hae telah mempengaruhi Yang Hoon untuk memberi amaran kepada Ha Ryu agak tidak menganggunya.
Yang
Hoon yang tidak sengaja membunuh Jae Woong dan mencampak mayatnya kedalam tasik
yang beku.
Ha
Ryu kemudian hidup dengan identity Jae Woong, telah cuba membalas dendam kepada
Da Hae. Senjata istimewanya adalah Do Kyung. Dia telah mengoda Do Kyung dan
mendapat kepercayaan Do Hun.
Kebanyakan
hari, Ha Ryu hampir putus asa kerana tiada tanda2 kemenangan.
Suatu
ketika, pabila Da Hae sudah berada disudut dimana suaminya mula meragui dia,
dan hampir kemenangan Ha Ryu, dia telah tidak sengaja membunuh Do Hun walaupun
telah menyasarkan kepada Ha Ryu pada awalnya. Pada masa itu, dia mula berarah
ke impian yang lain, menjadi Wanita Pertama.
Ending:
Hmm…
after pelbagai kesusahan yang dialami oleh semua, sad ending telah mengakhiri
drama ini. Sesuatu yang tidak dijangka sama sekali. Joo Da Hae adalah lambang
seorang wanita yang sanggup mengorbankan apa saja demi impian yang tiada
akhirnya. Huhu… sedih giler.
Thumbs
up!
No comments:
Post a Comment