Tuesday, 12 February 2013

A Gentlemen's Dignity




Drama ni menang besar dalam SBS Drama Award itu ari. Syiok pada mulanya, sejuk sikit ditengah dan akhirnya, biase2 je. Haha… tak tau nape aku pikir camtu, tapi itula yang berlaku. Tapi the only thing nape aku nak tengok citer ni, adalah kerana pelakon2nya semua glamer2.

Cast:
Jang Dong Gun – Kim Do Jin

Kim Ha Neul – Seo Yi Soo

Kim Min Jung – Choi Yoon

Kim Soo Ro – Im Tae San

Lee Jong Hyuk – Lee Jung Rok


Plot:
Do Jin, Choi Yoon, Tae San dan Jung Rok adalah kawan baik sejak zaman persekolahan lagi. Do Jin & Tae San belum berkahwin, dan masih mencari pasangan. Choi Yoon, seorang duda kematian isteri yang tidak percaya percintaan kedua. Jung Rok lelaki berkahwin, tetapi masih tidak yakin dengan perkahwinannyer. Yi Soo, pula seorang guru sekolah 30-an, yang masih mencari cinta.



4 jejaka itu, sangat eligible bachelor. Do Jin & Tae San mempunya firma arkitek sendiri. Choi Yoon seorang peguam. Manakala Jung Rok seorang peniaga kafe dan bar, mengahwini perempuan yang sangat kaya. Do Jin tidak percayakan perkahwinan. Dia terjumpa kali pertama dengan Yi Soo secara tidak sengaja. Yi Soo tersangkut skirt kait pada beg Do Jin. Haha… sangat best plot tersebut.



Macamanapun, sebenarnya mereka mempunyai kaitan. Selain guru, Yi Soo pengadil dalam perlawanan besbol yang juga disertai oleh Tae San dan Choi Yoon. Choi Yoon pula diminati oleh Meari, bekas pelajar Yi Soo. Meari juga adik Tae San. Hehe… kawan baik Yi Soo bercinta dengan Tae San. Twist yang menarik disini.



Selepas berkali2 berjumpa, Do Jin mula jatuh cinta kepada Yi Soo, tetapi Yi Soo masih menyukai Tae San. Dan banyak la cabaran yang mengelikan hati berlaku dan akhirnya mereka jatuh cinta.



Ketika itu muncul lah Colin, anak ‘luar nikah’ Do Jin yang berumur 20 tahun. Do Jin mula menjauhkan diri dari Yi Soo dengan alas an dia bersalah pada Yi Soo atas ape yang berlaku.



Yi Soo hampir putus asa… dan apa yang berlaku pastu? Hehe… ntah!

I will never forget:
Kissing scene dibawah pokok sakura. Cantik. The flower glowing at night. Damn nice. Citer ni ada lucah sket tapi tak la melampau. Masih boleh diterima dek akal. Haha…

Aku rase citer ni citer ringan dan pelakon2nya takde masalah berlakon. Takde yang heavy disini. Hehe…

No comments:

Post a Comment