Monday, 3 August 2015

Aug 2015

Dah masuk Aug 2015. Segarnya udara, bila ujan pada waktu malam semalam. Syiok! Yup, da lama kot aku tak mengepost. Penat! Banyak yang aku nak ceritakan tapi memang time kerja, aku concentrate kat kerja je.

Raya plak, dah 2 minggu. Cam biasa Raya tahun ni tak berkembang sangat pun. Haha... tak ramai keluarga yang kitaorang gi beraya & takde orang beraya rumah kitaorang. Super tragis. Tapi ape nak buat, cuma ujung minggu je yang boleh nak beraya pun. Lagi satu yang tak berkembang adalah ibadat. Hmm... sangat la malas nak komen. Tahun lepas, aku abeskan puasa 6 minggu pertama Raya hokey? Tahun ni, da masuk minggu ketiga, baru nak terkial2. Haha... memang pasni kene la muhasabah diri T_T

Oh ye, Raya ni aku rase perubahan bila menghadapi soalan sentap. Soalan bila nak tambah baby tuh. Aku tak sentap macam tahun2 lepas, hoho... apakah? Layan je. Jawapannya siapa yang tau? Allah je yang tau... tapi aku tak suka perkataan anak tunggal or anak sorang. Sebab ko tau ke apa yang akan berlaku masa depan? Nak lempang2 je orang ni. Yang tu memang tak boleh menerima hakikat lagi. Sebab aku memang nak anak ramai hokey? Takde rezeki je...

Cakap pasal anak ni, aku telah berjaya menyakinkan my hubby untuk gi ujian kesuburan. Sekarang, kitaorang tak tau ape masalahnya. Baik gi check sebelum terlambat. Tengah survey2 tempat ni. Doakan kelancaran urusan kami, Amin!

Rezeki lebihnya adalah tang duit. Bukan la melimpah ruah kan? Alhamdulillah aku boleh la bersedekah lebih pada mereka yang memerlukan... sikit je... tak banyak pun. Asalkan aku ikhlas, jadi la...

Dan my besday just around the corner. Takde cahaya yang besday tahun ni best sebab impossible untuk my hubby cuti pada hari Jumaat tu. So, nampaknya sekali lagi, yang mampu mengembirakan aku, adalah diri aku sendiri. Hoho... wait for my next post. XOXO!


No comments:

Post a Comment