Monday, 31 December 2012

2013 : Wishing You The Best



Sedang giler2 mencari info Korea. Aku taknak la sampai sana tetibe nak g sini nak g sana.

Oh ye, arini ari last tahun 2012. Esok da 2013. Ape plan korang untuk hidup tahun dpn? Da terjawab? Aku takde plan. Sebab selalu azam tahun baru bukan leh tercapai pon. So, aku just buat ape aku nak buat dan hidup dengan cara yang aku nak… hehe…

Malam ni takde plan nak celebrate ke per… hubby pon balik lambat. Nak g tengok wayang ngan Yamin tapi dia bila ngan aku ni agak ngengada… haha… malas la. Nak ajak makan luar pon, ai… sesangat la malas kalau berdua. Layan jela…

So, you all… thank you for reading my not-so-cool blog. Wishing you all the best!

Sunday, 30 December 2012

29 - 30/12/2012



Terase 2 ari cuti yang panjang. Ari sabtu tuh, aku temankan mak g beli barang jamu. Selalu ada uncle tua Pakistan kat kedai tuh. Dia owner la… tetibe dia takde. Rupa2nya, dia da meninggal bulan 3 lepas… huhu… sedih la plak. I’m getting old.

Pas beli barang jamu, mak kata dia lapar dan kitaorang makan kat restoran faberet dia yang terletak di Andalas. Malam, aku, hubby and Yamin g makan kat Mr. Yong Tau Foo… sedap.

Ahad pagi, kitaorang g Segi Fresh. Aku masak simple lunch. Pastu lepak kat umah je… Yamin buat hal petang. Aku tinggal dia ngan Papa dia, terus g umah mak. Lantak!

Ok, pasal Korea trip. Alhamdulillah, kitaorang da sepakat nak guna student kat Korea tuh. Sekarang aku tengah tunggu reply email dia. Sebab kena tau camne nak bayar sumer. Persiapan akan dibuat secara perlahan2, yang penting nak kena beli air ticket dlu. Aku tengok tempoh tuh memang takde promo. MAS Airline lagila… mahal memanjang. So, camne pon, kena la g guna Airasia… hoho…

So, aku kena bersiap dan berjimat dari sekarang. Aku cuma ada RM 4k je untuk shopping kat sana. Banyak la tetibe nak beli. Cadar, hanbok, set pinggan (yang ni tengok rege dlu). Hubby kata dia nak tambah RM 3k, aku tak rase cukup. At least kena ada 10k. Untuk souvenir lak, aku tak beli untuk sumer org. maybe untuk family pon aku belikan fridge magnet tapi bergantung harga la… kalau mahal sangat, takmo la… haha… barang2 yang nak beli, priority untuk aku, hubby & Yamin, yes yes yes! Mcmana pon, mungkin terpaksa berlapar untuk berjimat. Ehehe…

Pasal Samsung Galaxy 27th K-Pop Golder Disk Awards at Sepang pon terpaksa dilupakan buat masa ni. Hahaha

Ok, Hadijah… Hwaiting!!!

Note : Gaji belum dapat la plak. Hampeh!

Friday, 28 December 2012

KOREA : Planning



Lunch time tadi, aku g satu tourist agent kat Carrefour. Kalau amik pakej 8H7M all in utk aku, hubby & Yamin, agak2 lebih kurang 11k. Termasuk extra bed utk Yamin. Hmm… mcm mahal je. Yela, tak masuk lagi nak shopping lagi. Kalau amik pakej 6H5M lak, dorang g area Nami Island ngan Seoul je. Extra nyer g Mount Sorak and g pasar seafood & streetfood. 2-2 g Everland. Tapi Lotte World tuh 8H7M je yang g, kalau tak salah tengok la… Oh ye, mesti la aku amik Muslim package kan? Aku tanye la, brp org satu group. Agak2 dalam 15 org tp ada gak lebih dr 15 org. Ramai plak. Mesti naik van ala2 van pekerja je.  Deposit lak, kena bayar 1.5k untuk sorang. So, kena cari 4.5k. Dia kata ada diskaun kalau early booking. Paling2 tak best, group terawal, end of April 26th. Aku nak g Apr – May sebab ada cherry blossom, mesti cantik amik gambar kat situ..

Bila compare ngan pakej student tuh, aku honestly think, ok sket kot sebab banyak tempat jalan2. 6H5M, tiket beli sendiri total 9.5k. Hmm…. Camne ek?

Thursday, 27 December 2012

2012 : My awards



3 days to go before year end. I have few things coming out and happening this year. The good and the bad changed me day by day. I’m ‘giving out’ some ‘awards’.

Category: Family

Sub-category: My good listener ever.
Pemenang : Kak Ya….. mcamana pon akak aku yang best kalau nak citer masalah. Cuma, sebab akak aku baik sangat and hebat sangat, tak banyak yang aku boleh citer kat dia. Sebab nyer segan… hehe… bila da ‘matang’ ni, kena la cover2 sket maa…

Sub-category : My best ‘joker’ ever.
Pemenang : Mesti la Yamin! Aritu dia ajuk org menangis + memek muka kat TV. Comel giler!!! Tapi kalau ngamuk pon, boleh tahan okeh??

