Oh
ye, after few post yang menyakitkan hati pasal preparation of our 6th
years anniversary akhirnya kami keluar celebrate gak. Yup, aku rase sejak awal
kenal sampai sekrang, kitaorang communicate lebih baik melalui messages &
blog compare to face to face communication. Pelik tapi benar, kan? Tapi itu la
hakikatnya.
My
hubby balik agak lewat last Friday, then bila balik, dia bgtau esoknya
kitaorang akan keluar & celebrate. Cheh…. After all the hardship kan?
Ahaks… xpela, layan jela. Tapi belum confirm lagi nak g mana. As always memang
last minutes nyer planning. Satu lagi aku lupa nak update yang aku akan g
dinner tuh. Oleh kerana aku malas nak spend banyak duit just because one night,
aku pinjam baju sorang kawan anak sedara aku. Dia tentera darat. And da janji
nak amik area Setiawangsa Sabtu tu. Camne pun, kitaorang akan g celebrate kat
KL.
Then
we all g Berjaya Times Square. My hubby kata nak beli baju JC. Pasukan mana,
aku pun tak sure. Oleh kerana jammed, and kitaorang da sangat lapar, berhenti
makan kat Sopoong Korean Restaurant – yang ni aku akan tulis review later. Lepas
makan, baru lah kitaorang nyopping. Best gak Times Square ni. Ada kot 3 tahun
kitaorang tak g. Da banyak berubah & banyak kedai. Cuma masalahnya tak bawak
banyak duit je. Kalau tak… selamat la kan?
Aku
pun beli baju T-shirt jalan2 & tudung corak – haha.. first time aku beli
tudung camtu. Pecah rekod hokey?! My hubby beli 3 pasang baju kerja & duit
lebih dia kata nak beli baju online je.
Then
g beli hadiah aku plak. As promise, memang aku nak beli jewelry this year.
Sejak kawin, memang tak penah dapat jewelry as a gift. Yang tragis bajet my
hubby pun tak banyak, Cuma RM 500 je. Beli cincin kat Wah Chan yang berharga RM
488. Layan jela. Doakan je rezeki hubby aku lebih murah tahun2 akan datang.
Takpun takyah bersusah payah, beli je sendiri, ahaks!
Balik
tu, singgah rumah my sister untuk amik baju tentera darat tersebut. Malangnya
baju tuh takde aksesori. Aku paham baju2 camtu tertakluk pada certain akta. Mana
boleh sebarang pakai. Last2 aku singgah Tesco Bukit Tinggi, Klang utk beli ape2
yang patut. So baju dinner aku sangat special. Ada star dari Pandu Puteri, logo
kat topi dari PRS. Ahahaha… Lantak la kan? Aku nak amik door gift je. No one to
impress pun.
Dinner
kat Nyonya Kitchen Bukit Tinggi. Da renovate da restaurant tuh, Nampak elegan
sikit. As always, order deep fried sotong & taugeh ikan masin. Ada budak
kecik pegang2 Yamin. Bila tengok, dia pun cam Yamin. The only kid in the
family. Harap bertambahlah bilangan keluarga kami tahun depan.
Happy
6th Anniversary Hubby. Kalau perangai baik, sampai ke Syurga la kita
sama. Huhu… mendalam kan? :-P