Kesah paling tragis 2 bulan ni. Hahaha... sebenarnya masalah ni jelas
nyata bulan lepas. Kereta aku mempunyai keanehan yang luar biasa. Memula dah
repair sebab overheat. Dah okay kejap. Kendian major problem pun datang. Satu
sign yang tak dikenali keluar. Tapi tak kerap. Engine pun almost mati tapi tak
la terus mati. Ada masanya mati terus.
Panik and mintak tolong my hubby bawakkan gi bengkel tapi dia mula la
berlengah. Dia kata dia tak sure ape yang masalah. Hmm... aduhai.... bila
kereta tu makin teruk sampai tahap bersengguk tengah jalan, baru la dia bawak.
Sampai bengkel, orang tu kata injection rosak. Injection tu ada 4 bijik and
kalau ori RM 400 sebijik. Aku tak tau ape sebab my hubby yang settlekan kereta.
Siap hari yang sama and caj RM 1,350.00 (part amik dari kereta potong). Tapi
again, masalah tak selesai. That sign ada lagi. Benci2...
Aku g bawak gi bengkel kat Kota Kemuning and that person kata ada
kekotoran kat throttle body. Dia akan cuci. Kendian dia perasan yang tangki
minyak hitam bocor. Sadis sangat ni kenapa? Huhu... Dia cuci & tukar tangki
tu. Total bill RM 697.00. Otw balik rumah, again that sign ada lagi.... n
kekadang hampir mati lagi. Aduhai. Garu kepala kot.... aku bawak gi bengkel
yang sama, dia kata maybe sensor ada problem. Aku tanye la, kalau sensor ada
problem, nape keta tu nak mati2? Ah lantak la.... sila tukar terus throttle
body. Hahaha... senang. Aku mintak diskaun la pe lagi.
Bila tukar throttle body, aku kena caj RM 570.00 sekali dengan spark
plug. Total hampir 3k aku abes untuk keta tu. Nanges T_T BTW, kereta aku dah
macam 'brand new car' again.
Pembelajaran yang dipelajari, aku tau kenapa rosak. Well, keta aku dah
memasuki tahun ke-12. Yeah.... ke 12 kawan2. Keta tu tak pernah ada major
problem. So far, yang tukar tu parts je. Maybe sebab keta tu dah lama, parts
susah cari and ada pun mahal. Tapi untuk beli kereta baru, aku tak mampu. Bukan
tak mampu camne, aku tak larat nak settlekan hutang lagi bro... malas. Duit
lebihan bulan2 tu aku simpan. Taknak tambah lagi hutang2 ni. Nak move on.
Haha... Keta tu pun dah habis bayar. Banyak save bulan2.
**Harap keta aku tak buat perangai lagi. At least untuk 10 tahun lagi.