Dah hari ke 24
sejak tahun baru 2018. Aku pun tak sempat sangat nak post sebab aku baru je
seminggu lebih masuk ofis lepas 2 minggu MC. Oh ye, fyi, aku baru je menjalani
laparoscopy 2 Januari yang lepas.
Pengalaman seperti
dibawah :-P
1st January 2018
Klinik Dr Hamid
Arshad, ada bagi message melalui Whatsapps. Ada beberapa peraturan kena buat
before pembedahan / laparoscopy.
- Firstly kena
puasa. Last makan adalah pukul 8 pagi 2nd January 2018. Lepas2 tu, air seteguk
pun tak dibenarkan.
- Bawak admission
form & consent form yang diberikan oleh klinik untuk admit eh.
- Bercukur.
Hahaha... yang ni memang perlu eh... private part kena bersih. Jangan semak
pulak :-P
- Bawa baju
persalinan cam kain batik and also peralatan cam toiletries.
- Perhiasan tidak
dibenarkan pakai. Barang kemas especially. Gigi palsu, contact lens pun jangan
ngade nak pakai.
- Guna enema malam
sebelum laparoscopy. Ape tu enema? Well, aku pun first time dengar. So aku
tanye la Mr. Google. Enema ni sejenis cecair yang dimasukkan ke dalam lubang
dubur untuk clearkan isi usus. Hahaha... siap ada posisi cane nak masukkan
cecair itu. Senang je nak guna. Yang penting kena redha & tabah je.
Hahaha... dekat muncung enema tu ada pelincir tau. Tak susah nak masuk. Kesan
pada aku tak sampai seminit. Terus nak ke toilet. Hihi... memang lega perut
takde isi :-P
2nd January 2018
Aku dah bagitau
awal2 kat my hubby untuk apply cuti sebab hari ni adalah hari pertama sekolah.
Sian my son kalau tak ditemankan. Padahal dah darjah 2. Cuma kesian kan....
anak sorang.
Aku lak, bertolak
dari rumah sebab aku nak kena sampai kat TDM pada pukul 8am. Aku taknak la
masuk lambat. Ingat kalau admit awal, laparoscopy pun awal. Hahaha... rupanya
anggapan ku meleset :-P Sanggap gak aku tunggu. Lepas masuk kat wad, da la I
sorang kan... Aku dah tengok TV, kendian tengok henpon. Kebetulan aku tengah
period hari ke-2. Tanye gak kat nurse tu, ada tak masalah. Dia kata takde
masalah pun. Bole je. Nurse masuk kadang2 untuk check temperature. Aku lak dok
sebuk tanye bila nak start. Tanye procedure. Ada dapat door gift berupa berus gigi, ubat gigi and face towel lagi tu.
Dorang kata untuk
pesakit Dr Hamid, ada 3 orang operate hari yang sama. Aku orang yang kedua.
Okay la tu. Tengah2. Tapi lama gak tunggu. Pukul 12pm, nurse suruh aku tukar
baju. Bra semua tak boleh pakai. Bogel hokey. Tapi aku pakai la panty sebab aku
kan period. Dorang cakap nanti kat Operation Theater (OT), cane pun kena bukak.
Huhu...
Lepas tukar baju tu
pun, mau sejam gak aku tunggu nak ke OT. Sempat la Whatsapps ngan my hubby,
kata nak start da. Barang2 penting macam hp, wallet aku serahkan kat TDM untuk
dorang jagakan. Siap ada checklist barang lagi.
Dalam 1.30pm, aku
dibawa ke OT. Naik katil tolak tu. Terasa macam VIP plak. Padahal bole je jalan
kaki naik lif. Memandangkan dah tak berbaju lapis, takut gak jubah tu terbukak
:-P Redha jela kena angkat.
Sesampai kat OT tu,
sejuk kemain. Diserahkan kat Sister yang bertugas kat sana. Beliau sangat
senior tapi peramah. Aku tak la masuk terus ke OT tapi dibawa ke ruang
menunggu. Ada 2 function ruang menunggu tu. Sebelum operation & selepas
operation. Maka tidak mengapalah. Redha je. Time tu doktor pakar bius, Dr
Sharif (kalau tak silap), masuk dan bagi briefing pasal bius ni. Aku tanye la.
Bius penuh ke? Nanti after laparoscopy, aku boleh berjalan2 tak? Or cam after
bersalin my son dulu, sehari tu langsung tak bley berjalan kot.
Doktor kata
insyallah dipermudahkan. Sepanjang operation, aku akan ditidurkan. Hmm... bagus
la, aku memang ngantuk pun. Da la bangun pagi. Lepas briefing, nurse masukkan
air drip dalam sel2 badan aku. Hoho... Jarum nya besar habaq hang.
Alhamdulillah aku bukan jenis kecut perut. Kalau tak, mau lari.
Adala dekat 20 min
aku tunggu (jam tak boleh bawak, hokey?), baru dibawak ke OT. Memang cam dalam
k-drama la. Siap ada lampu kat atas. Tapi takde la nampak terlalu canggih atau
ape. Aku tak sempat tengok sangat bilik tu. Setahu aku, Dr Hamid belum masuk
lagi time tu. Beliau ada diluar. Selain tu dalam bilik tu ada 2 orang nurse, Dr
Sharif dan 2 orang lagi yang aku tak pasti tugas dorang.
Dr Sharif kata dia
nak masukkan ubat (tak pasti), lepas tu tak sampai seminit aku dah tak sedar
dah. Samada aku tido sebab ubat atau memang sebab ngantok. Hahaha...
