Walaowei! Sangat la bersawang sampai aku terlupa password blog sendiri. Hahaha.... super tragis kan? Sebaik no limit untuk try password tu. Kalau tak maybe dah diblock. Hahahaa....
Ok! Takde mende menarik sebenarnya nak diceritakan. Hari ni my hubby punya birthday - yang ke 36. Maksudnya aku tahun ni dah 35. Wow, mid-30's and dah tua. Eh silap, matang. Well, kami tak officially sambut our lagi. Aku dah standby cake untuk my hubby tapi memasing letih malam tadi. And pagi td Yamin plak demam. Double tragis la... Kita tengok malam ni cane.
Untuk tahun ni, my hubby request birthday gift yang sungguh lain dari yang lain. Haha... dia nak TILAM! Ha... pesal TILAM? To be honest, kesian gak my hubby selalu kena tolak tepi oleh Yamin atas tilam single tu. Well, kami bukan takde tilam besar. Tapi tilam tu beli time kami kawen, so pepaham la keadaan nya.
Oleh kerana bonus tak keluar lagi, so bajet untuk tilam tu ciput. Kebetulan my hubby dapat komisyen RM 500 dari sub-con, and ada la additional top-up kan? Aku dah bagi RM 500 kat my hubby and dia beli tilam kat bawah dengan harga RM 1k. Hahaha.... yeah! My hubby ni sama pattern ngan Yamin sikit. Kalau benda yang dia nak tu, selagi tak dapat, asek berbunyik. Jadi baik belikan siap2. Good things, aku rase tiada pembaziran sebab tetiap malam guna kan? Berbanding dengan hadiah basikal (hadiah tahun lepas) yang pakai tak sampai 10 kali tu.
Ni gambar amik dr Lazada. Kalau kat Lazada murah la sket. Tapi warranty takde.
So for his actual birthday, aku belanja makan jela. Ada plan nak bawak beberapa tempat. Cane pun kena buat final discussion sebab my hubby ni kejap nak makan itu, kejap nak makan ni. Berubah2 mengikut angin.
Oh yeah, saje nak bagitau yang kami akan ke Jogjakarta awal bulan depan. Yes! Ni totally un-plan sebab my hubby punya company trip. Tahun lepas tak dapat gi sebab month end closing. Kebetulan tahun ni diaorang buat 4th & 5th May, so sempat la siapkan my report then go. Pape pun kan.... aku takde plan nak shopping. Cuma nak jalan... harap Yamin tak buat perangai. Dia tu lately semacam sket. Moody je. Dah pandai hempas2 pintu ok? Yang tu ikot aku. Hahahaha.....
Oklah! Lain kali aku update our trip ke Jogjakarta plak... harap2 tak lupa password lagi kali ni. For my hubby, HAPPPY BIRTHDAY TO YOU, HAPPY BIRTHDAY TO YOU... HAPPY BIRTHDAY TO ZULFADLI, HAPPY BIRTHDAY TO YOU :)
No comments:
Post a Comment