Thursday, 31 July 2014

Mr. Dakgalbi @ Setiawalk

Wokey, seperti yang dijanjikan, aku akan tulis review pasal Mr. Dakgalbi yang aku pergi last Friday. Memang aku nak cari option selain Seoul Garden on the Korean Grill.
As always, as Muslim, kita akan bertanya adakah halal?

Korang boleh refer Facebook Mr. Dakgalbi. Dorang ada tunjuk lesen yang mengesahkan ayam yang digunakan adalah dari sumber yang halal. Tapi kedai ni ada serve alcohol la plak. Maybe sebab tuh tak dapat tanda halal JAKIM.




Dakgalbi maksudnya adalah tulang rusuk ayam yang digrill. Time aku g Korea itu ari, teringin nak try tapi susah sebab aku rase sumber ayam kat sana sangatlah diragui. Jadi, aku cari resepi kat internet and buat sendiri kat rumah. Alhamdulillah jadi tapi aku tak sure adakah dakgalbi yang aku buat sama dengan original dakgalbi dari Korea.

So, aku ke branch Setiawalk untuk memastikan sendiri. Mr. Dakgalbi ada 3 branches setakat ni. Kat Bukit Bintang, Mont Kiara & Setiawalk. Nak cari memang tak susah kat branch Setiawalk ni. Sebelah dia ada Korean restaurant gak, tak ingat namanya ape tapi tak halal.

Masuk je Mr. Dakgalbi, ada bau grill sama macam kedai2 Korea yang lain. Kalau ikot pengalaman aku, bau tuh datang dari gochujang – Korean chili paste.








Aku order set untuk 2 orang. Satu set berharga RM 54 tak masuk air. Dakgalbi for two, ramen, nasi, cheese & side dishes. As always side dishes nyer adalah kimchi, white pickles radish yang sangat sedap. Kimchi dia pun not bad okeh? Yup, compare dengan Seoul Garden punya kimchi yang almost tasteless.






After azan, baru makan. Untuk pengetahuan korang bukan kita yang masak sendiri Dakgalbi ni. Waiter akan masakkan. Oh ye, dalam pan yang besar ni time dia masak, dia cover la tepinya. So thoughtful sebab pasti akan terpercik2 kan? Disertakan dengan kubis & we added rice cakes (RM6), memang syiok. Lepas tuh aku baru tau nape dorang add kubis sebab nak kurangkan kepanasan badan. Memang sehat.




Overall, aku n hubby sangat berpuas ati dengan rasa dakgalbi ni. Esp bila masuk ramen & cheese, memang terangkat. Sedap gila. Walaupun merah camni, sangat tak pedas. Kira budak2 pon bole makan kalau dorang boleh tahan pedas. Last kali baru masuk nasi dengan seaweed topping. Time ni da tak larat. Maklumlah bulan puasa, mana leh makan banyak sangat kan?





Semua sekali, termasuk soft drinks baru RM75. Berbaloi2 lebih dari korang makan Ramadan Buffet yang ntah dapat makan semua ke tak. Hihi… oh ye, lupe nak cakap. Sprite & Coke dijual hanya RM 1 setin. Lagi murah dari kat luar okeh?

Highly recommended pada pengemar makanan Korea J



No comments:

Post a Comment