Wednesday, 13 December 2017

9th Years Wedding Anniversary - DejaZul (November 2017)

Alhamdulillah, dah masuk December 2017. Macam2 perasaan ada. Takut, risau dah makin tua tapi amalan and hidup camtu gak. Tiada perubahan. Hmm... tapi nak kata ape? Hidup mesti diteruskan.

Pada mulanya, aku dah discuss dengan my hubby, tak perlulah celebrate our wedding anniversary tahun ni sebab nak menyediakan budget untuk rawatan laparoscopy. Tapi tetibe my insurans boleh cover. So, selamatttt duit aku. Hahaha.... 


And my hubby bagi cadangan gi Terengganu last weekend. Our anniversary on 15th, so boleh lah dianggap cam sambut anniversary kesana. Sepanjang aku hidup, aku cuma ke Terengganu 2 kali je. Sekali masa Kem Bina Negara time kat UPM dulu. Kemudian melawat family my brother kat Kemaman (time ni belum kawen lagi). Kiranya after 9th years kawen, baru la dapat pergi. My hubby beli flight ticket plus hotel RM 698. Kira murah la kan? Mati2 aku ingat dia beli Malindo Air sebab sebelum ni aku ada bagitahu dia yang aku teringinnnn nak naik. Rupernya dia beli AirAsia. 


Well, we all sharing ye. Aku bayar RM 500. So ada yang lebih2 tu, share untuk makan kat sana. Agak2la kan nak susahkan dia seorang walau dia mampu. 


10th November 2017, flight pukul 7.30am. Nguap kot sebab tido lambat. Yamin dicutikan sebab dia dah habis exam. Tak terase lama pun dalam flight, pukul 8.30am dah sampai Kuala Terengganu. Then my hubby ajak gi sarapan. Dia ajak makan nasi dagang. Tapi maybe dah agak lambat menunggu kereta sewa & kebetulan hujan dah turun, nasi dagang habis! Hihi... my hubby makan nasi minyak, aku tercenggang nengok sebab konon taknak la makan nasi sangat kan?


Habis je dia makan, dia tanye nak g mana dulu. Aku kata jom lah gi Aziz Satar. Dia ok je. Terus on the way kesana. Aku lak dah terlelap dalam kereta. Bila terjaga, tak sampai lagi rupernya. My hubby kata 2 jam perjalanan sebab kat Kemaman. Laaaaa.... aku ingat kat tepi jalan je tadi. Hahaha.... Berhenti kat R & R, and my hubby tido jap. Sian la... dia pun bangun awal gak pe. Jangan pentingkan diri sendiri, no no no!


Agak2 dalam 30 min, kami meneruskan perjalanan. 


Sesampai kat Warung Aziz Satar heran nape takde orang. Lupa hari Jumaat and time orang sembahyang Jumaat. My hubby plak musafir, ingat nak solat Jamak je. Warung ni dah tak sama macam yang aku pergi dulu. Kedainya dah besar & ada banyak kaunter. Sistem pun dah lain. Order & bayar dikaunter yang sama.

Harga pun boleh tahan tau. Saya enggan mengulas lanjut.




Lepas makan terus on the way balik ke Kuala Terengganu - another 2 hours journey. Singgah kejap dekat kedai tepi jalan beli jajan. Banyak gak jajan yang tak pernah nampak kat KL / Selangor. Aku ada beli sebungkus, tapi dah masuk angin plak. Spoil mood nak makan.

Checked in kat Scout Inn. Hotel ni bukan cam hotel lain. Ala2 hostel pun ada. Tapi dalam cam normal hotel. Hotel ni agak lama. Tapi setakat 2 malam tido, okay lah selesa. Jadi kami berehat dalam hotel dan kelaur lepas maghrib untuk makan malam. My hubby bawak kami try makan dekat Restoran Bawah Jambatan Kuala Ibai.

Ramai giler orang, sangat la digalakkan untuk menempah dulu. Maybe time tu hari cuti (Jumaat adalah cuti untuk Terengganu), so agak ramai.
Hujan sekejap kemudian cuaca jadi super sejuk. My hubby pilih lauk biasa, sotong goreng tepung + ikan siakap 3 rasa. Takde apa yang menarik tapi seafood2 ni sangat fresh, sebab tu sedap.

