Monday, 14 March 2016

No caption

Beberapa minggu ni aku cepat rase down. Sikit hal je stress, sikit hal je lagi down... aku pun tak tau nape. Aku suspect maybe tiriod aku dah berubah bentuk balik. Maybe dari hyper ke hypo sebab sangat mudah aku kurus sekarang ni. Huhu...

Nak kena buat checkup balik nih. 

Dalam masa yang sama, yea... oleh kerana diet kurang kalori sejak awal bulan 1 tu, aku telah berjaya mengurangkan berat sebanyak 2kg. Eh... ok per? Ingat senang nak kurang banyak tu? Tapi bukan tugas mudah tau nak dapat banyak tu... sian je aku ni, asek mkn sayur n protein je. Setakat ni kalau nak makan nasi, aku makan 2 suap je. Haha... memang ada kengkawan yang annoying dengan cara terbaru aku diet tapi who cares kan? Duit aku...badan aku... lantak la ko nak annoying ke pe...

Next week, Yamin da request gi jalan2. Birthday dia la katakan.... sekarang pun dah besar. Pandai request2 ni. Dah besar anak mama... kanan kiri orang selalu puji pasal dia. Dengan pandai buat lawak la, pandai bercakap la... pandai belajar la. Semua orang sayang dia. Alhamdulillah... itu jela pengubat hati yang lara. Harap  dia tak berubah sampai la dia besar nanti. 

My hubby plan nak bawak kami bercuti gi Langkawi naik kapal terbang. Lama aku tak naik kapalterbang sejak Korea trip. Sedey je... Short trip cuma 3H2M. Nanti aku update ye? 

No comments:

Post a Comment