Sunday, 26 June 2016

Sakitnya Hati...

Baru je nak berangan nak g bercuti ke Bandung, my hubby bagitau yang nama aku dah di-blacklist-kan dari keluar negara. Yup, the only reason yang aku dapat pikirkan adalah sebab PTPTN. Bukan tak bayar, tapi maybe tak sampai tahap yang sepatutnya kan? Geram plak jadinya. 

Mula la rase tak best time tu... then bila bersembang ngan seorang colleague aku, dia kata boleh bayar guna Akaun 2 KWSP. Eh... ye ke? Baru mak tau... hihi... so ape lagi, oleh kerana boleh, harus lah aku memikirkan option itu. Tapi oleh kerana rasenya mustahil nak bercuti keluar negara lagi, ingat KIV dulu pelan tu untuk dipikirkan langkah seterusnya. Sayang la plak sebab da bertahun2 simpan, bukan banyak mana pun dalam akaun 2 tu. Melainkan duit berjuta2 takpelah.

Mari bertenang buat masa ini. 

Minggu depan raya. Maka, aku dengan bangganya menyatakan tiada persiapan raya dibuat setakat ni melainkan baju yang ditempah tapi ntah bila siap. Raya tahun ni aku akan beraya di Jalan Kebun dulu. Yabedabedu.... tiada yang lebih baik dr merayakan bersama keluarga tersayang. Raya kedua petang2 sikit, baru balik Gedangsa. Or malam... 

Lepas cuti raya, haruslah start berpuasa 6 ye? Target pengurusan adalah 50 kg pulak (dah achieve 55 kg, wahaha....). Haruslah berdiet untuk lebih kurus... Daaaaaaa.....

No comments:

Post a Comment