Thursday, 1 May 2014

Inspiring Generation


 
 
Walaupun 2 minggu Inspiring Generation berakhir, aku masih tak mampu melepaskan ia pergi… Uwaaa… T_T it is too good to resist.
 


 

Cast :
Kim Hyun Joong – Shin Jung Tae
Kwak Dong Yeon – Young Shin Jung Tae
Im Soo Hyang – Gaya (Ilgukhoe)
Jin Se Yeon – Kim Ok Ryeon
Choi Jae Sung – Shin Young Chul (ayah Shin Jung Tae)
Lee Ji Woo – Shin Chung Ah (adik Shin Jung Tae)
Song Jae Rim – Mo Il Hwa

Ilgukhoe
Yoon Hyun Min – Aoki
Jo Dong Hyuk – Shinichi
Choi Ji Ho – Aka
Kim Gap Soo – Denkai

Do Bi
Jo Dal Hwan – Poong Cha
Yang Ik Joon – Hwang Bok Sik

Bangsamtong
Kim Sung Oh – Jung Jae Hwa

Hwang Bang
Choi Il Hwa – Seol Doo Seong
Jung Ho Bin – Wang Baek San

Plot :
Mengisahkan Jung Tae berumur 15 tahun yang menjaga adiknya sakit selepas kematian ibu & ayah mereka dipenjarakan. Jung Tae seorang yang cekal dan berhati waja bekerja sebagai penarik beca untuk menyara hidupnya dan mengumpul duit untuk merawat adiknya yang mengidap sakit jantung.

Oleh kerana ditipu oleh seseorang yang tahu Jung Tae perlukan duit, dia terjebak dengan satu geng yang dipanggil Do Bi. Geng Do Bi ini melatih Dobinori, menyeledup menggunakan keretapi yang ‘terbang’ keatas keretapi bergerak. Oleh kerana desakan semasa, Jung Tae berjaya untuk menguasai skill Dobinori tersebut dan dihantar ke China. Sepatutnya dia mendapat bayaran di sana tetapi telah ditikam.

Dia diselamatkan oleh Mo Il Hwa (lelaki ini sangat kacak :D) dan dirawat kemudian dihantar kembali ke Geng Do Bi. Jung Tae mendapati yang adiknya telah hilang dengan nota seakan ingin membunuh diri.

Beberapa tahun berlalu.

Ilgukhoe adalah sebuah geng dari Jepun yang mahu meluaskan kuasa, telah menyerang geng Do Bi untuk meluaskan pemerintahannya. Jung Tae terpaksa lari ke geng Mo Il Hwa dan disana dia belajar mempertahankan diri.

5 tahun berlalu, ketika dia sedang digelanggang perlawanan, dia didatangi oleh Baek San yang memberitahu tentang kematian ayahnya, Young Chul di Shanghai.

Jung Tae ke Shanghai, dan disana, dia berhadapan dengan conflict perebutan kuasa 3 penjuru. Ilgukhoe – Hwang Bang – Bangsamtong.

Komen aku :
Sangat tertarik dengan drama ni sebab manly fight. Bukan cikai2 nyer okeh? Sangat dipenuhi dengan darah2 n tak boleh tau bila dorang guna stuntman (well, selain Baek San :-P).

Memula bila Jung Tae start with zero… dia belajar dengan geng Do Bi untuk fight. Then dia start berhadapan dengan semua master. Mo Il Hwa – lelaki kacak tersebut. Gaya, Sinichi, Aoki & Aka dari Ilgukhoe. Pastu kononnya Baek San yang terkuat. Semua dia lawan n ofkoz memula dia kalah la kan?

Then aku sangat menantikan dia fight dengan sifu2 yang ada terutama Aka dr Ilgukhoe & Baek San yang dah bunuh ayah dia & lastly dia menjadi yang terulung di Bangsamtong.

Bagusnya drama ni, jalan cerita tak bosan. Action packed and I love it. Senang cakap takde satu episode pun membosankan. Cuma tak puas ati akhirnya Jung Tae keseorangan L Why la??! Satu lagi kan lagi bagus geng Do Bi reunite balik end of the story? Sebab sejak Jung Tae join Mo Il Hwa, da takde khabar pasal dorang.

Note :
I love Gaya’s kimono in this drama. One to buy one when I travel to Japan later – don’t know when :D

No comments:

Post a Comment