Memula
aku da rase yang cuti panjang CNY hari tu akan kelam sebab takde plan. And Rabu
malam, my hubby balik super lambat. Huhu… pagi Khamis tuh tetibe my hubby ajak
jejalan gi Kuantan! Tetibe je hokey? Dengan baju belum basuh, plan nak basuh
cadar semua… huhu… memang banyak keje belum settle. My hubby kata bertolak
dalam kol 1pm. Sempat la aku men-settlekan semua kerja2 tersebut. Huhu…
Kol
1pm, bertolak gi Kuantan. Stop lunch dulu kat Nasi Ayam Bukit Naga. Then terus
gerak. Sampai area Bukit Tinggi, memang agak jammed. Stress plak rasenya… adela
dekat sejam jugak. Cuma pasal ada kereta stop tepi jalan.
Sampai
area Gambang, dalam kol 6pm. Aku check la tempat2 menarik kat Kuantan dari
kawan – ex roommate Ain. Hmm… plan nak gi rumah dia gak jalan2. Sampai kat
guesthouse dalam almost 6.30pm. Kalau korang nak cari guesthouse yang murah, n
dekat ngan bandar, aku rekomen guesthouse yang kitaorang sewa ni. Lokasi kat
Jalan Kubang Buaya 50. Memang best & selesa. Bersih! Walaupun ownernya
orang berketurunan Cina, tapi ada tanda arah kiblat. Sesuai untuk orang Muslim.
Dalam
kol 7.45pm, masing2 dah lapar & nak cari tempat makan. My fren rekomen Ana
Ikan Bakar Petai yang lokasinya kat Tg Lumpur. Memang mudah nak cari sebab dari
guesthouse tu baru 15 min. Kalau korang sampai Tg Lumpur, korang akan nampak
restoran Ana Ikan Bakar Petai dekat main road. Tapi kitorang tak makan kat
situ. Kitorang makan yang kat dalam sebab agak besar & parkingnya lebih
besar. Ada kemudahan playground.
Sampai
je restaurant tu, aku pilih la seafood. Hmm… terkejut aku ngan saiz seafood
yang ada. Sotong dia memang king size. Pastu ada udang galah. Hmm… ikan
siakapnya pun besar, memang xde saiz kecik untuk family yang kecil cam kami.
Yamin plak tengah seronok main kat playground tu. Memang kena perhati, yela…
orang jahat ada dimana2. Huhu….
Last2
aku amik seekor sotong – trust me, sotong ni sangat besar hokey! Then ikan
siakap seekor – itupun paling ‘kecik’ dari yang besar2… and amik sebungkus
lala… kalau korang tak tau jenis masakan, boleh la refer kat signboard yang
disediakan. Time beratur tuh, ada sorang mamat ni amik banyak gak seafood.
Ketam pun ada… n semua dia nak bakar petai. Ape yang best sangat, aku pun nak
try gak. Tapi honestly aku rase ikan siakap memang tak sesuai dibakar, tapi
mana la tau chef restoran ni dah dapat mencari kesesuaian resepi kan? So,
sotong aku order goreng tepung, ikan siakap bakar petai & lala masak halia.
Sambil
tunggu, aku tengok2kan Yamin yang main kat playground. Order nasi putih, sayur
& air sepatutnya kat meja. Tapi da 30 min, takde waiter sampai n tanye nak
order ape. So aku terus g kaunter. Paham sebab sangat ramai orang time tuh.
Full house! Then bila makanan sampai, terus makan. N the ikan bakar turn out to
be sangat sedap hokey??? Dia bakar dengan pes cili & bawang…. Standard…then
on top dorang letak petai! Memang risau tak habes makan…. Tapi ofkoz dengan
kehebatan kami makan, akhirnya, dapat la makan dengan licin. Nak banding dengan
trip gi Melaka itu ari, aku rase memang terbaik la makan kat sini. Seafoodnya fresh. Makanannya pun sedap… Cuma ramai je. Hahaha…
Yamin
pun tak penah2 abes makan. Well, dia cuma makan lala halia, sotong goreng
tepung je & nasi putih je. Huhu… untuk air, aku amik air manga satu jug –
tak besar sangat. Ada orderkan ayam goreng kunyit untuk Yamin, tapi dia tak
makan pun. Sayur campurnya biasa2 je. Total bil RM 102. Kira murah la gak…
sebab saiz seafood tu besar. Memang puas. Balik tu konon nak singgah Teluk
Cempedak. Tengok2 jalan jammed la plak. Time tuh da kol 11pm. Balik terus
guesthouse. Tido…
Jumaat
pagi, my hubby meng-google makanan untuk brekfes and turn out to be also my
favorite food, nasi kerabu! Kedai ni terletak bertentangan dengan Yayasan
Pahang – kira bukan la kedai yang grand2. Kedai ni nak tau landmark nya, ada
sign 57 tahun Malaysia yang dibuat dari botol recycle yang diwarnakan.
