Tuesday, 26 July 2016

Laman Grill | Steak & Bar-B-Que

Dah lama kot aku tak posting pasal tempat makan. Well, memang terlampau banyak sampai tak terkira jari ok? Tapi oleh kerana restoran2 yang aku try semua so-so je, aku pun malas nak update kat blog.

Last week, lepas gado, ahaha... my hubby ajak makan kat Laman Grill | Steak & Bar-B-Que kat Laman Seri, Shah Alam. Aku rase takyah kenalkan lagi restoran ni sebab sangat lah famous. Ownernya one of the masterchef's Malaysia judge, Chef Zubir Zain. Sekali dengar cam mahal kan? Sebab bukan calang2 chef bukak restoran ni. Tapi oleh kerana hubby bayar, ikot je...

Kami order Mushroom soup for appetizer, Lamb Shank, Rib Eye 320gram, Warm Chocholate Cake for dessert dan Ice Lemon Tea plus Mojito Drink untuk air minuman. Service nyer cepat. Tak sampai 10 min, mushroom soup dah serve. Sori, aku tak baca sangat menu. Main order je. Haha... So, mushroom soup ni bukan kaler putih ek? Kalernya cam guna wild mushroom je. Sedap habaq hang! My son memang suka sampai licin mangkuk dia makan. Serve dengan garlic bread yang crunchy, ohhh.... sedapnya. Abes my diet :) Harga mushroom soup ni RM 15.50, sampai semalam pun my son masih teringat2 kata sedap..






Takde menarik pasal drink nyer... Mojito Drink berharga RM 12.50 & Ice lemon tea RM 7.50



Then my rib eye steak sampai. My hubby amik medium rare. Saiz steak ni sederhana, takde la kecik sangat n tak besar sangat. Serve dengan black pepper sauce, potato cake & salad. Agak liat, maybe patot return kat kitchen tapi my hubby pun diamkan je. Tak patot, tak patot... Harga steak ni RM 55.50. Maybe next time amik T Bone as recommended by the waiter.




Lamb Shank ni plak, memang besar habaq hang. Aku pun cam tak yakin boleh menghabiskannya. Serve ngan potato cake and grill vege, takyah cakap la... memang sedap! Walaupun kambing ni tak lembut sangat tapi sedap la... ngan sauce nyer, perghhh... potato cake tu memang my favorite. Crunchy part in the outside sebab mozzarella & parmesan cheese. Errr... lain kali nak order potato cake tu jela :-P Jimat bajet. Harga set ni tak mahal sangat - RM 38.50. Tapi hang makan la sampai kekenyangan. Sebaik aku bagi sikit kat my hubby. Kalau tak, memang bercinta nak menghabiskan. Saje je aku suruh my hubby letak tangan kat gambar bwh ni nak gambarkan bertapa besarnya saiz lamb shank nih.




Warm Chocolate cake ni silap kami amik time awal. Kalau time dessert memang feel makan. Warm chocolate cake tu ngam2 untuk kami bertiga share. Serve dengan sauce berries & apples, sangat memuaskan hati. Ice cream tu biasa je... nothing special. Presentation not bad. Pinggan je besar. Haha... maybe sebab dia dah adjust kuantiti main course yang memuaskan ati. Harga warm chocolate cake ni RM 16.50 ye...




Next time boleh repeat lagi. Semua harga diatas plus service charge (4%) & GST - MYR 160.95
Boleh la pergi lagi lepas gado kan? Sape suruh gado, ye tak? ;-)


Oh ye, untuk booking, boleh la call 03-5523 7386. Ada jugak terdapat satu lagi branch area Kajang. Best! 

No comments:

Post a Comment