Wednesday, 1 August 2012

Korean Drama : Flower, I Am


Starring :
Jae Hee – Yoon Si Yoon
Bong Sun – E Ji Ah
Hwa Young – Han Go-Eun

Storyline
Bong Sun adalah seorang pegawai polis yang garang dan suka menjalankan tugas bersendirian. Melalui satu accident, dia berkenalan dengan Jae Hee yang sebenarnya pemilik secara rahsia butik beg dan kasut atas usaha sendiri. Jae Hee hidup secara sederhana pada waktu siang dan mewah pada waktu malam. Jae Hee mempunyai masa lepas yang sedih.  Macamana Bong Sun dan Jae Hee rapat diantara satu sama lain? Ha… tengok la sendiri :P

Ape yang aku suka?
Yoon Si Yoon dalam mana2 cerita pun best. Actually aku mula suka kat Baker’s Kim Tak Goo. Tapi bukan ke dia cam gemuks sket dalam citer tuh? J tak kesah la. Tapi beliau pegang watak yang sangat comel dlm citer ni. Yes, utk pengetahuan korang cinta sejati memang wujud tapi kebanyakan nyer ada dalam novel atau drama je. Hehe…. Jae Hee adalah watak dimana beliau kehilangan ibu bapa semasa kecil dan lari selepas menjual rumah keluarganya – dia lari sbb pakciknya yang jahat nak jual rumah tuh. Dengan bawak duit dari jual rumah tuh, dia kerja macam2 untuk menampung hidup dia. Satu hari dia kerja repair basikal dan senior2 yang menolong dia melarikan diri dengan menjual basikal yang ada. Beliau dituduh sebagai pencuri tetapi diselamatkan oleh seorang pembuat beg tangan + kasut dan Jae Hee diambil bekerja dengan beliau. Itulah bermula kejayaan Jae Hee selepas membuka kedai sendiri.

Ape yang aku tak suka?
Aku sangat dis-attracted by hidup E Ji Ah, haha…nampak sangat besar. I have to admin that 80% of the time I watched this drama is staring at her nose! Watever!

Overall kesimpulan
Drama ni bukanla drama yang berat sbb walaupun macam biasa ada orang jahat dalam cerita ni tapi takde la kita marah sangat sampai rase nak pecahkan TV.
Keke…

Berapa bintang? 3.5 je….

No comments:

Post a Comment