Monday, 10 July 2017

Matang or tak?

Aku tak tau la, it's just me or memang tahun ni berlalu dengan cepat. Sedar2 dah masuk July. And next month 14th, genaplah umur aku 35 tahun... yeah, sangat menakutkan fact itu. Oleh kerana tu, aku rase, aku takkan menangguh lagi dalam banyak soal. Pasal anak, pasal duit... no playing anymore. 

Looking to time, this time, this year, I am start calculating what I really have. Ofkoz lah kehidupan bukan lah sehebat orang lain tapi aku cuba nak memperbaiki diri sendiri untuk jadi lebih baik dari tahun2 lepas. 

Start this year, aku sangat serius menyimpan duit. Early of this year I am looking back ape yang aku simpan. Yeah.... tragically, memang takde. Aku masih simpan banyak hutang yang menyesakkan. So, aku cuba banyak tips yang ada untuk simpan lebih banyak. Aku join kutu, aku save up perbelanjaan. Yeah, dengan kerja yang satu ni, memang tak banyak aku boleh simpan sebab rely on satu gaji je. Tapi nak buat part time or jadi personal shopper, aku rase takde masa yang banyak. Kerja pun busy, camne nak spend masa buat kerja lain. 

After work, nak concentrate ngan anak lagi. K-drama, k-pop... hahaha... itu jela cara aku menjalani kehidupan dengan berbahagia. 

Selain tu, aku start giving dengan banyak. Sedekah and aku rase sangat bagus bersedekah. Cam tambah lagi rezeki aku ada la. Dulu, aku memang takkan sedekah sebab aku rase buat pe kan? Time tu memang aku cakap, sesak ok rezeki aku. Bila sekarang aku start bersedekah, alhamdulillah, rezeki tu datang lebih banyak sampai aku rase tetiap bulan, nape aku boleh cukup padahal sebelum ni tak cukup. Tahun2 lepas aku kerap rase sesak. Tahun ni memang cukup2 alhamdulillah. That's mean, sedekah tu memang perlu diamalkan.

Bila aku pikir balik, dengan kesusahan yang aku alami dulu, sebenarnya berasal dari my hubby jugak. Dulu, my hubby sangat lah berkira ngan aku. Semua nak half-half. Beberapa tahun hidup ngan dia, memang geram. Rase nak mengamuk je duit tak cukup. Tapi bila dia dah dapat kerja yang gaji lebat sket, dia stop berkira ngan aku tapi aku lak tak lah terus berubah cam dia. Memang amik masa. Sebab aku telah di'train' untuk jadi berkira. Aku siap bagitahu ngan dia, aku jadi ape yang aku jadi sekarang sebab dia. I mean berkira punya type. Aku sangat berkira berapa banyak nak keluar duit. For all, jangan lah jadi macam saya.

Tahun ni, semakin kematangan. So harap aku akan jadi lebih baik tahun2 depan. Next post, adalah pengalaman first aku consult kat Klinik Dr Hamid Arshad. Selamat menunggu... hihi

Raya 2017

Sangat la bersawang2. Nak tunggu sebulan sekali kot untuk update blog ni. Well, memang alasannya busy jela. Ape aku boleh kata pun?

Raya dah 16 hari berlalu. Tahun ni kami beraya kat Gedangsa. Tema kaler mint green. Tapi aku sangatttt tak suka baju raya aku tahun ni. Da la besar tang bahu. Dalam semua gambar pun nampak gemuk. Eh? ke memang aku gemuk? Hahaha... Oleh kerana tu kena la I berdiet la kan? Diet lagi? Setahun lagi tak makan nasi? Boleh! Ape susahnya kan? Yang penting exercise pun kena gak buat. Untuk kesihatan. Lagi2 aku dah masuk Mid 30's. 35 this year. OMG!!! Sangat la ketuaan. Takut plak...

Cakap pasal tua, ada kelainan yang tidak munasabah berlaku lately. 2 bulan lepas aku nyer period dah lambat 7 ari. Bulan ni lak, awal 3 ari. Tak ke sadis? Dah la tu, period aku selama ni regular. Heavy flow ari pertama sampai ketiga then sikit2 hari keempat. Hari kelima or keenam abis. Tapi these 2 months, heavy flow gila2 sampai hari kedua je. Hari ketiga sikit sangat sampai boleh dikategorikan sebagai takde langsung. Huhu.... and period ended on day 4. Oh.... scary. Whaaattt happened to my body ek? Tu yang aku boleh pikir, dah tua. Hahaha.... tak muda cam dulu.


Bila hormon berubah ni, semua pun berubah sebenarnya. Sampai tak tau nak kata ape. Kendian mula la berkait ngan hal nak dapat baby kedua ni. Kebetulan hari Sabtu ni ada appointment ngan Klinik Dr Hamid Arshad, so nampaknya aku kena listkan soalan la kenapa n kenapa. Nanti aku tulis review ek? Aku rase macam2 usaha dah buat tapi hasil belum ada. Sampai aku rase nak nangis. Lagi2 my hubby kurang komited. Lagi I stress. Aku sampailah rase sebenarnya my hubby dah taknak anak lagi ngan aku. Haaaa.... camtu tau aku pikir. Well, he never understand. Nak kata ego, ape yg ko egokan sangat ek?