Wednesday, 26 October 2016

27th October 2016

Harini Yamin gi lawatan sekolah gi Farm in the City & kilang coklat kat Seri Kembangan tanpa ditemani Mama. Takpela... harap semua ok. Hihi... Makin cerdik tak hingat dia sekarang. Lately dia suka imitate iklan. Macam2 iklan la. Especially iklan KFC - Hanyamu Pujaan Hatiku. Huhu... Nyanyi penuh bersemangat.

Oh yea, Selasa lepas (25th Oct), ari penyampaian report card dia. My hubby yang gi sebab aku malas. Haha... actually 6 bulan pertama tu aku dah gi kan? So ni papa dia nyer turn. Kalau ikutkan keseluruhan, dia dapat no 2. Subjek matematik & english tinggi banding budak yang dapat no 1. Tapi sebab BM dia dapat separuh kan? Memang sampai sekarang agak kecewa sebab dia tak siapkan. Rase nak sekeh2 je.

Balik kerja petang tu, dia kepoh dia dapat no 2 and tagih hadiah dia. Dia mintak gi tido hotel 4 malam 5 pagi. Haha... salah konsep btol lah dia tu. Tak tau nak gi mana lagi, nanti discuss ngan my hubby. Ada 2 negeri semenanjung Malaysia yang dia tak pernah pegi. Kelantan & Terengganu. Aku lak Kelantan cuma cicah punggung kjap je. Lalu kat Gua Musang je. Tak turun pun. Tapi jauh, sian my hubby nak drive kan? Lagipun kami perlukan duit untuk rawatan kesuburan tu. Tak boleh nak mengharap sgt. Ada ke hotel RM 100 semalam?


Kalau ikot pelan asal nak bawak gi Kidzania tapi nanti dia tanye mana hotelnya? Haha... anakku memang bijak.

Thursday, 13 October 2016

Restoran Warisan @ Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Hish, banyak giler restoran aku try tapi selalu malas nak update kat blog. Last2 gambar yang aku kumpul memang berkepuk2 la dalam hp. Huhu... 

Last weekend, Ahad, my hubby kata teringin nak g Muar makan asam pedas. Tapi dia bagitau dalam kol 10.30am. So, kami bergerak dari rumah 11.45am tapi oleh kerana weekend, jalan cam banyak kereta. Kol 1pm baru sampai area Seremban. Perut pun lapar. 

So, aku kata why not kita try makan kat restoran yang Sari Yanti pergi. Nampak kat TV cam menarik je. Bila googled, nama restoran tu Restoran Warisan kat Kuala Pilah. Tengok waze cuma 30 min je dari Seremban. 

Sebenarnya, aku pun tak tau la betul ke Restoran Warisan ni restoran yang Sari Yanti pergi. Sebab tengok iklan je kan? Bila sampai, aku yakin bukan restoran ni yang dia pergi. Satu sebab tak nampak pun itik yang digantung2 bagai. Kalau korang tau restoran mana dia pergi, tolong comment ek?
Masuk2 parking, nampak gah la dengan rekabentuk ala2 istana. Bila sampai, nampak cam tempat tu tak di maintain. Sayang sebab layout dah cantik kan? Restoran ni terletak depan Istana Seri Menanti. Senang nak cari.

Turun dari kereta & cari meja. Tengok2 my son tertarik ngan kuda2 yang ditempatkan kat bawah. Sawah padi subur & pemandangan area kampung. Angin yang sepoi2 memang best la... Suasana dah okey da... Tapi kebersihan restoran ni bukan tip top ye? Singki untuk basuh tangan pun tersumbat. Kalau upgrade sket, dah ok sangat la...









Okey, oleh kerana perut lapar n my hubby okey je ngan makan daging salai, terus order. Menu dia simple je... takde bergambar sangat. So, order daging salai masak lomak cili api, ikan keli masak cili padi, burung puyuh masak cili hijau, sup cendawan & ulam2. Air cuma limau suam + limau ais je for my hubby.

My son seronok bermain2 kat padang. Masih boleh diperhatikan tapi agak jauh. Jadi kami pindah meja. Tak lama tu makanan tu sampai. 

1st impression, dari pandangan mata la kan... aku rase biasa2 je. Takde yang menarik. Makanan2 esp ikan keli & burung puyuh agak berminyak. Tapi maybe itu style masakan orang Negeri Sembilan kot. I am expecting rasa pedas sebab cili2 tersebut nampak menyelerakan. My husband aku kata pedas tapi aku nyer lidah tak sama level. Aku rase sedap tapi tak pedas. 








