Cuti Merdeka Day
aritu, my hubby belanja gi Bukit Gambang Resort City. Haha... ntah nape asek ke
Pahang je. Ada ape pada Pahang? Time dengar Bukit Gambang Resort City? What?
Ada ape? Ape yang best? Tapi.... trust me, macam2 ada...
Oleh kerana ada penghimpunan
Bersih, my hubby sarankan kami bergerak awal. Kol 6.45am da gerak dari rumah.
Yup, memang tepat sekali, ada roadblock kat KESAS Highway. Naseb baik tak la
panjang sangat sebab tak banyak kereta. Tapi oleh kerana terlalu awal, my hubby
bawak kereta pelan2 untuk mengelakkan kitaorang sampai terlalu awal. Waktu
check in adalah pukul 3pm. Kol 10.30am, kami da sampai area Temerloh. My hubby
teringin nak makan ikan patin tempoyak. Nak try g C'Wok Cafe - tapi tutup.
Haha... So, sebab baru kol 10.30am, jadi kononnya kami nak cari la tempat yang
boleh dilawat kat Temerloh. Tapi semua tak menarik je.
My hubby bawak
kereta g pekan Temerloh and nak mencari kedai makan. Dapat la makan patin
tempoyak yang diidamkan...
Then continue ke
Bukit Gambang. Sampai sana lebih kurang kol 2.30pm and OMG! Tempatnya tak
disangka2 grand la gak. Jalan masuk tu cuma kawasan kampung tapi bila sampai
resort tu, memang macam somewhere else. Sempat snap beberapa gambar. My hubby
sewa hotel kat Arabian. Ada satu lagi iaitu Caribean tapi according to my
hubby, murah sikit & sesuai kalau keluarga ramai.
Biliknya pun
selesa. My hubby pilih tingkat 9 - non smoking floor.
Lepas Asar,
kitaorang bergerak gi Safari - letaknya dalam 5 minit berkereta. Sebelah
bangunan je pun. My hubby ajak gi Night Jungle - start masuk 6.30pm. Sampai
malam la kan? Huhu... dia kata malam lebih menarik dari siang. Yamin pun sangat
la berbahagia harini.
Masuk2 Safari, kami
nampak Simba Lion tengah tido. Chomel je. Macam patung. Hmmm.... banyak la gak
binatang yang menarik kat sini. Bukan cikai2 tau! So, aku cuma mampu korang
gambar jela. Harga masuk bagi aku ok lagi. Dewasa RM 28 & Kanak2 RM20 -
kalau Mykad korang tertinggal kat rumah, memang bayar jela harga biasa ek? :-P
Berbaloi harga tu....Peta boleh dibeli dengan harga RM1 - kot2 la korang tersesat kat dalam tu,
Sempat tengok
animal show, fire show & tarzan show.. Not bad - tak sangka locally kita
ada tempat camni. Oh yea, ada perkhidmatan bas disediakan.
Balik tu, singgah
beli makanan kat 7 Eleven berdekatan.
Pagi esoknya, turun
breakfast kat Arabian Cafe. Hmm... tak menarik sangat menunya. Nasi lemak, bubur
nasi, buah2...ada gak Chinese Noodle Soup. Aku try semua kecuali roti canai.
Nasi lemaknya ok, sambal agak sedap... ahaha... so aku tambah 2 kali. Haha...
si Yamin buat lawak. Makan ikan bilis cicah air oren. Sangat la lawak.
Abis breakfast,
kami bersiap untuk gi Water Park. Tak jauh gak... sebelah Safari tu. Memang
dekat je. Bole jalan kaki. Untuk pengetahuan korang, Water Park ni Cashless
Park. Korang bolela topup - tak silap kat bangle (gelang tangan). Amount
minimum RM 50. Tak habis pakai, boleh la cash kan balik sebelum balik. Harga
tiket RM 30 untuk Dewasa. Kanak-kanak & Warga Emas RM22. Bagi aku harganya
tak la melampau sangat. Orang pendapatan rendah seperti aku ni masih mampu lagi
nak masuk.
Water Park ni ada
terbahagi beberapa bahagian. Kami bermula kat Coco Beach. Sangat la seronok Si
Yamin. Oh ye, yang tu baju baru swimming dia. Selebihnya kami having fun kat
Water Park tu... dari segi kebersihan, hmmm... takyah cakap la ye. Harap pihak
management bole maintain park tu.
Kemudahan lain
macam tandas & surau ada disediakan kat dalam both Safari & Water Park.
Dinner kat Ani Ikan
Bakar Petai kat Tg Lumpur. Huhu... jauh kan? Yamin macam da keletihan &
mood tak baik sangat. Masing2 balik je dinner, terus terbongkang keletihan...
Esok pagi lepas
breakfast, kami meneruskan perjalanan balik. Singgah kat C'Wok Cafe untuk makan
patin tempoyak. Suka btol my hubby. Huhu...