Sebelahnya ada Surau Kubur.
Nasi
kerabunya not bad tapi ada something missing. Maybe takde pedas kot. Huhu… ye
ke? Nasinya agak kering – tapi overall okey lah… bole makan…
Abes
dari sarapan tuh, kami gi lepak kat Teluk Cempedak. Best gak… pantai nya
bersih. Haha… cam jakun je… mana penah gi kan? Ingat nak amik gambar banyak2,
tapi since my hubby tak bagitau nak lepak situ, so muka tak bermakeup &
buruk. Serabai. Tak mandi kot :-P ahaha… ingat nak kuar sarapan je tadi. So,
Yamin jela having fun kat situ. Bahagia betul dia mandi sambil menayangkan
bodynya yang takde daging tu. Huhu…
Pastu
balik guesthouse n rehat.
After
Zohor, kitorang lepak rumah Ain sampai kol 5pm. Best gak… da lama tak jumpa
dia. Last sekali time aku kawen. Da 6 tahun lebih. Time dia kawen, aku tak
dapat gi. Tak ingat nape. Nak2 kenduri belah lelaki kat Trengganu, agak2 la
kan… huhu… jauh. Anak dia da sepasang da. Yang sulung baya Yamin, yang no 2
umur setahun lebih & ada masalah low vision. Sian gak aku dengar, tapi aku
rase dia tabah hadapi dugaan ni.
Balik
dari rumah Ain, kitorang da super kebulur. Tak tau nak gi mana makan,
againnnnnnnnnnnnnnnn….kami makan kat Ana Ikan Bakar Petai lagi. Ahaha… so tragis
kan? Malas nak google, tak pasal2 makanannya kurang sedap. Jadi aku amik
makanan lain. Amik udang harimau masak celup tepung, pepahat masak pedas &
last sekali ketam masak telur masin. Takyah cita la… memang puas makan. Haha.
My hubby mula2 bising aku amik udang celup tepung. Dia takut cam cekodok tuh.
Tinggal ekor je. Tapi ni memang sedap la. Kalau la ade restoran dekat2 rumah
jual camni, alangkah bahagianya. Hihi. Pasti tiada harapan untuk kurus lagi
kan? Pepahat ni nama je masak pedas, tapi tak pedas pun. Manis ade la…
Aku
order satar gak… yang ni baru nampak okeh? Tapi cepat je sold out. Aku pun
dapat 5 bijik je. Rasa satar ni kureng sikit walaupun moist. Aku suka cam
kering2 sikit. Hangus2 n pedas. Campur nasi putih untuk 3 orang, air durian
belanda se-jug, total bil murah sikit dari sebelumnya. RM 98… hihi… layan jela.
Aku sarankan kalau korang datang ngan family kecik cam kitorang, kurangkan
nasi. Sangat membazir la nasi yang tinggal tu. Sebab dorang bukan letak siap2
atas pinggan.
Balik
terus melepak kat guesthouse je.
Pagi
Sabtu, kitorang gerak dari guesthouse kol 8am n breakfast kat Nasi Kerabu lagi.
Hahaha…. Kali ni memang bedal tahap maksima la kan? Takde bajet2 da… pasni kena
diet balik.
Balik
KL, kitorang singgah satu kenduri. Then Yamin dapat 2 bungkus gula2. Dia cakap
suruh aku beli kotak & cat warna biru. Bawah kotak biar je warna putih.
Pastu Yamin nak letak gula2 tuh & semua barang. Bila baby da besar, Yamin
nak bagi kotak tuh kat baby. Sedih tak dengar? Alahai anak ku L
No comments:
Post a Comment