Tuesday, 31 January 2017

Golden Gate Fertility - My Pengalaman (5th cycles)

5th cycles, kali ni Dr Khoo ada kat klinik. So, after scan semua, dia kata aku dah kena tukar ubat. Kasi yang kuat sket. Dia kata maybe chi kung tak kuat. Chi kung tu dalam Islam, roh la... Roh tak kuat? Biar betul??! Aku tanye camne nak kuatkan chi kung tu? Dr Khoo kata boleh dengan tai chi or senaman. Hmm... Dija, nampaknya kamu perlu bersenam ek? Haha... ok... pasni dah 2017, dan perlu sangat2 disiplin.

Dapat la ubat baru and ada additional RM 120 disitu. Total bill RM 540. Sian plak my hubby walaupun dia tak kesah.
Ubat my hubby still sama. Bagusnya ubat2an ni, tidak memanaskan badan. Yeah! Saya sangat suka.

2nd appointment, time scan, Dr kata banyak giler telur even both left and hand side of ovum. N bagusnya ada yang matang. Dr rekomen few days yang kena bersama. Ubat seperti biasa. Next appointment rasa nak amik stok ubat untuk 2 minggu terus. Boleh la minggu lagi satu balik kampung. Lalalala... untuk appointment kali ni aku nampak ramai giler patient yang baru 1st appointment (1st cycle). Business bagus klinik nih. Hihi... Dr cakap yang condition aku dah ok cuma timing je nak kena tunggu. Huhu... sabo jela!

3rd appointment, Dr scan and sahkan ada telur yang besar bila2 masa akan meletus. Gila lah! Bulan ni aku baru perasan yang waktu subur dr ari ke 12 sampia ari ke 20. Hahaha... patut la asek tak jadi2 je. Salah paham. Satu lg, untuk cycle2 sebelum ni. Aku amik ubat untuk 2 minggu terus. Total RM 1,080.00. Dorang tambah ubat yang bulat2 ni kepada 30 biji. Wawawwaa...

Okay, beberapa ari sebelum hari samada nak tau aku pregnant ke tak, aku demam... Camne ek nak bgtau pasal demam tu, aku pun tak tau. Yang pasti aku rase badan aku panas, tapi kat luar tak panas. Aku selesema... so aku assume panas dalam. Huhu... next appointment 26hb Jan. Kemudian klinik tutup 2 minggu for cuti CNY. Demam aku memang datang pergi. Aku assume sebab ubat tu... huhu... sian kan?

Dr kata appointment 26hb ni boleh predict aku dah pregnant ke belum... huhu... doakan aku ye?

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Appointment 26hb, Dr kata maybe aku boleh pregnant cycle ni. Dengan dinding rahim makin menebal, dia suruh tunggu 28hb, kalau tak period lagi, buat pregnancy test tapi on 30th. Aku Dr bagi ubat 2 minggu and bagi aku ubat baru yang baik untuk pregnancy. Hmm... total bill utk ubat 2 minggu RM 1,130.00 termasuk ubat flu sebab tak baik2 lagi. 



Then 28hb memang tak period lagi... excited kan? Aku pun rase pening2 gak. Bila baring tu terase kenikmatannya. Tunggu 29hb aku gatal buat pregnancy test tapi negative. 31st Jan, period aku datang... huhu... tersangat la kecewa T_T no komen... nak g nangis jap.


Sunday, 8 January 2017

Golden Gate Fertility - My Pengalaman (4th cycles)

4th cycle dengan Golden Gate Fertility. Selalunya no 4 ada my lucky no... I think my hubby's lucky no too... harap adalah berkat no 4. 1st appointment, 3rd December 2016. Aku dah sangat la tak tertahan nak terkencing. Haha... maka scan dulu. Dr tak banyak soal time scan tu. Dia kata cam biasa lining ok... and semakin ok. Ape yang semakin ok tu, aku pun tak tau.

Kendian, keluar jap untuk gi toilet. Kelegaan yang luar biasa... haha...

Dr panggil lagi. Cam biasa, Dr kata 'Don't worry...you'll get pregnant'. Itu je... then dia tanye, time memula period tu rasa sakit tak? Haah laa... memang aku perasan tak sengugut. Ada la rasa cramp2 tapi sangat2 la minor n tak terasa. Dia kata keadaan makin baik and ada banyak telur kat both side of my ovari.

Dr tukarkan ubat both of us. My ubat, Dr tak caj extra tapi my hubby's punya dia tambah. Huhu... I think tak banyak pun... dalam RM 60 je tambahnya. Ubat my hubby dalam bentuk liquid and ada herbs yang ala2 maajun. Oleh kerana next week kami nak bercuti ke Penang, kami amik ubat untuk 2 minggu terus. Next appointment 12th December 2016 untuk scan. Aku cam risau sikit sebab my hubby ada tender diwaktu subur tu. Huhu... da la dia tak bley stress. Huhu... Takpela, doakan yang terbaik.