Sub-category : My biggest ‘headache’ ever.
Pemenang : Tak lain tak bukan ‘no name’…ahaha…  malas nak ulas.

Category : Anything

Sub-category : My best ever song 2012.
Pemenang : Bigbang – FUNTASTIC Baby. Wow… really fantastic.

Sub-category : My best ever group singer 2012.
Pemenang : Bigbang. Their live concert stunning! Aku menilai kebagusan satu group tuh dengan kualiti persembahan, vocal dan lagu. Nyummy!

Sub-category : My biggest idols and celebs 2012.
Pemenang : G-Dragon. Why he is so successful? He is a rapper, composer, fashion icon, businessman (clothing line) and many more!

Sub-category : My hottest kissing scene in drama / film 2012.
Pemenang : I know that I shouldn’t put this in. But I’m also a human. The Twilight Saga : Breaking Dawn Part 2. Haha…enggan mengulas lanjut.

Sub-category : My best ever K-drama 2012.
Pemenang : Tak kira ape, aku rase The King2Hearts! I love everything about this drama. The actor, the actress, the storyline. EVERYTHING!

Sub-category : My best K-actor 2012.
Pemenang : I love Lee Min Ho in Faith, I love Joo Won in Gaksital. Waa… banyaknyer… So Joong Ki in The Innocent Man. Waa…

Sub-category : My best K-actress 2012.
Pemenang : I’m not sure… haha

Sub-category : My best TV program 2012.
Pemenang : Running Man, Hello Counselor and RM 1,000,000 Money Drop.

Sub-category : My best food ever taste 2012.
Pemenang : Sotong goreng tepung kat Medan Ikan Bakar Jeram, nyum2.

Itu aje… da pening nak pk…



'Monyet' Dapat Bunga

Ini citer seminggu yang lepas. Time tuh pas aku marah2 hubby kat blog la.. kiki... balik tu, aku kuar lambat sket, tapi takde la lambat sangat. Time aku nak bukak belah drebar, aku ternampak sesuatu atas seat sebelah drebar... jeng jeng jeng... teka la ape dia???
Yes! Ini la dia... Haha...




Ada 12 semuanya, dan sangat cantik dalam bouquet tuh. Comel la. Target mesti rege RM 100++, haha... Dan pemberinya tak lain dan tak bukan my hubby!!! Yang kelakar tuh, ada kad tuh tulis 'Sorry yang, I love you so much :P'. Yup, aku tak tipu, siap ada smiley tuh sekali.  Tulis dengan pencil lak tuh. Sangat la tragik.

Sepanjang tuh, aku gelak sakan la. Senyum bahagia, kemarahan setahun lepas terbang entah g mana... wekeke.... keji x? 

Amik Yamin kat umah mak. Pastu dia siap cakap 'Waaa... ma... cantik nyer... sape bagi tuh?'. Haha... tersangat la comel. 

Balik umah, hubby belum balik. Aku nak masak. Siap da potong2 bwg, hubby balik. Si reporter kecik tuh cakap kat papa dia. 'Papa... papa!! Mama dapat bunga... cantik!'. Hehe... 

So, there goes all the bad feeling. Kitaorg kuar makan kat Jeram. Bila aku cium2 bunga tuh, bole hubby perli kata aku mcm tak penah dapat bunga. Memang la!!! Last sekali adalah 3 bulan pas kitaorg couple. Haha... da dekat 6 tahun ok aku 'gersang'. Apela...

Tapi.............. ada satu persoalan belum terjawab. Mcmana hubby letak bunga tuh dlm keta ek? Ermm..............

Wednesday, 26 December 2012

Not-So Bad Day



Macam ada sedikit bad day arini. Aku terjaga kol 8.05am!!!! waa…. Yamin masih pejam mata. Bila aku bukak pintu, sambil pandang muka dia, dia bukak mata sebesar2nya, terkezut gua. Haha… well, sebenarnya kol 6.50am aku da bangun tapi sambung tido la ape lagi.

Badan aku tak sehat sangat. I feel hot, tapi kat luar, normal je. Perut aku tak sedap, asek nak melabur je. Yang paling penting, aku pening… takde la teruk sangat, tapi aku tak tenang la.
Lega bila makan panadol, tapi after 4 hours, sakit balik… huhu… I hate u thyroid!

Bila da siap2, I only go to work around 8.40am and arrived at 9.05am!! mati gua… L Sebaik Yamin tak ngamuk time anto umah babysitter. The most importanto.. bos belum masuk lg :(

So, harap arini berjalan lancar. Suddenly aku thrill nak g Petaling Street on 1st January 2013. Bole dapat extra chop that day. Eh… da dapat gaji ke belum time tuh??? Erm…