Sotong goreng tepung tu habis dulu.

Balik dari makan malam, takde singgah mana2 & terus balik hotel. I think my hubby still jetlag, dia tido awal.

------------------------------------------------------     ---------------------------------------------

Pagi Sabtu - 11th November 2017. Hotel hantar makanan. Yeah, free breakfast. Roti bakar and air teh. Tapi aku teringinnnnn sangat nak makan nasi dagang. My hubby gi drive out sambil aku & Yamin bermalasan kat hotel. Agak lama gak my hubby pergi. Rupanya banyak tempat dah habis. Huhu... last2 rezeki kami, ada satu kedai dah put up 'dah habis boh', end up ada 2 bungkus nasi terakhir.

Yang ni memang sedap. Ada cili padi lagi habaq hang. Yang tu bagi berapi. My hubby kata harga nasi dagang tu RM 5. Tapi ikan tongkolnya besar. Tu yang I suka... kenyang.




Lepas sarapan, kami bersiap nak berjalan. Pergi Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. My hubby amik pakej Taman Monumen & River Cruise.

Memula kami pergi ke River Cruise sepanjang Sungai Terengganu. Untuk info, sila layari website bawah ni :

http://www.tti.com.my/page/tti-river-cruise

Our tourist guide tu suaranya sedap. Hihi....











Aku snap gambar yang cantik ni... bangga. Oppo R9S - kini lebih jelas (haha... iklan tak berbayar).



Habis je ber-river cruise, kami jalan dekat Taman Monumen. Hmmm.... monumen2 ni adalah masjid dari merata dunia. Bayangkan macam2 jenis & bentuk. Menarik. Taman Monumen ni sangat berbaloi dilawati for my opinion. Menariknya ada replika batu terapung. Ada dewan kecil diluar yang menceritakan apa sebenarnya batu terapung ni. Sila lah tengok bila berkunjung kesana.

Cuaca cerah mencantikkan lagi pemandangan. Biru langit lagi tu....


























Solat Zohor kat dalam Masjid Kristal. Tak besar mana pun masjid ni tapi sayang sebab ada bocor dibeberapa tempat. Nampak pihak masjid menakung baldi. Confirm sebab bocor. Tapi rasa aman je. Sebab dah lama tak solat kat masjid. Hmmm.... boleh la buat selalu pasni.

Untuk minum petang, my hubby bawak makan seafood celup tepung yang terkenal di Terengganu. Lokasi dekat dengan hotel. Order sotong, ikan, udang.... semua dicelup tepung. Saiz buah kelapa pulak besar, tak macam kat KL. Maybe baka tak sama kot.




Malam tu kami lepak dalam hotel je sebab kekenyangan. Hihi...

-----------------------------------------------------   ------------------------------------------------

Ahad - 12th November 2017. Me so kebuluq sebab tak makan malam. So, we hunting for nasi kerabu plak. My hubby googled and jumpa Fauzi Nasi Kerabu yang agak viral di social media.

Tapi, sorry to say, nasi kerabunya biasa2 jela. Huhu... Nasi kerabu depan opis aku lagiiii sedap.




Lepas sarapan, kami lepak jap tepi pantai dekat our hotel. Ada 4 bijik buaian yang besar. Cantik kan gambar? Sebab kebiruan itu.




Check out hotel & bersiap nak ke Pasar Payang.

Oh ye, yang ni memang tragis. Hihi... my hubby kata dia tak amik additional luggage nak naik kapal terbang. Hmm... So, sadly, tak dapatlah bawak balik keropok lekor Tok Beng yang sedap tu. Soooo sad T_T Cuma dapat beli keropok kering je untuk our families.

Itu jela percutian sempena Anniversary ke 9 kami. Harap Allah tabahkan hati kami, murahkan rezeki kami dan paling penting, panjangkan jodoh kami untuk anniversary ke 10, 20, 30, 40 & 100 tahun. Aminnn... keh keh.

Note :
Oh ye, takde hadiah or pape for this anniversary. Makin lama tempoh perkahwinan, merajuk tidak berguna lagi. Weng weng :D