Sedar2, aku dah kat
ruang menunggu tu balik. Benda pertama aku buat adalah gerakkan kaki aku. Eh...
penting hokey kaki tu. Wajib digerakkan. Sebab aku sangat tak suka feeling
lepas bersalinkan my son. Kaki lembik cam getah kau! Tak boleh control.
Nasib baik boleh
gerak. Kemudian aku rase sangat sejuk. Mengigil kuat. Aku bagitau la nurse tu
yang aku sejuk sangat. Dia masukkan sejenis alat yang tiupkan udara panas
kedalam selimut. Wahhhhh.... sesangat selesa. Suam je. Aku memang tak suka
sangat kesejukan. Huhu... Tak sesuai dok Korea. Tapi boleh je. Duduk 3 musim,
musim sejuk balik la Malaysia. Hahaha...
Ada la dalam 30 min
berwap suam2 tu. Aku dibawa balik ke wad. Tapi time tu sejuk datang balik.
Memang mengigil. Aku mintak nurse pulangkan barang2 balik. Yang penting tu
handphone. Nak pulangkan tu, kena guna checklist tu jugak.
Time tu aku aku
terbatuk. Terasa gak sengal kat perut tapi tak la menyakitkan. Aku cover2 gak
batuk tu. Takut terbukak plak jahitan.
Lepas bagitau my
hubby yang aku dah habis laparoscopy, beliau kata nak datang tengok lepas amik
my son balik sekolah. Aku tak kesah sangat sebenarnya. Takyah datang pun takpe.
Tapi beliau berkeras. Layankan je. Dalam kol 7 lebih, my hubby datang ngan my
son. Dorang tanya proses, aku citer ape yang aku hadapi jela. Masih sejuk, so
aku mintak sehelai lagi selimut. Dalam pukul 8.30pm, nurse bagitau aku dimintak
cuba minum sikit. Kalau muntah, memang kena tunggu lagi.
Aku minum and takde
masalah. Bole telan. Dorang bagi la air milo. Lepas minum milo, dorang bagi aku
makan ubat. Time tu aku memang dah ngantok & baru 9pm. My hubby pun dok
situ main hp je, so aku suruh la dorang balik. Nasib baik aku dah siap gosok
baju sekolah untuk seminggu.
Sepanjang malam tu,
setiap 2 jam, temperature badan nurse check + blood pressure. Aku boleh jalan
ke toilet. Darah period tetap keluar cam biasa.
Alhamdulillah
pening pun takde. Cuma malam tu aku tak dapat tido. Aku memang ada masalah tido
kat tempat baru. Aku senyap2 tutup aircond. Dan kendian aku disahkan demam
sedikit. Hahaha... Ala, memang aku demam pun sebelum2 tu. Nak2 sebab sejuk kan?
3rd January 2018
Pagi tu dah bangun,
dalam pukul 8, Dr Hamid datang kat wad. Memang terkejut sampai tak sempat capai
tudung. Beliau kata aku nyer kes endometriosis stage 1. Dia kata ada tumpahan
darah period ke dinding belakang. Tapi dia dah buat semua procedure dan insyallah
lepas ni ok. Dan Dr Hamid kata aku dah boleh balik. Aik... tak dapat makan lagi
:-P
Breakfast sampai.
Bubur ayam je. N sedap. Hahaha... lapo.
Aku tanye nurse tu,
dorang kata kena tunggu insurans discharge mende tah. Tapi sampai 12.30pm,
memang lama sangat. Aku bayar deposit RM 300, and aku balik je terus. Drive.
Takde specific sakit yang menganggu sejak aku balik. Dapat MC 14 hari.
Yang penting, aku
boleh drive balik ke rumah sendiri.
Sampai hari ni,
alhamdulillah, berkat jaga makan ala2 pantang and tak makan pedas, jahitan pun
dibuka pada hari ke-14. Kebetulan time tu hari subur. Jadi berusaha dengan
keras. Mana la tau rezeki baby plak kali ni. Rezeki lain dah selalu kan?
Oh yea, aku ada
tanye staff / nurse yang bukak jahitan aku pada hari ke-14 tu. Adakah endometriosis
stage 1 ni penyebab aku tidak hamil selama ni. Dia cuma jawab 'mungkin' je.
Tapi bila aku baca research dalam Mr. Google, banyak kata stage 1 adalah
minimal. So ia tidak menyebabkan ketidaksuburan. Hmmm.... tidak mengapalah. So
redha n tabah kalau rezeki anak ku cuma seorang.
Sakit ke? Hmmm...
penjagaan lepas laparoscopy tu kalau mengikut doktor takyah pantang or apa.
Lepas dari laparoscopy tu, aku rase perut agak kembung disebabkan gas yg
dimasukkan ketika pembedahan. Lepas beberapa hari, takde la kembung. Aku
menjaga makan sebab aku nak mengelakkan sesuatu yang belum terjadi. Haha... aku
memang tak suka masuk hospital.
Selain tu beberapa
hari lepas laparoscopy tu, ada kesan lebam muncul di salah satu lubang yang
ditebuk (dibahagian bawah). Kebetulan aku ada kenalan doktor, so aku tanye if
it's normal. Yeah, jangan panik. Asalkan tak bernanah, should be okay bebeh.
Review aku pasal
TDM (Taman Desa Medical Center). Patient tak ramai, so agak sunyi dan sesuai
untuk berehat. Aircond pun tidak centralize, so senang nak adjust. Yang lain
takde nak komen kecuali makanan memang so-so jela. Haha... jangan mengharap.
Jumlah bayaran sekali dengan follow up checkup - RM 12,450.00. Dikatakan murah
nak bandingkan Pantai.
Sila doakan yang
baik2. Moga Allah permudahkan rezeki kita semua di tahun 2018 ini. Amin....