Sunday, 18 December 2016

Restoran B-Station @ Ampang

Lama tak review restoran makanan Korea. Actually da tak banyak yang baru aku try. So tetibe rase nak makan K-Food. Dan-dan da gaji & terasa nak belanja my hubby n Yamin.

Google punya google, terjumpa restaurant B-Station yang terletak kat Korea Town, Ampang. Log in Facebook, tapi cam lama tak update. Hmm... ada lagi ke kedai ni? Try and error. Maka kami pun g Ampang on Saturday (26th Nov 2016).

Sesampai kat sana, yes, kedai tu masih wujud. Hihi... Nampak dari luar, kedai tu tak banyak beza dengan kedai yang bersebelahannya. Tapi bila masuk, waaa.... comel nyer kedai tu! Dari segi decor nya memang sweet. Kebanyakkan nya dr benda warna putih. Ada banyak dolls, bersih and selesa lah! Macam rumah je... but nice. Ada bau jjigae semasa masuk. Memang kedai Korea la kan?









Menunya tak interaktif sangat. Gambar nya tak menarik. Tapi kalau korang peminat makanan Korea, mesti tau ape nak makan kan? Ikut cuaca sekarang yang agak sejuk, memang la aku nak try Samgaetang. Ayam yang direbus dengan herba2 plus nasi disumbat kat dalam perut ayam tu... tapi aku taknak makan nasi. Huhu...

Belek punya belek, aku ternampak Bibim Naemyeon... actually aku selalu nampak kat rancangan Korea tapi aku tak pernah try. Aku order ni. Ini memang menu simple cam bibimbap. Cuma bezanya bibimbap adalah nasi yang dicampur. Ini Naemyeon tu dicampur ngan sos campuran nya plus ngan sayur2 segar & radish pickles. Ada telur gak tau. Mee tu adalah mee kanji. Huhu... aduhai layan jela kalori yang ada ni. N rasa Bibim Naemyeon ni seperti yang aku jangka and sedap walau tanpa daging. Harga aku malas nak pikir tapi portion dia memang terbaik lah. RM 19.50 semangkuk ala carte. Tapi takde la set. Kalau ada bagus kan? Boleh cadangkan ni.





My hubby order Spicy Beef Soup - ala2 Soondubu Jjigae tanpa Dubu... Hoho... Tengok la meriah nya banchan yang dorang bagi ni. And banchan ni semua boleh refill. Aku tak sure whether boleh refill banyak kali tapi kitorang refill sekali jela. My hubby hirup soup nya sebab sedap. Aku sebab da selalu makan, malas nak try. Cam tak cukup je my hubby makan. Harga Spicy Beef Soup ni RM 22.00







Oleh kerana aku takde makan daging, aku order Korean Fried Chicken. Lalala... memang aku sangat2 nak try camne sedap tak ayam tersebut. Harganya RM 22.50. Bahagian ayam tu mostly wings ngan part yang berdaging. Aku tak dapat pastikan ape yang istimewanya ayam tu. Hoho... sebab aku rase Kyochon punya lagi sedap. Haha... sori... tulus dan ikhlas ni. Cuma aku nak puji ayam B-Station ni lebih besar banding Kyochon. Pedas tak? Errr.... tak! Can I say more to.... makan ayam masak merah yang budak2 boleh makan...





Selain tu, kami order gak Haemul Pajeon... oppps... itu nama Koreanya. Nama dalam menu Seafood Pancake. Sedap!!! Seafoodnya fresh and ada rase makan kat Korea. Lain kali kalau time aku giler, aku datang situ makan ni je ok? Sangat la sedap. Actually yang ni sampai and habis dulu. Haha... lain kali nak try Pajeon jenis lain plak.... harga Haemul Pajeon ni RM 18.50




My anak memang lidah Western arini. Dia order Jumbo Sausage Set. Dalam set tu ada homemade sausage, whipped potato, fried eggs... aku try sausage nyer. Memang not bad! Boleh la bawak anak2 korang yang tak makan Korean food kesini... RM 18.80 sepinggan...




