No
3 : Catuan air dikawasan Lembah Klang akibat kemarau.
Perkara
ni memang da dihebahkan2 sejak 2-3 minggu lepas. Bila tau je, my hubby pun
bersedia ngan tong baru n aku pun menadah air. Tapi buat masa ni, tak rase
terjejas lagi. Maybe sebab air masih ada. Tapi last Saturday, air mati kejap…
adala dekat 30 min. Nasib baik aku da sempat masak n basuh baju. Tapi ada satu
basuhan lagi tak sempat basuh. Last2 after 30 min, air back to normal again.
Alhamdulillah! Sempat la aku mop lantai & basuh karpet kecik.
N start esok company aku pon terlibat dalam catuan air ini. So, kene well prepare ngan air la minggu ni. Huhu...
No
2 : Haze
Yang
ni memang sangat menyakitkan mata n menyesakkan jantung, hokey? Dalam seminggu
lebih ni memang ternyata sangat jerebu didepan mata. Ari Jumaat lepas kerja, aku
da start nak demam & batuk. Idong pun mula berair. Cepat2 aku minum ubat
batuk & tido sekejap. Lepas tido, Alhamdulillah da ok. Pagi Sabtu, aku ikut
my hubby beli sarapan. Masya Allah, tak Nampak jalan. Time tuh da almost
7.15am, sepatutnya da terang jugak. Ini cam senja je… huhu… n sangat berkabus.
Seram!
No
1 : Misteri Kehilangan MH370
Yup…
ini sangat menarik perhatian seluruh dunia.
Kronologinya,
pesawat MH370 terbang dari KLIA ke destinasinya Beijing, pukul 12.40am (Sabtu 8/3/2014).
Pesawat itu membawa 227 penumpang dari pelbagai kewarganegaraan termasuk 12
anak kapal. Pukul 1.30am, penerbangan itu hilang dari radar & tetapi masih
dapat dikesan oleh radar di Thailand sebelum signal hilang sepenuhnya dari
radar pada pukul 2.40am. Sehingga hari ini pukul 12pm, nasib pesawat dan anak
kapal masih menjadi misteri. Pesawat itu dikhabar mampu terbang sampai sehingga
8 jam penerbangan mengikut kandungan minyak.
Aku
ikuti perkembangan berita ini dari Channel Awani tetapi takde siapa yang dapat
menjawab persoalan sebab apa pesawat ini boleh hilang. Terlalu banyak misteri
yang un-solved yang cuma menambah persoalan yang sediada antaranya :
Kenapa
juruterbang tak sempat hantar SOS?
Sebelum
kehilangan isyarat, memang takde tanda2 mencurigakan atas kapal & yang
paling penting, persoalan kenapa juruterbang tak sempat hantar isyarat
kecemasan? Dan apakah situasi apakah yang sedang dihadapi pesawat tuh sebelum
hilang dari radar? Even, terdapat laporan mengatakan seorang juruterbang
pesawat lain yang terbang 30 minit lebih awal cuba menghubungi pesawat itu dan
menurutnya adanya gangguan radio semasa perhubungan dan tak jelas. Hmm…
Terdapat
andaian dari sesetengah pendapat mengatakan kemungkinan yang pesawat itu dibom
& oleh kerana itu, juruterbang tak sempat memberikan apa2 signal kecemasan.
Ini lebih tak logic. Sebabnya adalah kalau berlakunya letupan, msti ada kesan
dari segi barang2 jatuh dari atas kapal terbang. Confirm akan floating
everywhere, betol x? Andaian ini macamana pun telah disangkal oleh pihak Pentagon
yang turut bekerjasama dalam penyiasatan ini sebab radarnya tidak mengesan
mana2 letupan berlaku pada hari kejadian. Pening hokey?
Keganasan?
Apabila
kehilangan ini berlaku, semua waris keluarga penumpang MH370 diberitahu tentang
kejadian. Kemudian, diketahui yang 2 penumpang – berwarganegara Austria &
Italy, tidak menaiki pesawat itu dan seorang berada di rumah & seorang lagi
di Phuket. Kedua2nya melaporkan yang mereka kehilangan passport ketika berada
di Phuket, seterusnya membongkar sindiket penjualan passport palsu yang aktif
di Phuket. Huhu… sangat bahaya, aku taknak g Phuket!!
Fokus
sekarang adakah adanya aktiviti keganasan berlaku kerana banyak elemen yang
mencurigakan. Contohnya, rakaman cctv menunjukkan yang walaupun nama mereka
adalah nama ala2 omputih tapi muka mereka muka Asian. Hmm… camne tuh?
Makin
banyak persoalan yang takde jawapan. Huhu… pening aku… tapi aku sangat berharap
yang semua penumpang termasuk crew selamat. Mungkin akan menjawab semua
persoalan yang tak terjawab. Harap Allah tunjukkan jalan keluar untuk semua
masalah yang ada.
Dan
untuk golongan2 yang kurang berakal yang menggunakan isu ni dan mengaitkan
dengan komen2 yang tidak bertamadun, sedar2 lah cepat2. Moga korang pulang ke
pangkal jalan. Jangan ‘bergembira’ atas musibah yang menimpa orang lain.
Segeralah bertaubat…
For All, let us pray for MH370.
No comments:
Post a Comment