Dari segi portion, agak kecil tapi cukup lah untuk 2-3 orang makan. Camne pun sup cendawan nya banyak isi. Aku ada perasan meja lain order ketam. Cam sedap je. Haha... lain kali boleh try. 

Time nak bayar ek? Yang ni paling tak gemar sebab kami kena tunggu 15 minutes tanpa orang entertain depan kaunter okeh? Pekerja ramai tapi asek kata kejap bang... kejap bang... geram plak. 

Total bil RM 59.50. Aku rase agak murah. Ye ke? Haha... ntah... tapi murah la. My hubby pun terkejut sebab rase burung puyuh tu agak mustahil la dicaj cuma RM 15 sebab ada 3 ekor dalam tu... hoho... alhamdulillah la kan? Rezeki kami jalan jauh. 

Overall perasaan, aku rase takde la sampai rase nak kembali lagi ke situ untuk makan. Kita try tempat lain plak ek? 



Tuesday, 11 October 2016

Golden Gate Fertility - My Pengalaman (1st Cycle)

Kenapa aku berminat nak try Chinese Medicine untuk merawat kesuburan both of me & my hubby? Well, sebab anyhow, cumalah ubatan2, yang natural. Insyallah no harm to your body.

Dr. Khoo Mow Song pulak graduated dari China & sekarang one of the lecturer kat Inti College. Ofkoz mula2 agak ragu2 tapi why not try dulu kan?

1st appointment 10th Sept 2016. Untuk pengetahuan korang, operating hours Monday, Wednesday, Thursday & Saturday dari pukul 4.30pm to 9.30pm. Untuk branch lain, boleh la korang surf website dibawah ini:

http://www.goldengatefertility.com/

Aku pilih Sabtu sebab hari Sabtu lebih mudah for both myself & my hubby sebab bekerja. N then operating hours nya tak lah rushing sangat.

Masuk je klinik, benda pertama yang korang akan bau adalah chinese herb. Bau jamu macam mak aku buat. Hihi... then register both husband & wife. Tak ramai time tuh, ada 3 couples je. N kami datang sharp 4.30pm. Kemudian kami dipanggil oleh Dr Khoo. Yang ni anak Dr Khoo. Also graduated from China. Macam biasa soalan ditanya berkaitan kesuburan. Pernah keguguran tak? Pernah buat IUI & IVF tak? Pernah buat ujian kesuburan tak? Ada blockage time HSG test tak? Macamana ngan sperm. N dia tulis semua yang kita bagitau kat card tapi dalam tulisan Cina. Ofkoz la kan? Adui!

Dr Khoo jugak tunjuk success rate yang direkodkan. Memang agak tebal habaq hang! Malah yang datang from oversea pun ada. Mostly ada masalah yang lebih teruk dari aku. Pernah buat IVF, UCSI & IUI. Malah ada yang pernah keguguran. So, takpelah... jom try!

Tapi takkan la dia rely dengan verbal je kan? So, few test kena dibuat:

Semen Analysis - Test ni dia tak buat disitu. Takde facilities I guess. So, dia bagi referral letter and my hubby kena buat outside guna surat tu. Kena bawak surat tu or else kena bayar lebih mahal. My hubby perform test ni on 15th September.

Blood Test both my hubby & aku - darah diambik & hantar kat lab luar.

Urine Test

Scan perut - dorang caj 10 scan yang pertama, lepas tu free for life. Dr Khoo kata ada 2 telur yang besar and satu kecik (tak tau ape - dia kena check semasa appointment seterusnya)

Benda pertama yang dia bagitau adalah ubat2an dia adalah certified halal. Korang boleh check certificate kat bawah ni.

Untuk permulaan, kami dibekalkan ubat untuk seminggu sampai lah appointment akan datang. Ubat2 tu dimakan 2 kali iaitu pagi & malam, selepas meal. Tapi oleh kerana aku dah menghampiri waktu subur, maka, next appointment adalah pada 14th September untuk scanning & review kalau2 test2 result kat atas dah keluar.

Oh yea, selain tu aku kena rekod perubahan temperature badan aku guna alat ni. Setiap hari after bangun pagi & less pergerakan. Nanti dorang akan rekod kat satu chart ni. Yang kelakar dorang bagi buku tiga 5 untuk catat suhu tu. Takpela, asalkan serve the purpose what?