Selain tu nak highlight B-station tidak menggunakan MSG ya people! Plus ice pun buat guna Korea ice maker. Selain tu, aku rase ada satu wording yang ditampal kat dinding 'No Wifi, talk among yourself'. Haha... sape makan cili, dia rase pedas!






Total bil + GST + Service Charge : RM 129.20

Kalau korang nak datang sini, boleh la g alamat ni:

B-Station
C14-1, Jalan Ampang Utama 1/1
Taman Ampang Utama, 68000, Selangor

Kedainya agak tersorok sket tau. Kena tengok signboard sebelum jumpa.


Yes, lama tak makan kedai Korea yang sedap.

Well, aku tak nampak sijil Halal kat kedai ni. Tak abes pusing hokey? Tapi lesen perniagaan nama orang Melayu and dalam menu takde 'pork' and soju. 

Thursday, 1 December 2016

Golden Gate Fertility - My Pengalaman (3rd cycles)

3rd cycles dengan Golden Gate Fertility. Jumpa je Dr Khoo on 5th Nov 2016, aku terus cakap 'I'm not pregnant'. Cam biasa scan & body temperature kata aku senang sangat pregnant. As long as my hubby tau yang hakikatnya sperm dia bermasalah, aku tak kisah. Aku masih ada sisa2 kesedihan yang aku tak pregnant lagi. Nak buat camne? Doakku belum diterima dan diproses kot. Eh, lamanya nak proses? Boleh report NCR ni. Huhu...

Tapi oleh sebelum tu my hubby dah bawak gi tengok wayang & makan Kyochon chicken sampai seekor, memang terase memuaskan. Hihi... Tapi aku agak kekembungan... terlebih makan...

Dari segi ubat, tiada perubahan... charges around RM 420.00
Asalkan my hubby redha. Dr Khoo sarankan aku bersama ngan my hubby pada hari ke-9. Nampak ganjil kan? Tapi ikut jela kalau nak result kan?

Next appointment 12th Nov.

12th Nov 2016, kami gi cam biasa. Ari ni macam ramai plak patient. Tapi trust me, ramai2 pun, takyah tunggu lama2. Time scan, Dr kata rahim bagus. Ada 3 lining and ada sebijik telur yang sangat mature ukuran 18mm. Lepas scan, tunggu kat luar & my hubby gi toilet dulu. Time tu Dr panggil lagi. Aku masuk ngan anak aku je. Then Dr kata kalau ikutkan sekarang, aku memang paling senang nak pregnant cuma nak improve quality my hubby punya sperm. Pastu aku tanye la, bila lagi? Dah 3rd months. Dia kata jangan risau. Your rainbow will come. Huhu...

Kendian cam biasa, Dr check mine & my hubby's pulse and kaler lidah. N bagitau bila nak bersama.

Charges RM 420. Next visit, scan takyah bayar da... yabedabedu.

Untuk pengetahuan, aku perasan one thing yang best lepas consume ubat2an cina ni. 1st my breast dah tak kendur lagi. N then sangat bertenaga. Paling2 best, uban aku dah tak kuar lagi. Yup, ada sehelai ubat yang sangat menganggu betul2 depan kat ubun2 rambut. Dulu aku potong or cabut. Last sekali aku cabut before aku makan ubat tu. Guess what? Dah tak tumbuh lagi! Wawawawa... anti aging ke? Bagus ni... boleh continue lepas2 ni...

19th Nov 2016 appointment cam biasa and charges MYR 360 je sebab scan dah free for life. Tapi takde different dengan appointment sebelum ni. Sama je... Checkup pun cam biasa.

Same gak ngan appointment on 26th Nov 2016. Yang tak sukanya time ni, menunggu sampai 1st or 2nd December untuk tau pregnant ke tak... Dr tukar ubat aku lagi. Tapi sama cam ubat yang aku makan time 1st cycle aritu. Macam takde ber_T_T sebab Dr tak kata pape.


30th Nov 2016, lepas balik keje, aku period. End of 3rd cycle. Okay....move on!