Just
sebab sesuatu yang berlaku beberapa ari lepas, aku telah ‘dipecat’. Ceritanya camni.
Sepanjang aku keje kat company ‘K’, company yang kononnya besar tapi ada
masalah top management. Aku da kata da, aku suka top management yang support
staff bawah dia tapi itu tak berlaku kat situ sejak aku join.
Yup,
aku baru dalam property management – tapi trust me, bukan la susah sangat pon
bidang ni. Cuma yang silapnya, top management suka chase2 geng2 operation untuk
buat keje. Pangkat aku, walaupun consider ‘head’ kat site tuh, cam sampah je. Boneka.
Konon aku dipuji sebab aku rajin n suka settle benda cepat, tapi logik ke
dengan load keje yang camtu, aku n sorg assitant je yang handle. Dan agak
memalukan sebab aku patot dapat training dari seorang manager, tapi manager aku
tak boleh pakai sangat. Tak datang opis pon okeh? So, aku learn dari assitant
aku. Logik?
Itu
satu. Tapi paling2 kesian citer pasal assitant aku ni. Dia dituduh curik duit
company. Pulaknya, dia fresh grad yang baru nak kenal betapa kejamnya dunia
hidop sebenar kita. Dia tak pandai defend diri dia. Mujurlah Allah hantarkan
aku dimasa yang tepat n guide dia camne nak lawan top management yang sangat
kejam ni. Alhamdulillah, first step da ok... nampak la peluang cerah.
Bila
aku tender resignation, budak tuh tender sama ngan aku sebab dia taknak bagi
training untuk staff baru lagi. Mana tahan beb! Kalau salah info, dia yang
kena. Mujurlah RAM otak aku ni super fast, aku belajar dengan cepat dari yang
disangkakan. Tapi again, system baru baru apply, dan aku terkejar2 nak
memahamkan system tuh.
Desakan
top management mula menyuruh aku tidak berenti tapi aku stick dengan decision
aku. Aku taknak berhadapan dengan situasi yang mana aku tau aku tak salah, tapi
disuruh ngaku salah. Then aku propose la kat company, daripada suruh aku stay,
baik suruh assitant aku stay sebab dorang takyah pikir pasal kos training semua
ni. Tapi malangnya, cadangan aku dianggap sebagai ugutan...? what? Aku pon tak
paham...
Huhu...
kemudian, konon nak backup keje2 aku, dorang anta sorang staff dari HQ untuk assist.
Masalahnya staff baru tuh agak lambat RAM nyer. Huhu... camne ek aku nak citer?
Yang diajar lain, yang dibuat lain. And dia cepat blur bila berdepan ngan
situasi sukar.
Klimaks
drama ni berakhir bila aku selesaikan satu situasi tanpa bantuan sesiapa. Sampai
sekarang pon, aku rase cara aku selesaikan masalah tuh adalah betul tapi tapi
tidak bagi top management yang hampeh tuh. Then esoknya, aku dipanggil HR dan
diberitahu dorang propose last day aku pada 31hb October iaitu hari yang sama. Sedih?
Nope... aku lega walaupun aku takde backup lagi. Yang sedihnya sebab semua
berlaku dengan cepat. Tragis aku rase aku dipecat atas alasan tak cukup meja
kat opis tuh. Tah pape kan?
There
goes one of my sad episodes. Banyak yang aku korbankan bila kerja kat situ. Aku
balik lambat, n selalu ter-miss tgk citer Korea yang aku suka sebab ngantuk. Huhu...
selalu aku terjaga malam sebab teringat workload esoknya. Tapi camni, aku rase
tiada penghargaan dan aku tak perlu menyesal sebab yang ruginya adalah company
tuh sendiri. Cam sampah kan?
Sian
gak pada assistant aku. Yup, dia lelaki tapi bagi aku dia bertanggungjawab. Muda
dan playful tapi serius dengan kerja dia. Calon harapan pemimpin masa depan. Last
day dia 16hb – sepatutnya sama ngan aku. Dia pon xde mood kerja dan plan nak
menghabiskan cuti. Dia sikit tertampar sebab semua ni terlalu cepat padahal
kitaorang da plan nak have fun untuk menghabiskan sisa2 hari sebelum berhenti.
Well,
aku akan berusaha untuk mendapat kerja yang lebih menjamin masa depan. Doakan aku
ye? J
No comments:
Post a Comment