1st appointment ni, caj nya RM 15++.00 cover semua test diatas, alat pengesan suhu & ubat2an. Nampak mahal kan? Tapi demi anak kedua! Mari cuba...

*Note : Ubat2 tu takde specific rasa & ada sikit bau macam pil Chi Kit Teck Aun tapi tak lah kuat sangat pun. Tiada rase mint macam pil tu. Lepas makan, takde rasa 'memanaskan' badan. No 'pantang' or restriction of food semasa pengambilan ubat ni.




2nd appointment, on 14th September. Ujian darah dah keluar & Dr. Khoo Mow Song sendiri yang attend kami. Ujian tu cover banyak elemen termasuk lah thyroid & also cholesterol. Untuk aku, tak banyak yang dia highlight cuma hemoglobin rendah tapi tak lah sangat rendah. Thyroid aku pun dah takde. Magic kan? Haha... well, memang dah takde sejak 9 bulan lepas maaa. Pasal hemoglobin tu, aku ada google makanan yang boleh increase-kan balik level hemoglobin. Kena makan folic acid. Yup, aku memang makan sebijik sehari tapi kalau tak cukup, boleh la makan lebih. Maybe aku akan increase kan 4 biji. Time forum haritu, dorang kata amik banyak pun takpe sebab itu cuma vitamin. No harm to your body. Makanan yang ada iron, beetroot & vitamin C. Nampaknya makan buah selalu pun tak cukup la. Hmm... kena beli dr Shaklee ni.

The rest aku sehat & doctor kata aku boleh hidup sampai 100 tahun. Hihi... simpan duit babe!

Untuk my hubby plak, dia kena suspect ada Talasemia. Ape benda Talasemia? Hmm... itu adalah darah yang berasal dari keturunan. Aku tanye gak ape yang serius? Dia kata kalau pesakit Talasemia kahwin dengan orang yang juga pengidap talasemia, susah nak dapat anak & paling teruk kalau pregnant, memang akan keguguran. Talasemia ni sesuatu yang diturunkan dari generasi. Dia kata takde cara mengubat. Cuma pesakit ni perlu hindarkan dari berkahwin dengan pesakit Talasemia kalau nak zuriat. Hmm... Tapi my hubby kena jalani another blood test untuk memastikan betul dia ada Talasemia sebab blood test sebelum ni cuma 'suspect' dia ada Talasemia je. Huhu... Well, for record selama ni tak pernah my hubby tau dia ada Talasemia dalam mana2 test. Oleh kerana Talasemia ni ada kaitan dengan kesuburan, maka kat Golden Gate, memang perlu pastikan samaada dia betul2 ada Talasemia & kalau betul ada, anak2 dia pun perlu di-check untuk future precautions.

Hmm... The rest, my hubby kena take note dengan cholesterol level dia.

Kemudian scan my perut. Dr Khoo kata dia suspect ovari belah kiri ada PCOS atau Polycystic Ovary Syndrome. Mende tuh? Cam telur banyak tapi tak matang. Hmm... tapi dia kata too early untuk summarized kan sebab kena scan time appointment seterusnya. Okay2... takpe...
N ada few healthy eggs yang sesuai bersenyawa. Kendian dia sarankan untuk bersama / seks pada 2 malam seterusnya. Hoho...

Untuk 2nd appointment, kami kena RM 220 (Caj scan RM 60 + RM 160 untuk blood test Talasemia tuh).

Next appointment 17th September. Doktor ni tak cuti kot? Haha...

Appointment ketiga 17th September. Semen Analysis result dah keluar. Maka, memang ternyata kekurangan kualiti sperm my hubby perlu dirawat. Dr Khoo bukak rekod comparison dengan pesakit lain. Kiranya walau sperm my hubby tak lah teruk sangat, tapi still lebih baik dirawat sebab so far takde hasil kan?

And then dia scan telur aku and kata ada telur yang cantik n ready bersenyawa. So, dia tanda tarikh yang perlu kami untuk bersama. Ubat baru dibagi untuk my hubby berbentuk cecair. My hubby kata agak pahit tapi takde la melekat kat mulut. Telan jela. Aku tengok my hubby sangat positif. Tak kesah pun. Asal dapat hasilnya. Harga ubat untuk appoinment ketiga RM 360 + RM 60 scan : RM 420.