Cost untuk appointment - ubat2an for 2 weeks adalah RM 840.00

12th December 2016 aku datang untuk scan telur. Dr Khoo kata telur tu sangat cantik & anytime and explode. So, dia recommend few dates untuk aku & hubby 'bersama' plus ubat2an selama untuk seminggu sebab aku malas nak datang minggu tu. Boleh? Haha... trust me, memang agak 'tiring' tapi semangat nak dapat baby tu lebih banyak. By the way, kat wall klinik ni ada testimoni dari patient2 yang selamat dah melahirkan. Ada yang 12 bulan, ada yang 4 bulan... even time appointment kali ni ada satu couple yang berjaya pregnant ngan 2 kali cycles je. Huhu... jeles...

Waiting for my rainbow. Next appointment 24th December. Sabar itu indah!

24th December, cam biasa, check that my eggs dah fully ovulated. Ubat cam biasa RM 420. Tiada yang baru.


Tapi malangnya, aku period 29th December. Yeah, this time, no 4 is not my lucky no. My hubby apologized kat aku. What to do? Strangely, aku abit positive kali ni. Mood swing kot. Haha!

MASAM

Kisah semalam (08.01.2017) - petang

Keluar nak cari singlet & seluar dalam Yamin. Memula gi Ole2 tapi takde saiz. Then g Giant. Time g tuh, cam biasa my hubby muka masam & tangan pegang hp. Aku ni lama2 hangin la kan? So, aku jalan je ngan Yamin lepas beli  barang tuh. Dalam kereta, my hubby tanya nak makan mana. Aku cam malas nak jawab sebab muka masam tu sangat la menganggu. Aku kata tak kisah jela. Pastu aku cakap 'Abang ni, kalau kat rumah, muka masam je'.

Dia cam biasa tak menjawab. Hello people, kekadang benda cam ni la buat kita pikir bukan2, ye tak?

Pastu g makan kat Tam Nasi Ayam kat Shah Alam. My hubby order air asam boi & nasi ayam. Yamin pulak order air asam boi kedondong. Bila air sampai, cuma my hubby punya. Aku cakap takpela, share. My hubby ngan muka berlagaknya kata taknak! Order lagi satu. Ish... lagi berbulu aku. Last2 air tu tak habis pun. Ntah pape! Sangatlah pembaziran.

Balik tu, aku dok seat belakang kereta. Kemudian my hubby singgah 7E. Aku dan Yamin dok dalam kereta.

Aku : Geram la papa Yamin tu. Asek masam je.
Yamin : Terima jelah mama. Kan da suami mama. Dia memang suka masam camtu kan?
Aku : Masam tu tanda tak bahagia. Mama pun tak tau ape masalah dia.
Yamin : Mungkin dia masam pun tapi dia bahagia.
Aku : Ntah betul ke tak? Biasa orang yang masam tak bahagia.
Yamin : Jangan la gaduh2 mama. Nanti gaduh mama ngan papa cerai. Yamin nak duduk ngan sape? (Muka sedih sambil peluk kerusi)
Aku : Duduk ngan Mama la.
Yamin : Nanti susah! Yamin sayang dua2. (Alahai kesiannya)

Sampai rumah, my hubby clearkan meja bulat kat depan tu untuk buat kerja. Laa... kan senang kalau bagitau stress pasal kerja? Nak je aku pelempang. Yamin plak balik2 tu terus masuk bilik. Aku ikut, pastu aku cakap:

'Yela2... mana ada mama ngan papa nak bercerai. Takkan pasal hal kecik pun nak cerai?'

Tapi sebenarnya bukan sekali je my hubby bermasam tanpa diketahui sebabnya. Time2 camni la rasa takut nak beranak ramai. Kang kena cerai, tinggal tepi jalan je. Eii... geram la ngan perangai my hubby. Ntah bila nak berubah???

Dalam kol 9.30pm, time my hubby g toilet, Yamin tanye aku :

Yamin : Mama, memang dari sebelum kawin ke papa suka masam?
Aku : Tak... dulu tak... da kawen je camtu
Yamin : Dah laa... terima jela suami mama camtu...

Huhu... anakku sangat matang. Baru 7 tahun je pun! Benci la my hubby!!!!


Wednesday, 4 January 2017

Jan 2017

Ye... sudah 2017. Tahun baru... tiada apa yang berbeza tahun ni cumalah Yamin kesayangan saya dah masuk darjah 1. Huhu... cepatnya masa berlalu. Rindu time dia kecik2 yang comel walaupun manja n sedikit mengada2. 

Time hari orientasi tu, Yamin bangun dengan penuh semangat pagi tu. Kena attend exam untuk penentuan kelas. Alhamdulillah, dia dapat masuk kelas C. Walaupun aku berharap dia dapat kelas A, tapi takpela, kelas C pun ok gak per? 

Hari pertama sekolah aku memang ambik cuti untuk temankan dia. Aku nyer concern time lunch & time balik nak ke van. Hari pertama sekolah aku yang jemput dia. 
Hari pertama aku rase sedih and kesian. Rasa nak berenti keje je jaga Yamin. Tapi bila petang rasa sunyi pulak kat rumah & tak mungkin untuk aku berhenti kerja. Haha... o

Hari kedua baru start naik van... Alhamdulillah jugak dia takde masalah nak bangun pagi, even nak naik van pun okay. Thank you Allah kerana berikan kami kemudahan... Main concern, dia makan or tak kat sekolah. Itu je. Takpela, doakan yang terbaik untuk dia. Minta Allah jaga Yamin untuk aku... Aminnn....

Note : Time2 ni la lebih terase kesunyian itu... haha... nak baby baru T_T