Friday, 12 September 2014

Yamin Yang Super Chomel

Again, sangat lama tak berblog… blog ni da tumbuh sawang, rumput sampai pecah semua dinding. Sebenarnya, banyak gila yang aku nak blogkan tapi line tak clear. Oh ye, aku da pindah tempat duduk baru starting Jumaat lepas. Tempat duduk yang tidak memungkinkan aku untuk posting blog sesuka ati. Huhu… banyak giler kedai makan baru aku try beberapa bulan ni. Aduhai… susah hokey! Dah penuh aku nyer kamera ni.

Nak dijadikan cerita minggu lepas, kitaorang pas kenduri Sabtu, g melepak kat IOI Mall. Pastu stop makan kek kat satu kedai nama Muji. Then kitaorang dok kat sofa yang disediakan. Tak lama tuh, aku perasan Yamin agak lain macam & asek tengok meja sebelah sambil muka malu2 kucing. Rupa2nya, ada ‘awek’ kat sebelah. Budak perempuan anggaran his age gak. Pakai cardigan & dress labuh + rambut panjang dengan reben. Hihi… and dia obviously melihat2 budak perempuan tuh. Ahaha… my son super cute kan?


Tapi ofkoz la budak chomel tuh takde response. Papa dia cakap, takpe Yamin… papa tak kesah. Budak tuh budak bangsa lain kot. Huhu… tapi sangat la obvious sebab time balik, dia siap berpusing tengok budak perempuan tuh ngan muka miang. Aduhai anak ku! Tepuk dahi jap!

No comments:

Post a Comment