Appointment keempat 24th September, kami dapat Dr. Khoo Mow Song lagi. Best2. Tapi bukan la anak dia tak best. Sama aje. Hihi... Dr. Khoo Mow Song ni agak peramah. Couple sebelum kami tu dah pregnant dalam 6 cycles. Tapi patient tu ada banyak history cam keguguran, and umur dah 39 tahun. Satu lagi patient tuh dari JB. Travel sebulan sekali je & guidelines semua through whatsapps. Dasat kan? Aku rase most patient dorang camtu. Sebab dari oversea pun ada.

So, my hubby cam yakin dengan treatment dorang. Takpela, tengok lah rezeki kami plak kan?

Then dorang bagitau pasal my hubby's punya blood test checkup yang berkaitan dengan Talasemia. N yes, he is the carrier. Well, takpela, takde effect papepun sebab aku takde Talasemia tu. Tapi nanti anak2 kena amik blood test. Si Yamin kata dia nak amik test tu umur dia 17-18 tahun. Kelakar. Well, depends on camne aku explain kat dia aritu. Takde la aku sebut Talasemia. Kang dia tak paham plak kan? Nanti kena take note untuk checkup darah dia.

My hubby abit down la pastu. Tapi takpela abang...

Dr. Khoo pun kata okay je. Jangan give up and be patience.

Total bill RM 420 sekali dengan scan. Sama ubatnya dengan haritu tapi ubat aku ada label 3A & 3B. Tak sure ape bezanya dengan hari tu. Nanti nak tanye balik :) Next appointment 1st Oct. Aku tak sure 1st cycle ni boleh berjaya pregnant tak... tapi takpela. Since my hubby tak kisah kan? His money dia cakap... haha!

1st October 2016 - 5th appointment. Ada 2 kenduri sebelum tu. Sampai kat Puchong, Dr Khoo panggil & scan perut. Dia kata aku cam pregnant sebab lining kat rahim dah menebal & suruh aku pergi buat ujian air kencing. Aku tanye tak terlalu awal ke? Dia kata tak... So, air kencing diamik & bagi kat kaunter. My hubby dah tak sabar. Berdebar2 plak katanya. Aku lak tak rase pape pun tapi nak gak tau kot2 pregnant kan? Hmm...

Tak lama tu, Dr. Khoo panggil lagi n kata tak dapat detect maybe sebab baru 13 hari from ovulation day. Dia kata tunggu 2-3 hari. So, untuk harini, charge RM 440 (extra RM 20 untuk ujian air kencing). Hoho... Balik tu my hubby extra care abes la. Haha... yela, mana la tau. N then dia excited. Aku kata jangan excited sangat. Memang beberapa hari tu aku rase cam lain macam. Cramp kat kaki lebih teruk dr selalu. Then sengugut plus breast rase bengkak. Huhu...

On the way balik kg, sangat la sakit sengugut dalam kereta. Selalu aku da amik panadol da. Tapi tak... Ahad tu, kami gi Kajang, aku pun rase sengugut n cramp kat bahagian kaki. Tahan jela kan? Kebetulan ari Isnin cuti Awal Muharam, tengok2 period plak... memula sikit and my hubby kata maybe spotting. Then aku mintak my hubby beli alat mengesan kehamilan tu and usap perut kata if ada baby dalam perut mama, tunjukkan la... but then, keluar period sebanyak2nya... huhu... sian my hubby. Dia dah mengharap sangat.

Bila dipikir2 balik, ada perbezaan time period ni dengan period yang lepas.

Pertama, sengugutnya lain macam. Selalu aku sengugut sikit2 je. Sengugut kali ni kalau nak dibandingkan nisbah, dalam nisbah 1 ke 7 ok? Pastu agak lama. Aku tak pernah sampai breast tegang. Tu yang aku teragak yang aku pregnant. Hmm... orang kata kelainan camni memang selalu buat orang salah paham kan?

Kedua, darahnya agak pekat merah. Selalu tak camtu. N then kali ni memang banyak especially untuk hari pertama & kedua. My mom kata maybe nak buang yang kotor2. Kesan ubat herba tu. N my mom kata, baru cuba, takkan nak expect result dengan cepat kan? Betul gak... Then my mom kata try minum susu kambing ngan madu ke per tah sebab my sister in law try and dia tengah mengandung sekarang. Nak tanye segan. Takpela, nanti google. Ikhtiar la mana boleh kan?

So, sabar la. Tunggu next cycle plak.